Saturday, April 29, 2017

Beli kain batik sarung Terengganu yang cantik

3 hari lepas abang ipar tepon dari Melaka.  Nak cari kain batik sarung dan kain pelikat untuk diberikan kepada mereka yang datang menolong masa rewang.. hari perkahwinan anak saudara akak nanti.

Bajetnya jangan gempak sangat katanya.. hihi..

Tapi akak cakap, kalau nak bagi kat orang, bagilah yang bagus.. barulah terasa tenaga mereka dihargai... kan..

Ni kalau bagi kain batik sarung yang harga $10 beli kat mydin.. nak pakai pun tak boleh.. asyik nak terlucut je.. kain licin.. buat seluar bolehlah..

Oklah. Abang ipar pun setuju..

Tapi sebab nak barang baik kan... harga pun hampir 2 kali ganda dari bajet asal la.. tapi akak bagitau.. akak topup la $200.. hihi.. abang ipar ada bagitau jugak.. "tak payah ko nak sponser banyak-banyak.. nanti kan anak ko kawin banyak pulak nanti kami kena bagi..hehe".. akak cakap, "yang balas balas macam tu kat Melaka je lah.. kat Terengganu tak de main balas-balas gitu.. sumbangan ikhlas je.". hehe..

Patutlah dulu masa pergi kenduri kat Melaka, mereka letak dalam sampul surat.. yang ada nama pemberi kat sampul tu.. baru boleh tahu berapa mereka bagi sumbangan.. so next time tiba kenduri mereka bagi semula jumlah sama...

Hmm...

Kita kat sini tak kisah.. orang bagi lah berapa pun.. terima je.. orang tak bagi pun tak de hal.. kan.. hihi..

Janji ikhlas. Kan.

Ni akak belanja gambo kain batik yang akak dah belikan. 20 helai kain batik asli Terengganu dan 15 helai kain pelikat cap Mangga.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!