Semalam dikejutkan dengan berita kematian seorang isteri yang sedang mengandung 3 bulan, anak sulung.. telah meninggal dunia akibat kanser tiroid. Sebelum ni tak ada sakit apa.. tapi akhirnya bila doktor check, kanser dah merebak banyak.. dah tahap kritikal dah.. akhirnya membawa maut.
Kita turut berdukacita. Semoga Allah mengampunkan dan menempatkan arwah di dalam golongan hambaNya yang beriman dan beramal soleh.
Masa akak mula-mula check tiroid kat hospital, doktor ada bagitau, jika tidak dirawat, pesakit tiroid berkemungkinan mendapat kanser tiroid. Memang menakutkan.. kanser kot.. kita dengar kan.. kanser ni .. sel-sel kanser kejap je membiak.. merebak.. sedar sedar.. dah rosak semua sel..
Apakah Kanser Tiroid
- Kanser tiroid bermula apabila sel kelenjar tiroid menjadi tidak normal, membesar tanpa kawalan, dan membentuk jisim tisu yang dinamai ketumbuhan atau tumor.
Disenaraikan di bawah ini adalah beberapa faktor yang mungkin meningkatkan risiko kanser tiroid, namun tiada siapa yang tahu akan penyebab sebenar kanser tiroid.
- Terdedah kepada sinaran: Individu yang terdedah kepada aras sinaran yang tinggi dijangka lebih berkemungkinan mengalami kanser tiroid daripada individu lain. Satu sumber sinaran yang penting ialah rawatan yang menggunakan sinar-X. Misalnya, seseorang yang selalu menggunakan sinar-X secara diagnostik walaupun dengan dos sinaran yang rendah, meningkatkan risiko mengalami kanser tiroid.
- Jantina: Perempuan lebih terjejas dengan kanser tiroid daripada lelaki. Di Semenanjung Malaysia, seperti yang dilaporkan oleh Statistik Kanser Malaysia - Data dan Angka, Semenanjung Malaysia, 2006, perempuan adalah tiga kali lebih berkemungkinan mengalami kanser tiroid berbanding lelaki.
- Keturunan: Jenis kanser tiroid tertentu mungkin diwarisi.
- Umur: Kanser tiroid boleh berlaku pada mana-mana kumpulan umur, tetapi lebih cenderung selepas usia 30 tahun, dan risiko meningkat pada individu yang lebih tua.
- Iodin tidak mencukupi dalam diet: Kelenjar tiroid memerlukan iodin untuk menghasilkan hormon tiroid. Kita boleh mengurangkan risiko jika iodin dijadikan salah satu daripada ramuan makanan kita. Makanan laut ialah contoh makanan yang mengandungi iodin.
- Sejarah goiter pada diri atau keluarga: Goiter ialah nodul benigna (tumor bukan-kanser) tiroid. Individu yang mengalami goiter berkemungkinan mengalami kanser tiroid.
Jika seseorang mempunyai satu faktor risiko atau lebih, ini tidak bermakna bahawa dia akan mendapat kanser tiroid. Kebanyakan individu yang mempunyai beberapa faktor risiko tidak mengalami kanser tiroid. Walau bagaimanapun, yang jelasnya ialah kanser tiroid tidak berjangkit.
Simptom
Sumber Sumber
Peringkat awal kanser tiroid lazimnya tidak menimbulkan sebarang simptom namun apabila kanser itu membesar, beberapa tanda yang boleh dilihat adalah;
- Benjol atau bintil di depan leher atau berhampiran halkum.
- Suara menjadi parau dan sukar bercakap dalam nada normal.
- Nodus limfa bengkak terutama di leher.
- Sukar menelan atau bernafas
- Sakit pada tekak atau leher.
Bagaimanapun simptom berkenaan tidak menjamin wujudnya kanser tiroid sebaliknya keadaan di atas boleh dicetuskan akibat jangkitan goiter tidak berbahaya atau masalah lain.
Sesiapa yang mempunyai tanda-tanda tersebut dinasihatkan berjumpa doktor secepat mungkin kerana doktor sahaja yang mampu mendiagnosis dan merawatnya.
Akak pun dah buat rawatan buang tiroid ni. Akak ada hypotiroid. Dan sekarang ni bergantung sepenuhnya dengan sintetik hormon tiroid.
Yang penting sekarang ni kan.. kita wanita kan.. kena pergi buat medical checkup. Kalau ada yang tak pernah buat tu, pergilah buat.. baru boleh tahu apa-apa yang tak kena dalam sistem badan kita.
Yang sedang mencari rawatan alternatif untuk kanser, boleh usahakan dengan amalkan Vivix Shaklee. Antioksidan dalam Vivix mampu menghalang sel kanser dari merebak.
Berusahalah demi kesihatan yang lebih baik supaya kita dapat menikmati kehidupan dengan lebih tenang. Dengan kesihatan yang lebih baik, insyaAllah kita dapat beribadah dengan lebih sempurna.
019-9695787