Sunday, July 10, 2016

Naik bas imtiaz pulang ke asrama

Hari ni Ahad 10 Julai 2016, semua pelajar  mula pulang ke asrama.. ada yang dihantar oleh ibubapa dan ada yang memilih untuk naik bas yang disediakan oleh pihak pengurusan sekolah.

Pada mulanya kami memang nak hantar Durra ke asrama, tapi mendengar keadaan kesesakan jalanraya, Durra akhirnya memilih untuk naik bas. Katanya sebab dah lama tak naik bas. Tapi kami tau, sebenarnya Durra tak nak menyusahkan mami ngan papanya..

Tapi akak berkali-kali jugak tanya betul ke nak naik bas ngan kawan-kawan, Durra masih bagi jawapan yang sama.

Jadinya, petang tadi kul 3 lebih kami hantar Durra ke perkarangan bangunan Yayasan Terengganu. Bas dijadualkan bertolak pada jam 4 petang. Masa kami sampai tu memang dah ada dah kawan-kawan Durra sedang menunggu bas. Meriah sungguh diaorang ni. Terutamanya si Syuhada tu..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!