Sunday, July 29, 2018

Ketahui Rahsia Surirumah Memiliki Pendapatan Minima RM 10000 Sebulan!

Ibu-ibu surirumah yang sedang mencari peluang menambah pendapatan keluarga,

Pernah dengar bagaimana seorang surirumah biasa-biasa mampu mendapat pendapatan 5 angka sebulan? Hanya dengan Shaklee.

Mesti teruja nak tau bagaimana caranya kan?

Tapi sebelum tu mesti ramai yang rasa musykil dan was-was.. kan..

Jom kita selidik sejauh mana kebenarannya.

Paling mudah kita tanya Google. Inilah jawapannya.


1) dari blog norfaziela.com









2) blog ibuohsem.com





3) blog nurulaziyana.blogspot.com







4) blog ainulmustafa.com


5) blog tipskesuburan.com





Itu semua adalah bukti bahawa wanita yang duduk kat rumah pun mampu menjana pendapatan yang sangat lumayan. Hinggakan melebihi pendapatan seisi keluarga. Banyak juga kisah wanita yang berkerjaya profesional yang sudahpun memperolehi pendapatan yang lumayan, namun sanggup melepaskan kerjaya dan memilih untuk menjadi surirumah. Surirumah luarbiasa.

Nasihat surirumah luarbiasa ni kepada surirumah di luar sana ialah "JADILAH SURIRUMAH YANG BERPENDAPATAN!"


Image result for work at home mum free image


Maksudnya wanita yang berdikari. Tidak semata-mata bergantung kepada pendapatan suami. Keinginan untuk bantu suami. Bantu keluarga.


Kepada surirumah yang sedang membaca post ini, tidakkah ada keinginan untuk menjadi seperti mereka?

Jom kita belajar bagaimana caranya.

Yang pasti, kita sudah maklum yang mereka ini bermula dengan Shaklee.


Mentor surirumah dalam kumpulan kami bersedia membantu anda. Jom sama-sama kita belajar dari mereka. 



#IzangShaklee












Friday, July 27, 2018

Sepuluh sebab kematian utama Malaysia 2012-2016

Data dari Department of Statistics Malaysia mendedahkan SEPULUH SEBAB KEMATIAN UTAMA di Malaysia. 

EMPAT yang pertama ialah:
1) Sakit tua
2) Lelah
3) Kencing manis
4) Darah tinggi






Bagi yang sedang menghidap penyakit lelah, kencing manis dan darah tinggi, maka perlulah mempunyai kesedaran menjaga kesihatan dan menitikberatkan soal pemakanan. Nasihat ni bagi diri saya jugak, sebab saya ada lelah. Tapi dah tak makan ubat lelah dah.

Cumanya kena jaga makan lah.

Sama-sama kita jaga diri. Kesihatan sendiri perlu diutamakan. Jom ubah.





Mulakan pengambilan suplemen dan vitamin hari ini. Hubungi saya 019-9695787 untuk bertanya dengan lebih lanjut berkenaan produk Shaklee.




Thursday, July 26, 2018

Gangguan Tiroid dan Auto-Immune: Apa Kaitannya?


Menurut Ketua Unit Diabetes dan Endokrinologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin (sumber), dan ahli endokrin pediatrik Andrew J. Bauer, M.D, pengarah perubatan Pusat Perubatan di Hospital Kanak-kanak Philadelphia (sumber),

Beberapa punca dikenal pasti menyumbang kepada masalah kelenjar tiroid sehingga gagal menghasilkan hormon tiroid seperti penyakit autoimun iaitu sistem imun menghasilkan antibodi yang menyerang tisu sendiri dan proses ini membabitkan kelenjar tiroid apabila antibodi itu mempengaruhi keupayaan tiroid menghasilkan hormon. Gangguan auto­imun ini juga dikenali sebagai Thyroiditis Hashimoto iaitu kelenjar tiroid membesar (goiter).
Penyebab yang paling tipikal hipotiroidisme ialah serangan sistem imun pada sel-sel dalam kelenjar tiroid. Faktor tambahan yang boleh merosakkan kelenjar tiroid atau keupayaannya untuk menghasilkan hormon tiroid termasuk radiasi untuk kanser kepala dan tekak, ubat-ubatan (termasuk litium, ubat epilepsi dan ubat-ubatan kemoterapi yang dikenali sebagai inhibitor tyrosine kinase) dan, jarang sekali, kekurangan iodin. 
Dalam keadaan tertentu, serangan  sistem imun pada sel-sel dalam kelenjar tiroid akan menyebabkan bahagian tubuh mengalami masalah kesihatan lain seperti Lupus dan rheumatoid arthritis (sumber).


