Saturday, March 18, 2017

Bila anak lelaki menjaga keperluan ibu di hospital...

Akak cuma nak share la kan... untuk pedoman bersama.

Masa akak kat dalam wad tu, ada sorang makcik ni dah uzur dah.. ditemani oleh anak lelaki makcik ni.. anaknya dalam lingkungan 50-an gitu.

Masa tu akak nak gi solat. Ada ruang yang disediakan di hujung wad. Sebelahnya ada sebuah bilik mandi beserta tandas duduk di dalamnya. Akak biasa guna bilik tu lah..

So kebetulan masa tu makcik tu tengah mandi kat dalam.. manakala anak lelakinya tunggu kat luar. Jadi sebab ruang tu pun kecik je, jadinya memang agak tidak selesa la bila ada lelaki yang berada di situ.. tapi kita faham la kan.. kalau nak ditinggalkan mak yang uzur tengah mandi rasa tak selesa jugak kan.. kot kot mak perlukan apa-apa kan..

Jadi selalu la dengar anak lelaki tanya samada maknya dah selesai mandi ke belum.

Bila dah siap beliau masuk pakaikan kain batik untuk maknya. Pakaikan pampers sekali. Pampers yang pakai sarung macam pakai seluar tu. Mudah sikit.. kemudian dipapah maknya ke ruang solat untuk menunaikan solat. Tapi gagah lagi lah makcik tu solat sambil duduk. Akak terpaksa solat sambil duduk atas kerusi.. jarum kat tangan.. rasa nyeri je bila tertekan.. pastu kebas kaki.. tu yang guna kerusi tu.

Berbalik kepada cerita makcik tu tadi, beliau ada 3 orang anak. 2 lelaki 1 perempuan. Tapi yang perempuan duduk jauh. Jadi terpaksalah anak yang lelaki jaga.

Berbahagialah mereka yang masih diberi kesempatan untuk berbakti kepada orang tua selagi ada hayat mereka.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!