Saturday, July 30, 2016

Doa anak untuk ibubapa yang sudah meninggal

Dalam Islam, pahala berterusan diterima oleh arwah ibubapa di alam kehidupan satu lagi apabila anak-anak mengirimkan doa mereka buat ibubapa.

Jadi anak-anak yang tidak mendoakan ibubapa mereka, maknanya tidak adalah kiriman buat mereka di sana..

Jadi betapa perlunya kita mengingatkan anak-anak kita supaya setiap lepas solat mereka mendoakan kita. Supaya doa mereka senantiasa dititipkan buat kita samada semasa kita masih hidup ataupun selepas kita sudah tiada di dunia ini.

Kita juga pun kena berbuat perkara yang sama. Kirimkan doa buat kedua ibubapa kita selepas solat. Doa supaya Allah melimpahkan rahmat kasih sayangNya kepada kedua ibubapa kita yang telah bersusah payah mendidik kita dari kecil..hanya Allah jua yang mampu membalas jasa mereka berdua.

Kajian yang dilakukan oleh pendakwah mendedahkan bahawa 80% umat Islam tidak solat atau tidak cukup 5 waktu..

Dalam solat ada doa.. selepas solat pun kita berdoa.. andai tak solat.. bilakah masanya kita berdoa? Adakah hanya apabila ditimpa kesulitan baru berdoa?

Ya Allah. Ampunkanlah dosa kami. Jadikanlah kami hambaMu yang sentiasa menjaga solat dan mengingatiMu dikala susah dan senang.


Thursday, July 28, 2016

Kenapa kena ambik gambo untuk tatapan generasi akan datang..

Akak suka sejarah.. tapi kadang tu susah jugak la nk mengingati fakta seperti tahun dan nama orang..

Tapi sukalah.. suka dengar cerita cerita lama..

Tapi itulah.. generasi zamam sekarang mana boleh dengar cerita je.. mereka kena tengok gambar.. kena ada visual..

Sebab tu lah orang kita sekarang kena rajin ambik gambar.. supaya anak-anak zaman datang dapat tengok perubahan yang dialami... kan...

Tengok contoh Masjid Jamek di KL..

Sumber gambar: Metro 29/7/2016

Bergambo dengan wife Menteri Besar Terengganu

Ari ni abe nik ajak gi jamuan raya kat rumah pengarah Kemas negeri.

Sampai kat sana kebetulan ada wife MB.

Jumpa VVIP kan.. apa lagi.. memang tak lepaskan peluang la bergambo.. hehehe

Wednesday, July 27, 2016

Parking di bandar Kuala Terengganu

Akak nak ke Tabung Haji.. pejabat tabung haji yg akak tau ada kat depan stesen bas tanjung tu..

So kami pergi la ke sana... rupanya dah berpindah... pindah ke Paya Bunga Square.. sekarang ni dipanggil UTC..

Masalahnya...

Yang merupakan masalah paling besar rakyat ialah..

Parking tak dok wehhh..

Kami nak park kete kat parking bawah UTC tu.. laluan tutup.. parking penuh..kot...

Kami pusing.. nak park kat kawasan parking depan UTC.. penuh..

Kami ronda area berdekatan cari tempat parking.. parking sangat sesak.. di mana mana orang park.. tepi longkang.. tepi pokok.. tepi kubur.. tepi pili bomba.. semua tempat orang park..

Jadi mana kami nak park?

Hmm.. kononnya UTC menguntungkan rakyat sebab semua agensi kerajaan berada di bawah satu bumbung.. baguslah... pengurusan lebih cekap konon..

Tapi..

Kalau staf kat agensi tu hanya serve sorang dua je customer satu hari...  cekap ke?

Jadi kami ubah pikiran.. terpaksa cari alternatif.. kena pergi kat tempat lain..

Jadi.. gitulah... banyak aspek yang perlu diambil kira kan.. kalau dah pelanggan diutamakan, makanya keperluan pelanggan juga perlu dipertimbangkan..

Parking kat bandar kuala terengganu adalah isu utama..

