Thursday, December 17, 2015

Baju muslimah Hilyah

Ari ni durra bagitau nak cari baju muslimah. So kami pun keluar ke bandar dungun.. pikir jugak kat mana nak cari ni..

Ada jugak baju muslimah yg dijual kat pasaraya aneka tingkat atas. Tapi dah beli dah. Kalau beli nanti sama je la design nya.

Kemudian pergi ke kedai dekat ngan bangunan tnb kat jalan pak sabah. Beli la 2 helai. Tu je yang ada saiz.

Terpikir pulak.. dulu pernah beli baju muslimah kat satu kedai area kampung sura hujung.. jenama hilyah.. sumaiyah.. dulu dulu.. tapi baju nya masih sedap dipakai sehingga sekarang.

So kami pergi ke kedai tu. Kebetulan buka.. kalu tgk kat banner nya kedai tu hanya dibuka Ahad Selasa dan Khamis. Hmm. Pelik ke. Bila akak tnya rupanya sbb owner xde pekerja. Pekerja dulu adalah anak sedara owner tapi dah berenti. Jd skrg ni owner jaga sendiri.

Kalau tengok dari segi pilihan mungkin ada yg kata tak banyak sangat pilihan la.. tapi sebab hanya jenama Hilyah dan Sumaiyah je yg dijual di kedai ni jadi bagi akak memang dah cukup banyak dah pilihannya.

Sudahnya kami beli 6 pasang baju muslimah. Cantik. Akak memang cukup suka dengan jenama hilyah ni sebab kainnya sangat lembut dan tebal. Memang berbeza la ngan jenama lain. Malah jenama sumaiyah pun berbeza kain ngan hilyah.

Hilyah terbaek!

Tapi mungkin kat online shop sana ada banyak lagi pilihan. Cumanya sebab beli tengok skrin kan... cantik kat mata cantik la kot. Masalahnya tak boleh pegang dan rasa kain camana. Kalau kain keras dan nipis tak sesuai jugak pakai kan.

Ada tu time beli baju labuh tapi bila dah basuh ha ko.. labuh dah kurang.. jadi singkat pulak.. huhu


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!