Jom tingkatkan sistem imun kita. Dapatkan suplemen dan vitamin untuk bantu meningkatkan tahap kesihatan kita.

Pilihan saya adalah Shaklee.






Monday, July 23, 2018

Bahaya Mi Segera - Kita tahu.... Tapi itu jugak lah yang kita suka kan..

Kita tahu dan kita sedar...


Doktor dan saintis dan bagitau kat kita bahaya makanan segera. Kata mereka makanan segera ni tak bagus.




Makan mi segera.. mee maggi.. tak bagus. Kajian menunjukkan berlaku obesiti, darah tinggi dan risiko dipanggil cardiometabolic. Kajian juga menunjukkan wujud kaitan yang positif di antara makan mi segera dengan penyakit kencing manis, sakit jantung dan strok.





Abis tu... guane kita ni kan.... kita dah tahu.. tapi apa tindakan kita? Tengok stok maggi kat rumah..  mesti ada kan...

Kita dah tau kesan dia... kita beri pulak anak makan maggi.. caner tu? 






Sunday, July 22, 2018

Risiko pengambilan hormon sintetik tiroid - Apa pilihan yang kita ada?

Dalam entri sebelum ni, akak ada citer berkenaan akak wajib ambil hormon tiroksin sintetik selagi hayat dikandung badan. Ini berikutan kelenjar tiroid tempat mengeluarkan hormon tu secara semulajadi dah dibuang. Jadi mereka yang mengalami hypotiroid macam akak perlu mengambil hormon tiroid sintetik tersebut. Kebiasaannya, pengambilan pil hormon tiroid sintetik dikenali sebagai levothyroxine (L-Thyroxine) adalah sekali sehari pada dos yang ditetapkan oleh doktor.

Image result for synthroid hormone


Pengambilan hormon sintetik tiroid

Dengan pengambilan hormon synthroid (synthetic thyroid) ini, ianya dapat membantu mengembalikan tahap hormon yang mencukupi untuk mengurangkan gejala hypotiroidisme. Namun dos pengambilan mungkin berubah dan pesakit perlu melakukan pemeriksaan paras TSH (Thyroid stimulating hormone) secara berkala. Pesakit turut dinasihatkan untuk sentiasa berterusan mengambil synthroid ini walaupun pesakit mungkin berasa bertambah baik kerana berkemungkinan tanda-tanda hypotiroidisme akan datang kembali. Namun demikian, terdapat juga keadaan di mana pesakit masih berasa tidak sihat walaupun mereka sedang mengambil hormon sintetik tiroid

Image result for feeling sick

Keadaan ini disebabkan oleh hormon sintetik tiroid itu sendiri. Memandangkan hormon itu bukanlah diperolehi secara semulajadi, ianya adalah bahan kimia sintetik. Sebatian kimia itu sendiri mungkin menyebabkan kualiti kesihatan pesakit menurun.

Oleh yang demikian, terdapat segelintir doktor yang tidak bersetuju dengan penggunaan hormon synthroid ini. Dari segi teknikalnya, doktor berpendapat hormon synthroid ini tidak mampu menukarkan keperluan hormon T4 kepada T3. Di samping itu kesan penggunaan hormon synthroid ini berbeza

Sekiranya dos yang diambil kurang dari yang diperlukan badan, ia tidak dapat membantu pesakit sembuh dari gejala hypotiroid.

Sekiranya dos yang diambil berlebihan, pesakit berhadapan dengan risiko berikut:
  • reput tulang
  • kesuburan merosot
  • degupan jantung yang tidak teratur
  • gangguan otot yang semakin lemah
  • sukar lena
  • muntah-muntah
  • keguguran rambut
  • penambahan berat badan


Pakar menyarankan agar pesakit menitikberatkan diet pemakanan yang betul. Apa yang lebih menarik ialah, pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan:
  • soya
  • semua sumber berasaskan florida - air berflorida dan ubat gigi berflorida

Image result for avoid soyImage result for avoid fluoride


Sekiranya anda turut mengalami masalah kesihatan yang sama dengan saya, saya berbesar hati sekiranya anda sudi berkongsi pengalaman supaya kita sama-sama dapat menjalani kehidupan dengan kesihatan yang lebih baik. Salam ukhwah! Hubungi saya di 019-9695787 supaya kita sama-sama dapat berkongsi tips penjagaan kesihatan diri.

