Hari ni bermula perjuangan saya sebagai seorang pengedar Shaklee. Ini kali kedua sebenarnya. Tahun 2013 saya telahpun menyertai Shaklee sebagai pengedar. Tapi saya hanya aktif di peringkat awal selama beberapa bulan sahaja. Semangat yang berkobar-kobar telah hilang ditelan masa dan kesibukan seharian. Akhirnya ID pengedar dah expired dah.
Mungkin ramai yang akan kata.. alangkah ruginya... kan.
Bagi diri saya, tak perlu menyesali apa yang telah berlaku. Tak perlu berimaginasi mengenai "kalaulah...kalaulah.." tak perlu. Saya ambik iktibar dari apa yang berlaku. Hidup ni adalah pembelajaran. Kita belajar dan terus belajar. Itulah kehidupan.
Memang tak dinafikan, mereka yang sangat istiqamah dan tekun dalam bisness Shaklee ni berjaya membuktikan kemampuan yang sangat membanggakan. Ada yang dapat income bulanan mencecah RM 50 ribu hanya selepas 8 bulan berbisness Shaklee. Wow. Memang hebat. Kalaulah ramai orang beroleh kejayaan macam ni, memang boleh sangatlah bantu kerajaan kurangkan kadar pengangguran kan... mereka yang dah ada kerjaya tapi buat bisness Shaklee sampai jadi terlebih kaya raya, mungkin dah sampai waktu untuk berhenti kerja. Bagi peluang kat graduan lepasan universiti untuk berada dalam dunia pekerjaan. Kan...
Kenapa Shaklee?
Jadi saya sebenarnya nak jugak tahu kesahihan peluang yang ada dalam bisness Shaklee ni. Orang kata kalau kita nak tahu kita kena cuba kan. Orang bagitahu kat kita gula tu manis. Tapi selagi kita tak cuba merasa sendiri, kita tak kan tahu bagaimana rasa manis tu. Jadi, inilah salah satu sebab kenapa saya join Shaklee.
Sebab lain yang paling utama ialah disebabkan oleh produknya yang berkualiti, selamat, terbukti dan dijamin.
Pasal berkualiti, selamat, terbukti dan dijamin rasanya rata-rata pengeluar produk lain pun mewar-warkan perkara sama. Kan.
Tapi Shaklee ada kelebihan. Apa dia? Selain dari brand Shaklee yang telah bertapak kukuh dan terkenal di serata dunia, produk Shaklee turut diuji secara klinikal oleh badan bebas. Hasil kajian juga dikongsi kepada orang awam. Memang terbukti!
Jadi, kita sebagai pengguna, seharusnya lebih percaya dengan produk seperti Shaklee ni. Setiap satu produk melalui proses ujian yang lengkap.
Bukan macam kebanyakan produk tempatan kita.. sapa-sapa boleh jadi pengasas produk. Campur bahan ini bahan itu walla... jadi produk yang all-in-one. Tanpa ada kajian terperinci. Sepatutnya kita kena lebih berhati-hati dengan produk sebegini. Didik diri!
Daftar Baru
Berbalik kepada ID pengedar yang dah expired tadi, saya sebenarnya mempunyai pilihan samada untuk renew atau daftar baru. Saya pilih untuk mendaftar baru. Dari segi analoginya, kita buka buku baru. A fresh new start.
Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya tak renew? Ada masalah ke dengan upline sebelum ni? Tidak. Upline saya sebelum ini sangat hebat. Sentiasa beri motivasi. Tinggal lagi saya sahaja yang kurang bertindak. Terima kasih tidak terhingga kepada upline sebelum ini di atas segala perkongsian ilmu yang diberi. Semoga ukhwah kita terus terpelihara dan berpanjangan sehingga hayat dikandung badan. Kepada upline sekarang, terima kasih juga di atas tunjuk ajar yang sedang dan akan diberi.
Jadi, sekarang ni a fresh new start.
Sebagai Pengedar
Walaupun namanya pengedar Shaklee, tapi saya bukanlah orang yang arif dalam urusan nak ajak orang beli produk. ohh.. saya memang tak reti bab ni. Mereka kata tak pe. Pelan-pelan. Tambahkan ilmu dulu.
Ada pengedar lain yang berkongsi bagitau... tak perlu jumpa orang nak jual produk. Hanya share sahaja kebaikan produk. Ha.. yang itu saya boleh buat. Jadi saya share kisah saya sebagai pengguna produk Shaklee ni. Kalau ada yang berminat nak order ke nak join ke... kiranya itu rezeki lah namanya. Sebab tu ramai upline yang pesan.... dah berkongsi maklumat tu... berdoa dan berzikir banyak-banyak. Supaya Allah bukakan hari mereka yang baca perkongsian tu berminat untuk dapatkan produk melalui kita. Dengan izin Allah jua kan.
Jadi, saya kongsikan maklumat dalam blog saya ni.
