Monday, July 31, 2017

Mencari rak tepi dapur...

Akhirnya... Lazada juga yang dicari.. hehe..

Dah terima dah semalam. Pos laju. Terus pasang.. kemain lagi misteri caner nak dipasang.. tapi alhamdulillah. Berjaya.

So inilah dia.. tara..


Memang kedudukannya kena tepi dapur memasak.. kalu jauh dari dapur memang kurang praktikal lak.. jenuh nak berulang alik.



lebih praktikal kan. Walau tepi takde la panas sgt kot..reasonable distance. Hehe.

cuma nanti ai nak tukar bekas simpan gula ngan serbuk kunyit. Tak praktikal.. nak kena keluarkan..kena tekan tutup pastu ambik sudu dalam dia.

time abe nik masak memang berteraburan kunyit dan garam atas kabinet tuh... huhu.

So nak cari bekas yang lebih sesuai dan lebih praktikal.

nak survey Tupperware jap.


Wednesday, July 26, 2017

Apa dah jadi ngan biskut Jacobs weetameal

Pagi ni makan biskut dulu sebelum gi kerja. Buat lapik perut.. sebelum belasah nasi lemak kat ofis nanti. Haha.

Biasanya memang ambik Belvita atau Jacobs weetameal.

Tapi ari ni bila bulak pek biskutnya tengok tengok dah lemau.

Dalam pek tu biasanya ada 4 keping biskut.

Bukak pek baru.. lemau jugak. Tapi yg musykilnya... dianya kedudukan kepingan biskut tu.. berlawan arah.. macam dah sengaja diletakkan begitu. Patutnya sekeping sekeping bertindan.

Bukak lagi pek baru. Lemau jugak. Tapi yang ni ada 4 keping biskut lemau dan tambahan cebisan biskut kat sebelahnya.

Hmm... tak tahu la apa yang berlakunya.

Sebelum ni tak pernah jadi macam ni.

Sooo... sebab Jacobs weetameal ni dah kira menipu pengguna, jadinya sebagai pengguna, selayaknya akak boikot dari membeli produk ni.

Yelah.. mende dok dalam kotak kot.. bukan boleh tengok ke rasa ke dulu.. bila dah beli.. ha.. tak ke dah rugi.

Bai bai biskut Jacobs weetameal!

Sunday, July 23, 2017

Koleksi novel terkini dari KaryaSeni dan kaitan seekor kumbang

Minggu lepas kami ke kedai buku SMO Gong Badak. Durra ada nak beli alatulis.

Dan maminya pun macam biasalah.. meninjau novel lah.. hihi..

Sudahnya.. satu novel dibeli.

Inilah dia.. dari novelis Umi Syidah. Tajuk novel "Pinggan tak retak Nasi tak dingin".

Kata Durra best novel ni mami.. dia dah baca dah rupanya... pinjam novel kawan kat hostel...

kata Durra lagi kalu nak tau novel tu best ke tidak kena tengok ada gambar kumbang ke tidak. Kalu ada kumbang tu maknanya best lah.. macam rating la..

err... ye ke gitu..

so balik rumah mami terus check koleksi novel dari KaryaSeni yang kami ada..

semua ada gambar kumbang kot..

dan kebetulan memang novel-novel tu semua ditayangkan kat TV. 

Kampung Girl, Hero Seorang Cinderella.. ada kumbang.

tapi memang best la baca novel tu..

mungkinkah kebetulan cuma?

Saturday, July 22, 2017

Kedai makan Laila Kuala Berang

Kalau ada yang mencari-cari kedai makan yang selesa dan sedap bolehlah consider kedai makan Laila yg terletak di batu 23 jalan besar menghala ke pekan kuala berang.. bersebelahan dengan stesen minyak petronas.

Setakat ni.. setakat yang akak biasa makan lah kan.. memang tidak mengecewakan.

Sangat direkomenkan.

Sampai mat saleh pun makan kat situ. Minggu lepas masa akak makan kat situ, kat meja belakang akak tu ada minah saleh 2 orang.

Tau apa mereka ode?

NASI GORENG KAMPUNG!

Tanpa pelat pun!

Haha.

Thursday, July 20, 2017

Pokok tin yang sudah 'thin'

Beberapa bulan lepas kak lela ada bagi pokok tin.. seronok sgt..

Pokok tin tu pulak sangat la rimbun.. suka sangat..

Tapi mungkin ai tak reti jaga kot..

Sekarang pokok tin tu dah macam hilang semangat nak hidup.. kering..

Ni kalu kak lela tahu ni maunya merajuk ngan ai ni..

Huhu..

Tapi tadi abe nik dah letak baja dah. Baja spesel abe nik beli.

Kita tengok nanti hasilnya.

Wednesday, July 19, 2017

Senggugut? Period pain? Minum susu!

Tak dinafikan ramai di kalangan wanita yang bergelut dengan kesakita bila tiba waktu datang bulan.

Sakit senggugut.. period pain... sakitnya Tuhan je yg tahu. Dan hanya mereka yg mengalaminya saja yang faham betapa mereka perlukan segala bentuk penyelesaian yg dapat melegakan sakit yang ditanggung.

Akak kalau sakit time ni memang kena pakai tungku.. tungku moden tu yang elektrik tu.. rechargeable.