Saturday, July 21, 2018

Tiroid dan sakit sendi - Apa kaitannya? Apa penyelesaiannya?

Salam pembaca yang dikasihi,


Ramai yang mungkin tertanya-tanya.. ada ke kaitan di antara tiroid dan sakit sendi? Bagi mereka yang mengalami tiroid (macam akak), memang akan terasa ada kaitan yang ketara di antara keduanya..

Ada.

Tengok work cloud ni.. nilah kebanyakan isu kesihatan yang dihadapi oleh pesakit tiroid. Antara yang ketara ialah:
1) Sakit otot dan sendi (joint pain)
2) Kenaikan berat badan (weight gain)
3) Auto-imun 


Thyroid Word Cloud On a White Background.

Kali ni jom kita berkongsi maklumat berkenaan sakit sendi.

Sakit Otot dan Sendi


Menurut Ketua Unit Diabetes dan Endokrinologi Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Profesor Dr Nor Azmi Kamaruddin (sumber)
Tanda biasa hipotiroidisme adalah seperti kulit kering dan bersisik, rambut kusam dan rapuh, peningkatan berat badan, keletihan sepanjang masa, sembelit, sakit otot dan sendi, degupan jantung perlahan, sensitif sejuk, murung, mudah lupa, kitaran haid tidak teratur, kurang keinginan seks, muka sembap, paras kolesterol dan tekanan darah yang tinggi.

Related image 

Image result for joint pain in fingers
Semakin perlahan kadar proses metabolisme, semakin banyak tanda-tanda hipotiroidisme yang akan timbul sedikit demi sedikit dalam jangka masa panjang. Jika tidak dirawat, gejala akibat kekurangan hormon berkenaan boleh menjadi lebih teruk dan membawa kepada masalah kesihatan yang serius. 
Tanda lain hipotiroidisme pada orang dewasa seperti lembap berfikir, mudah tersinggung, tidak boleh menumpukan perhatian, keguguran rambut, suara menjadi garau, sakit tekak berterusan, sukar menelan, tidak subur, kerap sakit kepala, insomnia, selera berkurang, alahan menjadi teruk, kejang otot, sukar menurunkan berat badan dan kurang stamina. 
Lemah tubuh badan atau keletihan adalah tanda-tanda hipotiroidisme yang paling ketara dalam kalangan pesakit iaitu 99 peratus, diikuti kulit kering dan kasar (97 peratus), kelesuan dan pertuturan lambat (91 peratus), kesejukan dan kurang berpeluh (89 peratus), muka sembap (79 peratus), rambut kasar (76 peratus), kulit pucat (67 peratus), hilang memori (66 peratus), sembelit (61 peratus), peningkatan berat badan (59 peratus), rambut gugur (57 peratus) dan pekak (30 peratus).


Sekiranya anda turut mengalami masalah kesihatan yang sama dengan saya, saya berbesar hati sekiranya anda sudi berkongsi pengalaman supaya kita sama-sama dapat menjalani kehidupan dengan kesihatan yang lebih baik. Salam ukhwah! Hubungi saya di 019-9695787 supaya kita sama-sama dapat berkongsi tips penjagaan kesihatan diri.





Friday, July 20, 2018

Jadi Pengedar Shaklee. Kenapa bakal ibu patut pertimbangkan untuk menyertai Shaklee?

Hari ni bermula perjuangan saya sebagai seorang pengedar Shaklee. Ini kali kedua sebenarnya. Tahun 2013 saya telahpun menyertai Shaklee sebagai pengedar. Tapi saya hanya aktif di peringkat awal selama beberapa bulan sahaja. Semangat yang berkobar-kobar telah hilang ditelan masa dan kesibukan seharian. Akhirnya ID pengedar dah expired dah.

Image result for i expired logo

Mungkin ramai yang akan kata.. alangkah ruginya... kan.

Bagi diri saya, tak perlu menyesali apa yang telah berlaku. Tak perlu berimaginasi mengenai "kalaulah...kalaulah.." tak perlu. Saya ambik iktibar dari apa yang berlaku. Hidup ni adalah pembelajaran. Kita belajar dan terus belajar. Itulah kehidupan.