Mungkin juga kerajaan negeri Terengganu mempunyai perancangan tersendiri.. mungkin 5 tahun akan datang isu selesai.. kot..

Tapi masalahnya... pada ketika ini.. inilah masalahnya..

Akan datang tu.. akan datang nye cerita..

Kita tak kisah sekiranya kerajaan buat satu lokasi parking yang luas utk pelanggan.. buat la kat padang mana mana pun kat area kuala terengganu tu.. cuma nanti sediakan shuttle dalam bandar.. untuk mudab bergerak dari setempat ke setempat dalam bandar nih..

Kan.

Jamuan raya kampus 2016

Ari ni ada jamuan raya kat kampus.

Jabatan kami dipertanggungjawabkan untuk buat menu western. So kami sahut je la cabaran tu..

Tak susah pun kan.. kutip duit.. cari caterer.. siap.. hehe..

So kami order spaghetti bolognaise dari Aslam westernggg kat Kuala Ibai.. memey sedap la..

Dan kawan kami Za pulak sangat sangat rajin.. siap buat spaghetti goreng ngan spaghetti oleo.. siap bawak ngan kain alas meja yang jugak sangatlah cantik. Tq Za.

Sunday, July 24, 2016

Nostalgia penarik beca di Kampung China

Masa makan kat Tappers itu hari kami ambik gambo kenangan depan restoren tu.. ada background kampung cina lama.. dan ada beca lama..

Saturday, July 23, 2016

Progress rumah kat kampung

Excited nak masuk rumah baru.. bukanlah rumah baru.. tapi rumah yang telah dibaikpulih...

Sekarang rumah dah dalam 95% siap.. bahagian dalam rumah la... tinggal nak pasang pintu tandas je.. ngan gril..

Rumah akak yang ni ada 3 bilik dan 3 bilik air.. 2 bilik air dalam bilik dan 1 kat luar bilik.. kat  dapur..

Hari ni nak share pasal tandas je.. hehe..


Ni tandas bilik utama..


Ni pula tandas bilik durra.. Kalau boleh semua nak color pink... mangkuk tandas pun nak pink.. tapi sebab bajet kan.. hanya tiles je la pink.. ngan sinki je pink.. hehe..


Dan ini bilik air kat dapur.. paling luas.. siap ada sinki dalam.. senang kalu nak mandikan baby.. kalau tetamu yang ada baby...

dan senang jugak nak basuh baju baju kecik..hehehe..



Thursday, July 21, 2016

The Tappers - reviu

Baru lepas makan kat Tappers kat Kampung Cina.. depan Waterfront.. kat ngan Pasar Payang.

Makanannya? Ok lah..



Tapi... rasanya... ini adalah kali terakhir la kami makan kat Tappers ni.

Sebab?

sebabnya ialah..

1) tak de sorang pun pekerjanya Melayu. Yang ada pekerja Bangla.. ngan Myammar. Nak berkomunikasi ngan pelanggan pun memberikan cabaran... cuma bagusnya ialah masa ambik ode, pelanggan yang tulis apa nak makan.. kemudian serahkan kertas ode kepada staf myammar tu.. memang mudah kan.. usahkan orang myammar, hantar orang eskimo datang ke sini pun tak de masalah.. kan..

2) rasa makanana nye pun biasa je..

3) sebab yang paling utama... ialah.. bila akak tengok kat dapur sana.. chef myammar yang masak tu mereka tak pakai tutup kepala pun! Aduhai..

kebersihan beb... kebersihan!

4) kena cari restoren yang tukang masaknya adalah orang Islam... satu lagi sebab. Yang juga sebab utama.

jadi...

Babai Tappers.


Wednesday, July 20, 2016

Sukaang buleh ikang kuku

Petang tadi abe nik gi ngail.. kat bawah rettokk kole iba...

Balik satni.. punyalah excited suruh ambik gambo.. rupanya buleh ikang.. dan nama ikang tu pulok memang akak dok pernah dengar pun..

Ikang kuku.

Kata abe nik kalau masok sweet sour sodap ning.. hehe..

Menu untuk esok..

Sayangku Kapten Mukhriz

Hmm... tertengok drama kul 7.. Sayangku Kapten Mukhriz..

