Wednesday, March 29, 2017

Matjiq - sesi personal tuition

Dah dua hari dah matjiq datang belajar membaca ngan mami. Ibu mintak mami ajarkan.

Kata ibunya matjiq masih belum lancar membaca.. walaupun sekarang ni kat pra.  Lagi satu matjiq ni kalau silap angin sket boleh menangis tak henti. Banyak kali jugaklah menangis kat sekolah tu.. sampai ibu malu mata ngan cikgu..hehe..

Kisahnya mami ni dulu ajar paksu membaca dalam masa 2 minggu dah boleh baca dah. Alhamdulillah.

Jadi sebab tulah ibu mintak mami tolong.

Hmm..

Jadi bermulalah sesi personal tuition..

Dengan menggunakan buku Bacalah Anakku.

InsyaAllah.

Monday, March 27, 2017

Susu kambing Cosway

Semalam beli barang kat stokis Cosway kat Marang. Banyaklah jugak beli.. hehe.. ada offer.. harga murah so apa lagi... haruslah beli kan... hehe..

Bulan ni ada offer goats milk.. so akak beli 3.

Kenapa beli susu kambing ni?

Sebab nak rawat arthritis akak... sakit sakit sendi...

Nak istiqamah ngan susu kambing la pulak.. di samping Bio Nzyme.

InsyaAllah. Yakin berjaya!

Saturday, March 18, 2017

Bila anak lelaki menjaga keperluan ibu di hospital...

Akak cuma nak share la kan... untuk pedoman bersama.

Masa akak kat dalam wad tu, ada sorang makcik ni dah uzur dah.. ditemani oleh anak lelaki makcik ni.. anaknya dalam lingkungan 50-an gitu.

Masa tu akak nak gi solat. Ada ruang yang disediakan di hujung wad. Sebelahnya ada sebuah bilik mandi beserta tandas duduk di dalamnya. Akak biasa guna bilik tu lah..

So kebetulan masa tu makcik tu tengah mandi kat dalam.. manakala anak lelakinya tunggu kat luar. Jadi sebab ruang tu pun kecik je, jadinya memang agak tidak selesa la bila ada lelaki yang berada di situ.. tapi kita faham la kan.. kalau nak ditinggalkan mak yang uzur tengah mandi rasa tak selesa jugak kan.. kot kot mak perlukan apa-apa kan..

Jadi selalu la dengar anak lelaki tanya samada maknya dah selesai mandi ke belum.

Bila dah siap beliau masuk pakaikan kain batik untuk maknya. Pakaikan pampers sekali. Pampers yang pakai sarung macam pakai seluar tu. Mudah sikit.. kemudian dipapah maknya ke ruang solat untuk menunaikan solat. Tapi gagah lagi lah makcik tu solat sambil duduk. Akak terpaksa solat sambil duduk atas kerusi.. jarum kat tangan.. rasa nyeri je bila tertekan.. pastu kebas kaki.. tu yang guna kerusi tu.

Berbalik kepada cerita makcik tu tadi, beliau ada 3 orang anak. 2 lelaki 1 perempuan. Tapi yang perempuan duduk jauh. Jadi terpaksalah anak yang lelaki jaga.

Berbahagialah mereka yang masih diberi kesempatan untuk berbakti kepada orang tua selagi ada hayat mereka.

Thursday, March 16, 2017

Makanan yang perlu dielakkan oleh pesakit

Akak terbaca entri dari link
http://mystiquelolita3298.blogspot.my/2013/08/makanan-yang-perlu-di-elak-kan-oleh.html?m=1

Ada disenaraikan makanan yang perlu dielakkan oleh penghidap asma seperti
1) nangka
2) jeruk
3) ais krim
4) laksa penang
5) tembikai

Dan akak nak tambah;
Durian
Duku
Pulut
Makanan yang letak lada hitam.. jaga jaga sebab boleh trigger lelah..

Dan sebenarnya ada banyak lagi kan..

Tapi kalu dah banyak sangat yang ko tak boleh makan, apa sangat la pilihan yang ada kan.. kan..

Huhu.. apa pun pilihan di tangan kita. Buatlah pilihan yang bijak.

Kesan makan cendol durian dan laksa penang...

Well.. ini adalah cerita akak ye.. tak sama ngan orang lain...

Akak adalah penghidap asma. Jadi setelah buat post mortem dan berfikir apa lah yang akak silap makan... yang akak terpikirkan menu dua tu lah.. sebelum kejadian..

Kejadian apa?

Huhu.. akak kena warded 2 hari.


aduhai... memang sengsara la..

mula tu akak dah pergi ke hospital hulu terengganu. So ambik nebulizer.. ambik ubat batuk dan ubat cair kahak.

balik ke rumah, makan ubat cair kahak tu.. ayoyo..dia punya kesan memang dasyat.. siap akak sakit kepala dan sesak nafas.

terus ke hospital buat kali kedua. Masuk emergency room.. berapa kali ambuk neb.. kena cucuk.lagi.. ambik x-ray.. memang faham la prosedur mereka.

kat dalam wad, ada macam-macam penyakit lagi yang dihidapi oleh orang lain... yang lagi teruk pun ada.. kurang darah merah... denggi berdarah.. macam-macam lagi..

tentunya sangat memberi keinsafan kepada akak.. ruang untuk muhasabah diri dan menenangkan diri.

dan buat akak pulak... lepas ni nak jaga pemakanan lah..

tapi kan.. akak tak bagitau kan.. hari yang sama akak makan cendol durian ngan laksa penang tu.. petang tu akak gi kelas aerobik.. boleh tahan la tercungap-cungap dia..

rasanya tu juga antara penyebab lelah tu.. entahlah.. huhuhu..


Tuesday, March 14, 2017

Jangan makan cendol durian dan laksa penang kalau anda...

Aduhai.. dah sakit tekak dah.. dah bersin bersin dah... mcm demam dah.. dah tau dah.. jap nanti lelah lah datang.. huhuhu..

Alkisahnya.. seronok sangat makan cendol durian ngan laksa penang.

Napa?

Durian ni kan panas.. walaupun seulas je letaknya dalam mangkuk tu tapi itulah .  K jadi citer kan..

Tambah lagi ngan laksa penang... confirm ada letak belacan dalam tu..

Hhhmmm... kira pakej la tu..

Aduhai...

So kalau u all ada penyakit asma macam akak... toksahlah cuba cuba...huhu..


Sunday, March 5, 2017

Fanatik sangat ngan instant bawal sekarang..

Hihihi... macam comey je orang pakai tudung bawal instant..

So..

Ai pun berkenan juga.. hihi..

Maka bermulalah sesi browsing..bukan window shopping.. screen shopping.. hehe..

Friday, March 3, 2017

Buai laju laju..

Teman Dhia gi main buaian kat taman permainan Kuala Berang..

Punya la seronok Dhia.. sampai tak nak balik.. haha..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!