Memang tak dinafikan, mereka yang sangat istiqamah dan tekun dalam bisness Shaklee ni berjaya membuktikan kemampuan yang sangat membanggakan. Ada yang dapat income bulanan mencecah RM 50 ribu hanya selepas 8 bulan berbisness Shaklee. Wow. Memang hebat. Kalaulah ramai orang beroleh kejayaan macam ni, memang boleh sangatlah bantu kerajaan kurangkan kadar pengangguran kan... mereka yang dah ada kerjaya tapi buat bisness Shaklee sampai jadi terlebih kaya raya, mungkin dah sampai waktu untuk berhenti kerja. Bagi peluang kat graduan lepasan universiti untuk berada dalam dunia pekerjaan. Kan...

Kenapa Shaklee?
Jadi saya sebenarnya nak jugak tahu kesahihan peluang yang ada dalam bisness Shaklee ni. Orang kata kalau kita nak tahu kita kena cuba kan. Orang bagitahu kat kita gula tu manis. Tapi selagi kita tak cuba merasa sendiri, kita tak kan tahu bagaimana rasa manis tu. Jadi, inilah salah satu sebab kenapa saya join Shaklee. 

Sebab lain yang paling utama ialah disebabkan oleh produknya yang berkualiti, selamat, terbukti dan dijamin.


Pasal berkualiti, selamat, terbukti dan dijamin rasanya rata-rata pengeluar produk lain pun mewar-warkan perkara sama. Kan.

Tapi Shaklee ada kelebihan. Apa dia? Selain dari brand Shaklee yang telah bertapak kukuh dan terkenal di serata dunia, produk Shaklee turut diuji secara klinikal oleh badan bebas. Hasil kajian juga dikongsi kepada orang awam. Memang terbukti!

Jadi, kita sebagai pengguna, seharusnya lebih percaya dengan produk seperti Shaklee ni. Setiap satu produk melalui proses ujian yang lengkap.

Bukan macam kebanyakan produk tempatan kita.. sapa-sapa boleh jadi pengasas produk. Campur bahan ini bahan itu walla... jadi produk yang all-in-one. Tanpa ada kajian terperinci. Sepatutnya kita kena lebih berhati-hati dengan produk sebegini. Didik diri!



Daftar Baru
Berbalik kepada ID pengedar yang dah expired tadi, saya sebenarnya mempunyai pilihan samada untuk renew atau daftar baru. Saya pilih untuk mendaftar baru. Dari segi analoginya, kita buka buku baru. A fresh new start.

Mungkin ada yang tertanya-tanya kenapa saya tak renew? Ada masalah ke dengan upline sebelum ni? Tidak. Upline saya sebelum ini sangat hebat. Sentiasa beri motivasi. Tinggal lagi saya sahaja yang kurang bertindak. Terima kasih tidak terhingga kepada upline sebelum ini di atas segala perkongsian ilmu yang diberi. Semoga ukhwah kita terus terpelihara dan berpanjangan sehingga hayat dikandung badan. Kepada upline sekarang, terima kasih juga di atas tunjuk ajar yang sedang dan akan diberi.

Jadi, sekarang ni a fresh new start. 

Sebagai Pengedar
Walaupun namanya pengedar Shaklee, tapi saya bukanlah orang yang arif dalam urusan nak ajak orang beli produk. ohh.. saya memang tak reti bab ni. Mereka kata tak pe. Pelan-pelan. Tambahkan ilmu dulu.

Ada pengedar lain yang berkongsi bagitau... tak perlu jumpa orang nak jual produk. Hanya share sahaja kebaikan produk. Ha.. yang itu saya boleh buat. Jadi saya share kisah saya sebagai pengguna produk Shaklee ni. Kalau ada yang berminat nak order ke nak join ke... kiranya itu rezeki lah namanya. Sebab tu ramai upline yang pesan.... dah berkongsi maklumat tu... berdoa dan berzikir banyak-banyak. Supaya Allah bukakan hari mereka yang baca perkongsian tu berminat untuk dapatkan produk melalui kita. Dengan izin Allah jua kan.

Jadi, saya kongsikan maklumat dalam blog saya ni.


Bakal ibu patut join Shaklee
Kenapa saya sangat-sangat sarankan bakal ibu untuk join Shaklee ni? Ada banyak sebab. Paling utama ialah Shaklee ada banyak produk yang meliputi kegunaan untuk ibu dan anak.

Bakal ibu maksudnya ibu yang mengandung. Jadinya ibu mengandung perlukan vitamin suplemen yang cukup sepanjang mengandung. Sangat-sangat penting. Tambah-tambah lagi kalau ibu yang hamil anak seterusnya. Memerlukan zat yang cukup untuk ibu dan anak. Bagi ibu yang berkerjaya lagilah... kena sentiasa bertenaga kan. Jadi perlukan suplemen untuk menambah kesihatan.