Kisahnya mengenai seorang doktor perempuan muda yang gedik yang teramat sukakan ustaz kapten ni..

Episod hari ni.. doktor tu tulis surat kat ustaz kapten tu bagitau yang dia suka sangat kat ustaz kapten.. siap letak no handphone contact ustaz kapten tu sebagai Calon Suami.. memang cerita yang kelakar la jugak...

Teringat pulak ke satu kisah kawan akak ni.. perempuan.. macam tu lah dia buat.. dia bagi tau kat sorang mamat ni yang dia sukakan mamat ni. Nak jadikan mamat ni sebagai boyfriend. Mintak mamat ni pikir. Bagi masa 3 hari kat mamat ni pikir.

Dan..

Lepas 3 ari.. mamat ni bagitau setuju jadi.boyfriend... dan sekarang ni.. mereka ni dah berkeluarga dan berbahagia bersama..

Kalau suka.. cakap je... ada berani? Haha..

Tuesday, July 19, 2016

Restoren MSR Kuala Ibai

Makan kat restoren MSR... ingatkan nama orang ke apa MSR tu.. rupanya Murah Sedap Rileks.. ooo ok.

Makanannya?

Akak nk makan spagheti carbonara tadi... tapi malam ni takde western.. huhuhu..

Sudahnya.. ode mihun goreng.. ngan tomyam.. ngan mee goreng lauk campur ngan ayam goreng..

Rasa? Ok lah.

Open house... dan sepital...

Senyum sorang akak bila baca kartun kat Harian Metro ari ni 19/7/16.

Monday, July 18, 2016

Makang makang di Restoren De Tunggal Kuala Terengganu

Makan di restoren De Tunggal Seafood.. jalan nak ke airport KT..

Banyak menunya...

Tom yam nye marvelous..

Tapi tadi akak ode nasi goreng ikan masin...x berapa sodap...hehe..

Abe nik ode sotong masak sambal.. best jugak.. kata abe nik.. sonang je buatnya..hehe... senang buat tapi jarang jugak masaknya kat umah... hehe.. 


Sunday, July 17, 2016

Cintailah budaya kita.. tak perlu diagungkan budaya luar

Selalu kita dengar kan.. sapa yang baru balik dari luar negara..atau yang pernah tinggal kat luar negara.. mesti suka sangat membandingkan negara kita dengan negara luar..

Yang selalu kita dengar ialah.. betapa bagusnya duduk kat sana.. betapa baiknya masyarakat kat sana.. betapa majunya.. betapa hebatnya sistem pendidikan kat sana.. betapa betapa...

Sebenarnya melawat negara luar amatlah digalakkan.. dalam Islam pun sangat digalakkan kita keliling dunia.. supaya kita dapat menghayati kehidupan dan mensyukuri nikmat Tuhan yang menjadikan alam ini dengan segala keindahannya..

Lagi satu.. kita digalakkan keluar.. supaya kita dapat lihat tempat kita dari jauh.. ibaratnya.. bila kita keluar dari rumah kita.. kita pandang belakang.. tengok rumah kita.. barulah kita boleh tahu bahagian mana kat rumah kita yang senget kan.. bahagian mana yang perlukan penambahbaikan... semua tu kita boleh lihat bila kita keluar dari rumah kita.. dan bukannya duduk dalam rumah kita.. kalau kita hanya duduk dalam rumah kita.. dan ada pulak orang datang bagitau bumbung rumah kita senget... mana kita nak percaya kan.. jadi kita kena keluar dan lihat sendiri.. kan..

Begitulah.. bila dah keluar lihat negara lain barulah tahu kelemahan kat negara sendiri kan..

Tapi tak perlu la kondem negara sendiri bagai nak rak..

Tolong la baiki sama.. ok.

Restoren papa zack bawah jambatan Kuala Ibai

Ari ni makan kat restoren papa zack.

Menu kat sini memang banyak.. ada malaysian... ada western... ada ikang bako..ada nasi lemak.. macam-macam..

