Beberapa minit lagi dah nak masuk ke tahun baru 1/1/2016.
Seperti biasa, masuk tahun baru semua orang pasang azam baru.. walaupun azam tahun lepas masih lagi berbaki.. hehehe.. no hal.. azam kena buat jugak..
Kenapa kena ada azam bagai ni... ha.. ni jawapannya..
Kita kena ada azam sebab azam ni ibarat misi kita.. apa yang kita inginkan.. yang kita nak capai untuk tahun ni.. jadi kena ada azam yang spesifik.
Ada orang letak azam nak masuk syurga.. hmm.. tu semua azam semua orang.. azam jangka masa panjang sepanjang hayat kita.. dan nak masuk syurga ada caranya.. kan.. dah ditetapkan Allah dah diberitahu dalam kitab suci alQuran..
Nak masuk syurga kena ada banyak pahala.. jadi azam kita setiap masa ialah mengumpul pahala.. kan..
Jadi nak capai azam jangkamasa panjang kena la jugak ada azam jangkamasa pendek.. lima tahun sekali.. setahun sekali.. sebulan sekali.. setiap hari..
Jadi setiap hari kena kumpul pahala..
Jadi kena letakkan azam yang dapat menambah pahala...
Sebagai hamba Allah, Saya berazam untuk
- menyempurnakan solat di awal waktu
- menghabiskan sekurang-kurangnya sehelai mukasurat membaca alQuran setiap malam
- berpuasa sunat isnin dan khamis dengan izin Allah
Sebagai seorang isteri dan ibu, Saya akan menjaga sebaiknya dan menjalankan tanggungjawab terhadap keluarga dengan seikhlasnya.
Sebagai seorang anak, Saya akan sentiasa berhubung dengan ibu dan menjaga kebajikannya serta mendoakan kesejahteraan kedua ibubapa.
Sebagai seorang pekerja, Saya akan melaksanakan tugasan dengan penuh amanah dan tanggungjawab.
Sebagai seorang akademia, saya akan berusaha meningkatkan kemahiran dan pengetahuan diri, khususnya dalam bidang penulisan.
Bijak pandai berkata:
Nak jadi tukang masak kena lah masak
Nak jadi penulis kena lah menulis.
Jadi saya akan menulis menulis dan menulis..
Benjamin Franklin said:
Write something worth reading
No comments:
Post a Comment