Berikut adalah set ibu hamil Shaklee yang dicadangkan.



Ini pula maklumat ringkas setiap produk dalam set kehamilan ni.





Selepas melahirkan anak, ibu-ibu akan mengalami kesan berikut seperti:

  • Kehilangan darah yang banyak
  • Hilang tenaga
  • Kurang tidur
  • Sembelit
  • Keguguran rambut
  • Dan macam-macam lagi
Bagi kita masyarakat Melayu, para ibu kebiasaannya akan menjalani proses berpantang di antara 44 hari sehingga 100 hari. Jadi ibu-ibu perlu mendapat zat yang secukupnya dari pemakanan. Memandangkan menu ibu berpantang sangatlah terhad, jadinya ibu-ibu perlu mendapatkan zat tambahan dari suplemen untuk kesihatan ibu dan anak.
Shaklee menyediakan set ibu bersalin Shaklee yang mengandungi suplemen berikut:



Fungsi set bersalin Shaklee adalah menyeluruh dengan 12 fungsi dalam 1:
  1. Penyembuhan luka selepas bersalin
  2. Membersihkan toksin dari sistem tubuh
  3. Membantu meningkatkan susu ibu
  4. Menurunkan berat badan
  5. Membentuk kontur tubuh menawan
  6. Memberi tenaga berpanjangan
  7. Mencantikkan dan menganjalkan kulit
  8. Memulihkan libido untuk fungsi keintiman
  9. Melindungi rambut dan kuku ibu
  10. Meningkatkan sistem imun ibu dan bayi
  11. Mengurangkan kesan hitam regangan kulit semasa hamil (stretch marks)
  12. Membantu penghadaman yang baik
Testimoni ibu-ibu yang mengambil set bersalin Shaklee mendapat mereka mendapat kesan sampingan berikut:
  • Badan bertenaga
  • Bangun tidur dengan segar dan tubuh cergas
  • Semakin mudah untuk fokus dengan tugas harian
  • Susu semakin banyak dan pekat
  • Kulit semakin cerah dan parut semakin hilang
  • Kesan positif terhadap hubungan suami isteri
  • Mood semakin terkawal
  • Jarang jatuh sakit
  • Luka sembuh dengan cepat
  • Wajah tidak pucat walaupun baru bersalin.
Dan banyak lagi kesan sampingan positif yang telah dialami oleh ribuan pengguna set bersalin Shaklee. 

Bagi bayi yang baru dilahirkan, kulit mereka sangat sensitif. Jadi ibu-ibu perlu pastikan produk-produk mandian dan losyen bayi adalah selamat digunakan. Terdapat banyak produk di pasaran yang mengandungi bahan kimia yang bertoksin yang membahayakan bayi. Jadi ibu-ibu seharusnya memilih dengan bijak keperluan bayi.

Shaklee menyediakan produk khas untuk bayi yang dinamakan Shakleebaby.

Set Shakleebaby ini mengandungi 3 produk iaitu mandian Gentle Wash, Soothing Lotion dan Massage Oil. Kesemua produk ini adalah selamat kerana ianya:
  • diuji secara klinikal
  • mempunyai pH seimbang
  • hanya mengandungi bahan semulajadi dan organik
  • tidak memberikan alahan
  • diuji oleh pakar pediatrik
  • tidak mengandungi paraben dan bahan kimia lain



Keterangan setiap satu produk adalah seperti berikut yang boleh diperolehi dari laman http://www.shaklee.com.my.




Kesimpulan
Kesimpulannya, bakal ibu yang akan melahirkan bayi tak lama lagi, anda harus merebut peluang menyertai Shaklee apabila anda membuat keputusan untuk menggunakan produk Shaklee. Ada banyak kelebihan menjadi ahli Shaklee. Di samping mendapat manfaat kebaikan produknya untuk mengekalkan dan menaiktaraf kesihatan, anda juga mendapat berpeluang mendapat pulangan bonus dari pembelian produk Shaklee yang anda lakukan walaupun hanya untuk diri sendiri.

Kalau kesemua 3 set anda gunakan iaitu set ibu hamil Shaklee, set bersalin Shaklee dan set Shakleebaby, kan dah banyak tu...

Hubungi saya di 019-9695787 sekiranya anda memerlukan maklumat lanjut berkenaan produk Shaklee. 





















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!