Tapi hari ni datang nak makan mushroom soup..nak makan spagheti..tapi hari pulak la xde western.. staf yang handle tu off.. aduhai..

Itulah risiko kedai makan kan.. staf x datang memang xde la menu tu.. nampaknya kena ada 2 org la staf yang handle menu tu kan.. tak leh bergantung kepada sorang je..

Masalahnya pulak.. lain staf lain hasil air tangannya kan.. lain pulak rasanya..hmm..

Saturday, July 16, 2016

Restoren Nelayan Paka

Makan makan kat restoren nelayan Paka.

Akak ode aiskrim kelapa special.. wah.. menggunung dia nye aiskrim tu..


Friday, July 15, 2016

Bencikan pekerjaan sekarang

Sumber: Harian Metro 14/7/2016

Kajiselidik yang dijalankan ke atas 13 ribu orang belia mendapati hampir 30% belia mengatakan benci dengan kerjaya sekarang. Hanya 9% sahaja yang sukakan kerja yang dilakukan sekarang.

Bila dah tak sukakan kerja... produktiviti pun mesti terganggu kan..

Bila produktiviti terganggu.. pencapaian kat tempat kerja mesti terganggu jugak kan..seterusnya organisasi berisiko rugi kan..

Sebab tu la sekarang ni kan.. kat organisasi terpilih, mereka ada macam-macam ujian kemasukan.. aptitude test la.. emotional test lam. Competency test la..macam-macam.. hanya untuk memastikan mereka menggaji pekerja yang layak dan pekerja yang terbaik.

Dari satu sudut lain kan.. kita hanya ada 24 jam sehari.. dan apa yang kita lakukan adalah ibadah kita.. jadi setiap minit setiap saat yang kita lepasi adalah bukti keikhlasan ibadah kita.. apa pun.. kena ikhlaskan hati dalam melakukan kerja kita kan.. barulah dapat pahala kan.. kalau hati tak ikhlas.. hati tak suka.. terpaksa buat suka..hipokrit la pulak kan... jiwa pun tak tenang kan..

Sama-sama kita muhasabah diri.


Thursday, July 14, 2016

Kisah pendatang asing

Macam-macam kisah mengenai pendatang asing yang berada di bumi Malaysia yang kita dengar..

Kebanyakan yang kita dengar pula ceritanya banyak yang negatif.

Mungkin disebabkan dah ramai sangat rakyat asing, sampai mereka boleh bermaharajalela sekarang ning.. siap boleh bukak kedai makan... siap boleh buka kedai runcit.

Tapi itulah... bila dibicarakan perkara ni.. dikatakan orang Malaysia kita tak reti ambil peluang... orang Malaysia kita malas... ntahlah...

Wednesday, July 13, 2016

Bidan pun macam doktor jugak..berkongsi ilmu kesihatan manusia

Kisahnya, semalam akak pergi mengurut.. yelah.. lelah kan.. tak sihat. Jadi kebetulan semalam akak memang cuti lagi.. jadi balik la kampung.

Pagi tu akak berbaring je atas kerusi.. dah tak larat kan.. akak rasa sakit kat belakang.. lenguh betul.. kemudian mak akak datang urutkan.. mak akak ni memang pandai mengurut tapi mak tak nak mengurut orang sebab mengurut ni guna tenaga yang banyak. Mak tak larat.

Jadi mak usulkan akak pergi mengurut ngan sorang bidan ni. Mak ngan adik akak memang selalu pergi berurut ngan bidan ni.

So akak mntak adik akak buat appointment ngan bidan ni.. tapi alahai.. bidan tu sibuk belah pagi.. lepas subuh dah ada dah yang datang ambik kul 6.30 pagi.. urut orang bersalin. Ada 3 org dah tempah bidan tu pagi tu.. huhu..

Sudahnya kami ke rumah bidan tu sebelah petangnya selepas asar.

Dipendekkan cerita, memang rasa lega la lepas berurut..siap mandi limau lagi lepas balik berurut.. sedap je rasa badan. Tapi memang lenguh la badan lepas berurut.. nak angkat kaki pun rasa berat..

Tapi sebenarnya rasa nak gelak pun ada sebenarnya..

