ISabtu 19/12/15 kami bertolak ke Rantau Panjang. Pukul 9 bertolak.. berenti makan pagi.. dalam kul 11 dah sampai Rantau Panjang.
4 tahun lepas keadaannya lain.. sekarang sangat lain.. banyak sangat bangunan baru dan bazar baru.. luas sangat..
Memey meriah sungguh..
Kami park kat kawasan parking yang berdekatan dengan surau... dan dari situ boleh nampak bangunan yang ada Mydin.. punya la besar Mydin sini.. sampai 5 lot kedai Mydin bolot.. dan dengar citer.. sekarang ramai orang Thailand datang shopping barang-barang keperluan harian kat Mydin.. yelah... duit ringgit dah jatuh ni.. murah la barangan kita..
Memang banyak sangat kedai.. rasa macam lebih banyak kedai dari tempat parking..hehe.
Tapi kalau masuk dalam kedai kecik kat bazar tu.. memang terasa bahangnya.. nak pilih baju pun dah peluh-peluh satu badan.. tak selesa..
Yang paling kami suka ialah aiskrim baba.. hehe.. tapi yang tak tahannya bila tengok adik tu dok scoop kecik kecik aiskrim tu.. rasa nak je bagitau mntak cari scoop besar.. so tak yah la tunggu dia dok cedok aiskrim tu 20 kali nak diisi ke dalam mangkuk tu..sabo je la..
Last stop akak berenti shopping ialah kat satu kedai baju ni.. masih kat bazar.. rasanya macam nama bazar shazeni.. ntah lebih kurang macam tu la namanya kot.. ada kedai makan kat bazar tu.. kedai makan tu pun nama sama ngan bazar tu..
Kat kedai tu akak borong 7 helai pakaian.. 3 skirt labuh dan 4 baju blaus.. akak terus mintak harga borong kaw kaw punya.. boleh la dapat $30 satu.. cuma satu blaus tu je $40.. ok lah.. bagi akak dah murah lah tu sebab kat kedai lain yang akak survey ada yang lebih mahal lagi.. next time datang nak terus pergi situ la.. hehe..
Kemudiannya kami bertolak ke Kota Bharu sebab plannya nak duduk kat Tune Hotel yang dekat sangat KB Mall..
Tapi sampai kat Wakaf Che Yeh kami ubah pikiran.. kebetulan ada kedai makan kat situ yang jual lauk ayam kampung so kami makan kat kedai tu dulu.. hmm.. boleh tahan jugak la harganya ye.. tapi sedap..so oklah..
Plannya nak checkin Hotel kat depan pintu gerbang wakaf che yeh tu.. tapi sebab hotel tu dah belah sana.. dan kami belah sini.. so kami buat keputusan duduk kat hotel yang dekat ngan bazar malam wakaf che yeh lah.. ada banyak hotel bajet kat situ.. kami berkenan nak ke hotel & apartment Sireh.. sebab dalam pikiran kami boleh ambik apartment.
Malangnya.. bila kami sampai dah tak boleh masuk ke arah jalan dalam.. sebab masa tu dah pukul 4.30 ptg dah.. rupanya semua lorong kat situ diguna oleh peniaga bazar malam nanti... la.. so kempunan la nak ke hotel Sireh..huhu..
Kami u-turn dan cuba tinjau hotel lain kat situ.. kebetulan ada satu ruang parking betul-betul berhadapan dengan Ombak Inn. Jadi kami pun dah letih.. kami masuk utk regisfer.. tengok gambar bilik pun ok.. so oklah.. harga satu bilik $80. Akak ambik 2 bilik. Jadi bayar $160 tambah ngan $30 deposit. Cuma parking la masalah.. sebab kat depan tu nanti ada peniaga bazar malam.. jadi abe nik kena park jauh sikit.. aduhai..
So lepas ambik kunci kami terus bawak beg naik ke bilik.. sampai je kat bilik... ya Allah... memang tersangat la terkejut dengan keadaan bilik yang sangat uzur.. tak selayaknya dipanggil bilik hotel pun.. ikutkan hati akak nak je akak turun balik buat bising.. tapi abe nik kata.. redha lah.. kalau pelanggan yang berlagak diva memang dah mintak duit balik dan blah keluar cari hotel lain... tapi yelah.. waktu ni musim cuti sekolah.. cuti hujung minggu lak tu.. memang takde pilihan dah.. konsep redha kian menebal dalam diri akak.. huhu.
Tapi tulah.. nyesal sangat sebab main ubah plan sesuka hati.. lepas tu nyesal sebab tak surf dulu internet untuk baca review customer lain..
Cumanya... memang dekat la ngan bazar malam tu.. belakang bangunan je... jalan kaki je lah..
Bila dah surf rupanya memang ada yang dablh terkena.. Ombak Inn kat Wakaf Che Yeh memang sangat mendukacitakan.. memang tak berbaloi langsung dengan nilai duit yang telah dibayar. Akak pun sempat jugak bagi review.. bukan apa supaya orang lain tak rasai pengalaman sama..
Bilik kat Ombak Inn ni sangat teruk keadaannya..
Jadi janganlah pilih Ombak Inn... memang kelautttt....
Kata hotel bajet tapi sebenarnya bukan pelanggan yang bajet... owner yang bajet jimat sebenarnya..
Nak iron baju pun kemain susah.. dah la takde ironing board.. kena la iron atas katil.. dengan iron yang hidup segan mati tak mahu... sama la jugak ngan extension wire... sampai dah uzur.. tak mampu ditukar.. macam ni ke jaga pelanggan? Hmm..
Yang kelakarnya kan.. masa akak nak keluar makan.. kat depan kaunter tu ada satu keluarga yang baru nak checkin kot.. ada la dalam 6-7 org sekeluarga.. sekali ngan anak-anak.. akak tanya "nk check in ke". Adik tu angguk.. akak pun bagi isyarat kat adik tu tak payah lah check in kat Ombak Inn.. baik cari hotel lain..
Jahat ke akak? Ohhh tidak tidak.. akak hanya nak pastikan mereka sekeluarga tidak menyesal macam akak rasa...caring kan akak..
Nanti tak de la mereka mati kutu duduk kat dalam bilik hotel nanti.. dengan tv zaman dinasor dulu... astro takde.. tv1 je boleh dapat..huhuhu..
Boleh tengok sendiri gambar-gambar yg akak sempat ambik kat dalam bilik hotel Ombak Inn ni..
Memang pengajaran la bagi kami..
Lepas ni akak akan pastikan baca review customer lain sebelum book tempat penginapan..
Dah install dah tripadvisor... trivago pun memang dah lama install..huhu..
Yang nyata.. sekarang ni ialah..
SAY NO TO OMBAK INN!!!