Sunday, April 30, 2017

Set pencuci muka Kzanah dari Cosway

Akak sedang mengtransformasikan segala produk kegunaan harian kepada produk Cosway.

Termasuklah pencuci muka.

Sekarang ni set pencuci muka akak guna Body Shop.. tapi tau je la kan... kosnya mahai jugaklah.. lagi lah akak ngan abe nik guna cleanser sama..huhu..

Jadi tadi dah beli set pencuci muka, toner, pelembab dari cosway.

Kenapa Cosway?
1) beli produk cosway dapat e-coupun yg boleh ditebus dgn produk lain.

2) produk yg bagus

3) jenama diyakini

So inilah dia.. kzanah.

Saturday, April 29, 2017

Beli kain batik sarung Terengganu yang cantik

3 hari lepas abang ipar tepon dari Melaka.  Nak cari kain batik sarung dan kain pelikat untuk diberikan kepada mereka yang datang menolong masa rewang.. hari perkahwinan anak saudara akak nanti.

Bajetnya jangan gempak sangat katanya.. hihi..

Tapi akak cakap, kalau nak bagi kat orang, bagilah yang bagus.. barulah terasa tenaga mereka dihargai... kan..

Ni kalau bagi kain batik sarung yang harga $10 beli kat mydin.. nak pakai pun tak boleh.. asyik nak terlucut je.. kain licin.. buat seluar bolehlah..

Oklah. Abang ipar pun setuju..

Tapi sebab nak barang baik kan... harga pun hampir 2 kali ganda dari bajet asal la.. tapi akak bagitau.. akak topup la $200.. hihi.. abang ipar ada bagitau jugak.. "tak payah ko nak sponser banyak-banyak.. nanti kan anak ko kawin banyak pulak nanti kami kena bagi..hehe".. akak cakap, "yang balas balas macam tu kat Melaka je lah.. kat Terengganu tak de main balas-balas gitu.. sumbangan ikhlas je.". hehe..

Patutlah dulu masa pergi kenduri kat Melaka, mereka letak dalam sampul surat.. yang ada nama pemberi kat sampul tu.. baru boleh tahu berapa mereka bagi sumbangan.. so next time tiba kenduri mereka bagi semula jumlah sama...

Hmm...

Kita kat sini tak kisah.. orang bagi lah berapa pun.. terima je.. orang tak bagi pun tak de hal.. kan.. hihi..

Janji ikhlas. Kan.

Ni akak belanja gambo kain batik yang akak dah belikan. 20 helai kain batik asli Terengganu dan 15 helai kain pelikat cap Mangga.


Sunday, April 23, 2017

Matqi masuk wad...

Malam kelmarin kami mendapat berita anak sedara akak matqi dimasukkan ke wad. Sebab batuk berdarah. Tonsil.

Kesian sungguh.

Hari ni kami gi melawat kat sepital HKT. Kebetulan abah yang jaga. Ibu balik rumah jap.

Hihi... memang nampak la keboringan tahap gaban duduk kat sepital.. abahnya yg menjaga..hihi.. kenapa? Sebab yg jaga anak kat wad kat situ semuanya mak budak.. dia sorang je bapak budak.. hihi.. jadinya adik akak tu memang terang tang tang la nampak muka boring.. matqi pulak asyik ngan telefon..huhu..

Sudahnya.. akak jaga matqi kejap.. abe nik ngan adik akak gi turun.. sedut udara.. hehe..

Tuesday, April 18, 2017

Outing day

Hari Khamis lepas durra bagitau.. outing.. ke kuala terengganu. Kat mydin. Mrk pergi naik bas yang disediakan sekolah.

Jadinya akak dan abe nik pun dah rindu nak jumpa anaknda kan.. pergi la kat mydin tu.

Jumpa la kat sana. Durra ngan 4 orang rakannya.

Kami kemudiannya pergi makan kat food court mydin.

Lepas makan masuk mydin beli barang barang keperluan durra.

Pastu hantar balik ke hostel. Dah maklumkan kpd kawan-kawan durra yang durra balik sendiri. Kebetulan kawan-kawan durra pun balik ngan mak amni.


Saturday, April 8, 2017

Pasang ampaian baju dalam rumah

Ari ni nak citer pasal ampaian. Sebenarnya kt luar dapur tu dah ada ampaian besi mudah alih tu... jadi kalu jemur pakaian memang tak de masalah. Siap ada bumbung lagi..

Cumanya kalu pakaian masih tak kering, kami tak biarkan pakaian berjemur semalaman tak berangkat.. mesti kena angkat..

Kata abe nik, dia ada terbaca.. kalau biarkan tak berangkat kat luar rumah nanti takut ada anasir lain yang tumpang bertenggek atas pakaian tu.. termasuklah juga unsur mistik. Hmm...

So jalan selamat, angkat dan jemur dalam rumah. Kan.. especially yang kecik kecik comey lotte tu.. hihi..

So ada ampaian jenis ni mudah je kan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!