Ni ada maklumat tambahan yg baru akak baca.

Minum lah susu setiap hari. Minum susu dapat melegakan dan mengurangkan sakit senggugut nanti.

Jom cuba.

Sunday, July 16, 2017

Ohh.. Eucerin rupanya...

Tengah cari losyen lembutkan tangan.

Tangan dah macam kurang lembut.. hihi.. banyak guna tenaga tangan masa berkebun.. dah kasar tangan i.. huhu.

Letak minyak zaitun ngan lotion mcm tak cukup soft.

Tu yang kena cari losyen lagi power.. hehe..

Tanya google.. keluar la pasal Eucerin ni..

Nanti nak gi beli.

Antar anakanda ke hostel

Kamis lepas Durra balik.

Ari ni kira dalam sejarah la sebab datang awal.. sebab Durra ada kursus pasal memanah.. tapi bukan praktikal..teori kot..

Kata Durra.. kursus tu start kul 9.

Tapi kami sampai Sester kat kul 10. Hihi..

Yelah... pergi breakfast dulu..hihi.

Friday, July 14, 2017

Papa dan lagu raya

Hihi..

Papa nyanyi.. lagu raya..

Kenapa lagu raya?

Sebab kat majlis jamuan raya kemas.. hihii.. kakaka..

Alahai.. nak upload video.. tak leh pulak dari phone.. huhu..

So ambik screenshot je la.

Thursday, July 13, 2017

Satu hari di jamuan raya...

Ari ni jamuan raya kat kampus.

Macam biasa la.. i ni suka la buat-buat sibuk.. hihi.. ke situ ke sini..sembang situ sini..

Sampailah...

"Kak izan! Kak izan!"

Rakan-rakan satu jabatan memanggil..

I pun pusing la sambil berjalan menuju ke tempat mereka..

Sampai je kat situ.. i nampak... i nampak..

OH MAI GOD!

Baju sama warna.. sama corak.. sama segala..

Oh no..

Oh tidak....

I terus tutup muka.. kami semua ketawa tak henti... haha..

Kain sama pulak ngan Za.

Nasib la kain mahal. . Beli kat Gulatis.. sama pun ok la.. kan..

Haha..

Sunday, July 2, 2017

Aduhai... ni lagi satu kedai makan kena pangkah..

Ari ni kami ke kedai makan Kufa corner Kuala Berang.

Setakat ni banyak kali jugak la kami makan kat situ.. boleh tahan la masakannya.. nasi goreng kampungnya memang kena la ngan selera akak.

Tapi ari ni...

Aduhai..

Dah la apa yang kami ode banyak yang tak de...udang tak de... daging merah tak de.. nasi goreng kampung tak de..haish..

Oklah.. kami ode jugaklah.. dah malas nak cari tempat lain.

Tapi..

Dah dekat sejam tunggu.. tak sampai-sampai..

Air dah sejuk dah..

Bila tanya.. dah dekat sejam tapi tak buat pun lagi.. tak masak pun lagi.. tak de la ramai sangat pun customer.

Ooohh..

Apa lagi.. hilang sabo la weh..

Nak buat apa tunggu.. sebagai customer kita perlu buat pilihan yang lebih baik.

Pilihannya ialah..

Kami bangun dan bayar harga minuman je.

Kalau kami tunggu lagi sampai maghrib la jawabnya...  entah.. belum tentu sampai kot makanan..

Hmm...

Kepada pemilik kedai makan..

Kalau belum bersedia nak buka kedai
Itu tak ada ini tak ada..

Ko tak payah la bukak kedai ko lagi..

Nanti percuma je kena maki ngan pelanggan..

Bila kena maki ngan pelanggan
Bila pelanggan tak puas hati..

Itu lah salah satu sebab kedai makan lingkup.

Walau sesedap mana food kat kedai ko..

Kan..

Kesian..

Saturday, July 1, 2017

A&W Batu Buruk... babai.. kami confirm tak datang lagi!

Ari ni anto Durra balik asrama.. sebelum balik macam biasa lah.. ada je request..hehe..

Durra nak ke McDonald.. jd papa bawak ke McD kat Giant KT tu..

Tapi.. aduhai.. dia nye drive thru tu jam giler la pulak.. jeng ngguh..

So.. sebab tak nak buang masa beratur nak masuk kat McD tu.. dan sebab tak nak menambah kesesakan kat situ, kami buat keputusan ke A&W kat Batu Buruk.

Tapi...

Aduhai..

Pada kami.. A&W ni gah pada nama je..

Food quality memang OUT lah!

Kenapa?

Sebabnya
1) hampir semua ayam gorengnya jadi hitam.. goreng terlebih garing sampai hampir jadi hangit.

2) waffle terlalu kering.. dan rasanya mesin waffle tu dah sedekad usianya kot .

Kesimpulannya.. memang kena pikir 3-4 kali la kalau nak spend duit kat A&W kat situ.. tak berbaloi.

Sebagai pengguna yang bijak, kita kena mula memilih apa yang terbaik untuk kita. Hanya yang terbaek!

Nilah dia.. ayam kehangitan..

wajah-wajah kurang ceria kat A&W. Hehe. 

Well... just one of the moments in our life.. kan..

babai A&W!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!