Sebab masa mula berurut tu, bidan tu sentuh je akak kan, dia cakap apa tau..

Bidan tu kata,

" Awak ni ssummbbakk lemokk"

Hihi..

Maksudnya, lemak dah terlajak banyak dan dah bersatu hati ngan daging dah kot.. dah tepu dah.. dah mengganggu perjalanan darah dah.. tu la jadi kebas kebas tu.. darah tak berjalan lancar rupanya..

Logik logik..

So lepas ni akak kena makan ubat cairkan lemak.

Harapnya dapat la ucapkan selamat tinggal kepada lemak-lemak terkumpul tu.. hihi..



Tuesday, July 12, 2016

Kebas tangan? Jangan minum kopi!

Aduhai.. tak sihat la pulak.. lelah.. campur pulak ngan kebas kebas tangan..huhu..

Kalau ikut doktor cakap dulu, kebas kebas ni disebabkan kurang kalsium dalam badan.

Sebab tu kena makan kalsium.

Tambah-tambah lak akak ni dah tak de hormon tiroksin natural... sebab buang tiroid dulu.. jadi memang kena pastikan cukup kalsium la..

Citernya.. dah lama tak minum kopi.. kelmarin minum kopi.. lepas tu dia nya kebas mak ai.. memang makin menjadi jadi lak...

So tadi sembang ngan rakan sekerja.. bila akak bagitau pasal kurang kalsium ni, beliau terus bagitau,

"Jangan minum kopi. Nanti kopi tu akan flush semua kalsium tu.."

Oh ye ke?

Akak rasa dari sudut sains pemakanan, mesti ada penerangan yang logik dalam hal ni.

Apa pun, memang dah kena pangkah la kopi dari kamus kehidupan seseorang.. huhu..

Sunday, July 10, 2016

Naik bas imtiaz pulang ke asrama

Hari ni Ahad 10 Julai 2016, semua pelajar  mula pulang ke asrama.. ada yang dihantar oleh ibubapa dan ada yang memilih untuk naik bas yang disediakan oleh pihak pengurusan sekolah.

Pada mulanya kami memang nak hantar Durra ke asrama, tapi mendengar keadaan kesesakan jalanraya, Durra akhirnya memilih untuk naik bas. Katanya sebab dah lama tak naik bas. Tapi kami tau, sebenarnya Durra tak nak menyusahkan mami ngan papanya..

Tapi akak berkali-kali jugak tanya betul ke nak naik bas ngan kawan-kawan, Durra masih bagi jawapan yang sama.

Jadinya, petang tadi kul 3 lebih kami hantar Durra ke perkarangan bangunan Yayasan Terengganu. Bas dijadualkan bertolak pada jam 4 petang. Masa kami sampai tu memang dah ada dah kawan-kawan Durra sedang menunggu bas. Meriah sungguh diaorang ni. Terutamanya si Syuhada tu..

Kesesakan lalu lintas di mana mana..

Kelmarin dan ari ni ramai dah yang balik semula ke kota selepas pulang berhari raya di kampung.

Jadinya.. di mana mana orang bercakap pasal kesesakan jalanraya... dekat hiway pun jam jugak.. kan..

Semalam dikhabarkan dekat Gemuruh nak masuk hiway.. kesesakan dalam 30 km gitu.. sepanjang perjalanan ke Setiu.. itu yang dikabarkan...

Ari ni... jam kat Gua Musang..

Saturday, July 9, 2016

Alahai.. demam la pulok

Hari raya ke 3, akak dah bersin banyak kali..

Dan

Hari raya ke 4.. akak demam.. terbaring je tido.. huhu..

Malam kelmarin abang ipar sekeluarga datang dari Melaka.. balik kampung.. jadi akak bertolak sekali lagi balik kampung.. sempat la jumpa diaorng.. tapi tak sempat la mereka makan sate raya.. next time la..

Dah janji ngan Sally aka Saliha nanti datang cuti sekolah akhir tahun ni.. akak nak buat tuisyen.. sebab tahun depan dah nak UPSR.

Hari ni dah balik dah mereka.. insyaAllah jumpa lagi.

