Monday, July 16, 2018

Kenali gejala penyakit tiroid


Adakah anda mengalami gejala berikut? (link)




Rasa macam ada... tapi tak sure.... Macamana nak tahu anda ada ke tak de?

Senang je. Kena pergi jumpa doktor dulu. Doktor akan buat ujian darah. Dari ujian darah tu boleh tahu samada hormon tiroksin berada pada paras yang stabil ke tak.

Apa tujuan hormon tiroksin tu ye?

Hormon tiroksin memainkan peranan penting dalam mengawal kadar metabolisma, fungsi jantung dan pencernaan tubuh, kawalan otot, pembangunan otak dan penyelenggaraan tulang. Tahap hormon tiroksin yang diperlukan badan perlulah mencukupi untuk memastikan kesihatan yang optimum.

Ada 2 jenis hormon tiroksin iaitu T3 dan T4. Jadi kalau buat ujian darah boleh dapat tahu samada kita terlebih atau terkurang hormon ni. Lebih atau kurang hormon ni dapat menentukan samada kita mengalami hypertiroid atau hypotiroid.


PENGALAMAN AKAK
Akak mengalami hypotiroid. Jadi masa operation ituhari doktor dah buang semua kilang pengeluaran hormon tu. Jadi badan akak dah tak dapat keluarkan hormon tiroksin tu. Sebab tulah kena bergantung kepada hormon tiroksin sintetik yang perlu diambil setiap hari selama hayat dikandung badan. Setiap hari... ye.. Setiap hari..

Dah hampir 6 tahun ambik.. ni bentuk pil hormon tiroksin yang akak ambik.

Related image

Mesti ada yang kata... ni ubat-ubatan ni kan bahan kimia... bertahun makan... mesti ada kesan dia kan...

Ye.. haruslah ada kan..

Tapi boleh ke kalau tak makan hormon tiroksin ni satu hari? Doktor bagitau TAK BOLEH. KENA AMBIK SETIAP HARI.

Jadi memang kena ambik lah.. kalau lupa ambik hari ni.. masa ingat tu kena ambik cepat.. sebab apa? Sebab metabolisma badan banyak bergantung kepada hormon tiroksin ni.. jadi kalau hormon ni kurang ke tak de ke... dah tentu akan mempengaruhi kesihatan badan kita kan.

Tapi ada je yang tak ambik setiap hari.. Ada ke?









No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!