Sunday, July 17, 2016

Cintailah budaya kita.. tak perlu diagungkan budaya luar

Selalu kita dengar kan.. sapa yang baru balik dari luar negara..atau yang pernah tinggal kat luar negara.. mesti suka sangat membandingkan negara kita dengan negara luar..

Yang selalu kita dengar ialah.. betapa bagusnya duduk kat sana.. betapa baiknya masyarakat kat sana.. betapa majunya.. betapa hebatnya sistem pendidikan kat sana.. betapa betapa...

Sebenarnya melawat negara luar amatlah digalakkan.. dalam Islam pun sangat digalakkan kita keliling dunia.. supaya kita dapat menghayati kehidupan dan mensyukuri nikmat Tuhan yang menjadikan alam ini dengan segala keindahannya..

Lagi satu.. kita digalakkan keluar.. supaya kita dapat lihat tempat kita dari jauh.. ibaratnya.. bila kita keluar dari rumah kita.. kita pandang belakang.. tengok rumah kita.. barulah kita boleh tahu bahagian mana kat rumah kita yang senget kan.. bahagian mana yang perlukan penambahbaikan... semua tu kita boleh lihat bila kita keluar dari rumah kita.. dan bukannya duduk dalam rumah kita.. kalau kita hanya duduk dalam rumah kita.. dan ada pulak orang datang bagitau bumbung rumah kita senget... mana kita nak percaya kan.. jadi kita kena keluar dan lihat sendiri.. kan..

Begitulah.. bila dah keluar lihat negara lain barulah tahu kelemahan kat negara sendiri kan..

Tapi tak perlu la kondem negara sendiri bagai nak rak..

Tolong la baiki sama.. ok.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!