Friday, July 8, 2016

Menu hari raya

Hari raya... yang paling mengujakan mestilah bab makan.. hehe.

So apa menu?

Hari raya pertama kami buat nasi minyak gulai ayam kampung.

Mak akak ada buat tapai dan ketupat. Lepas tu ada sedara yang bagi lemang.

Kami jugak ada tempah sate.. siap sekali ngan kuah.. terbaek lah.

Memang keje kami makan dan makan dan makan je lah.. hehe..

Hari kedua kami goreng ketupat.. dan buat jemput jemput bilis.. tak masak heavy la.. sebab raya kedua kami pergi menziarah ke rumah mak sedara beramai-ramai.. jadi tak masak la..

Hari raya ketiga, kami buat fettucini carbonara.. dan jugak nasi beriani.

Memang terbaek la pasal makan nih.. hihi..

Thursday, July 7, 2016

Cuti beraya sakan..

2-3 hari nak raya memang hari hari yang sibuk.. sibuk ngan persiapan raya.. sibuk duduk kat dapur.. memasak je keje..memang bizih lah..

Jadi tak sempat la nak update diari kesayangan.. hehe..

Sunday, July 3, 2016

Balik kampung berhari raya

Balik kampung.. ooo balik kampung..

Ingat lagu Sudirman? Meriah kan? Hehe..

Yang balik kampung.. memang terasa la kegembiraan balik berhari raya berjumpa orang tua dan sanak saudara.. rasa seronok je kan.. kesesakan lalu lintas pun tak terasa kan..

Beruntung lah kita yang masih ada mak ayah sanak saudara kat kampung kan.. sebab ada yang dah tak de keluarga.. jadi tak de sesiapa kat kampung dah.. dah tak balik.. jadi beraya kat bandar je la..

Mana meriah kan..

Kena balik kampung jugak baru happening kan.. kan..

SELAMAT HARI RAYA!

Saturday, July 2, 2016

Akhirnya... baju raya siap jugak..

Alhamdulillah... baju raya siap jugak akhirnya...

Walaupun sebenarnya dah terlebih-lebih beli baju.. hehehe.. kenapa tau.. sebab asal ada baju raya kan.. mesti lepas tu pakai wak gi kerja.. hehehe..

So baju kali ni.. memang sempat untuk raya la.. sebab minggu ni dah cuti kan.. hehe..

Yeyey.. baju raya siap.. hehe..

Suka suka suka.. of course la kan..

Tapi kan.. sekarang ni kan.. tak payah buat baju pun tak pe.. sebab pilihan kat luar sana banyak sangat..

Akak ingat kan.. nak jualbeli jubah la.. sebab jubah sekarang waduh.. cantik bangat.. memang comey la..

Tungguuu..

Friday, July 1, 2016

Macam-macam la tailor nih...aduhai...

Kisahnya.. hari Rabu ni Raya.. hari ni hari Sabtu.. baju raya yang akak tempah kat Kak Yah Tailor Tok Molor tu belum siap lagi.

Satni baru telefon kak yah  tu.. aduhai.. dah la sistem tempahan baju out.. tak de bagi resit ke apa ke.. cuma dia ambik ukuran kita ngan nombor telefon kita.. maknanya kalau dah siap baru la telefon kita..

Masalahnya.. memang hampeh la.. baju lum siap-siap lagi nih..

Taulah customer duduk dekat je... tapi orang pun nok balik kappungh wehhh..

Aduhai.. setakat ni tailor yang akak cuba memang ada je la yang tak kena.. tailor professional Sir Dolly pun ukuran yang diambik lain.. hasil pulak jadi lain..

Aduhai..

Mungkin dah sampai masa akak buat baju sendiri.. aduhai.. memang tak la.. satu.. kemahiran tak de.. kena belajar buat baju dulu.. mau dalam 3-4 bulan.. adus dus..

Beli siap kat kedai.. sama la pulak ngan yang lain kan...

Aduhai.

Memang nasib la kan...

Tak pe lah.. kena belajar buat sendiri dah ni kan...

Boleh... boleh.. slowly... slowly..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!