Bakal ibu patut join Shaklee
Kenapa saya sangat-sangat sarankan bakal ibu untuk join Shaklee ni? Ada banyak sebab. Paling utama ialah Shaklee ada banyak produk yang meliputi kegunaan untuk ibu dan anak.
Bakal ibu maksudnya ibu yang mengandung. Jadinya ibu mengandung perlukan vitamin suplemen yang cukup sepanjang mengandung. Sangat-sangat penting. Tambah-tambah lagi kalau ibu yang hamil anak seterusnya. Memerlukan zat yang cukup untuk ibu dan anak. Bagi ibu yang berkerjaya lagilah... kena sentiasa bertenaga kan. Jadi perlukan suplemen untuk menambah kesihatan.
Berikut adalah set ibu hamil Shaklee yang dicadangkan.
Ini pula maklumat ringkas setiap produk dalam set kehamilan ni.
Selepas melahirkan anak, ibu-ibu akan mengalami kesan berikut seperti:
- Kehilangan darah yang banyak
- Hilang tenaga
- Kurang tidur
- Sembelit
- Keguguran rambut
- Dan macam-macam lagi
Bagi kita masyarakat Melayu, para ibu kebiasaannya akan menjalani proses berpantang di antara 44 hari sehingga 100 hari. Jadi ibu-ibu perlu mendapat zat yang secukupnya dari pemakanan. Memandangkan menu ibu berpantang sangatlah terhad, jadinya ibu-ibu perlu mendapatkan zat tambahan dari suplemen untuk kesihatan ibu dan anak.
Shaklee menyediakan set ibu bersalin Shaklee yang mengandungi suplemen berikut:
Fungsi set bersalin Shaklee adalah menyeluruh dengan 12 fungsi dalam 1:
- Penyembuhan luka selepas bersalin
- Membersihkan toksin dari sistem tubuh
- Membantu meningkatkan susu ibu
- Menurunkan berat badan
- Membentuk kontur tubuh menawan
- Memberi tenaga berpanjangan
- Mencantikkan dan menganjalkan kulit
- Memulihkan libido untuk fungsi keintiman
- Melindungi rambut dan kuku ibu
- Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi
- Mengurangkan kesan hitam regangan kulit semasa hamil (stretch marks)
- Membantu penghadaman yang baik
Testimoni ibu-ibu yang mengambil set bersalin Shaklee mendapat mereka mendapat kesan sampingan berikut:
- Badan bertenaga
- Bangun tidur dengan segar dan tubuh cergas
- Semakin mudah untuk fokus dengan tugas harian
- Susu semakin banyak dan pekat
- Kulit semakin cerah dan parut semakin hilang
- Kesan positif terhadap hubungan suami isteri
- Mood semakin terkawal
- Jarang jatuh sakit
- Luka sembuh dengan cepat
- Wajah tidak pucat walaupun baru bersalin.
Dan banyak lagi kesan sampingan positif yang telah dialami oleh ribuan pengguna set bersalin Shaklee.
Bagi bayi yang baru dilahirkan, kulit mereka sangat sensitif. Jadi ibu-ibu perlu pastikan produk-produk mandian dan losyen bayi adalah selamat digunakan. Terdapat banyak produk di pasaran yang mengandungi bahan kimia yang bertoksin yang membahayakan bayi. Jadi ibu-ibu seharusnya memilih dengan bijak keperluan bayi.
Shaklee menyediakan produk khas untuk bayi yang dinamakan Shakleebaby.
Set Shakleebaby ini mengandungi 3 produk iaitu mandian Gentle Wash, Soothing Lotion dan Massage Oil. Kesemua produk ini adalah selamat kerana ianya:
- diuji secara klinikal
- mempunyai pH seimbang
- hanya mengandungi bahan semulajadi dan organik
- tidak memberikan alahan
- diuji oleh pakar pediatrik
- tidak mengandungi paraben dan bahan kimia lain
Keterangan setiap satu produk adalah seperti berikut yang boleh diperolehi dari laman http://www.shaklee.com.my.
Kesimpulan
Kesimpulannya, bakal ibu yang akan melahirkan bayi tak lama lagi, anda harus merebut peluang menyertai Shaklee apabila anda membuat keputusan untuk menggunakan produk Shaklee. Ada banyak kelebihan menjadi ahli Shaklee. Di samping mendapat manfaat kebaikan produknya untuk mengekalkan dan menaiktaraf kesihatan, anda juga mendapat berpeluang mendapat pulangan bonus dari pembelian produk Shaklee yang anda lakukan walaupun hanya untuk diri sendiri.
Kalau kesemua 3 set anda gunakan iaitu set ibu hamil Shaklee, set bersalin Shaklee dan set Shakleebaby, kan dah banyak tu...
Hubungi saya di 019-9695787 sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan produk Shaklee.
No comments:
Post a Comment