Alhamdulillah, Ahad lepas masa cuti Krismas kami buat jamuan kesyukuran. Panggil budak-budak.. dan ahli keluarga terdekat.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah, Ahad lepas masa cuti Krismas kami buat jamuan kesyukuran. Panggil budak-budak.. dan ahli keluarga terdekat.
Alhamdulillah..
Alhamdulillah. Syukur kepada Allah di atas rahmat dan kasih sayangNya yang telah mengurniakan kejayaan kepada Durra yang membanggakan kami sekeluarga. Alhamdulillah.
19/12/2016
Result pt3 keluar ari ni..
Semua berdebo debo..
Durra lagi la.. katanya berdebo sampai tak rasa ada perut dah.. haha..
Dah nk sampai kat Imtiaz dah ni.. makin kuat la plok dag dig dug..
Baru je dapatkan Bergamont dari Cosway. Untuk turunkan kolestrol akak.. yang secara tak langsung menyebabkan sakit sendi.
Esok pagi ambil 3 kapsul sebelum makan.
Memang ada kaitannya..
Boleh baca blog Dr Zubaidi untuk info lengkap.
Dikatakan ada kolestrol baik ada kolestrol jahat. Yg kita nk buang ialah kolestrol jahat sebab ia menghalang kelancaran peredaran darah dalam badan...
Bila peredaran darah tak lancar, itu yang jadi tersumbat kat mana-mana salur darah kita.. menyebabkan darah tak sampai ke bahagian lain.. jadi memberi kesan kepada tempat lain.. akibatnya.. mungkin berlaku kebas tangan dan sebagainya... logik tak? Logik kan..
So sapa yang ada bacaan kolestrol yang tinggi.. kena la berbuat sesuatu..
Akak setiap hari amalkan jus lega..
Dan tadi baru je beli Bergamot kat Cosway..
Makan malam ari ni akak ode nasi goreng kampung.. biasa akak pakej sekali la ngan sambal belacan..
Tapi...
Bos besar tak kasi.. dikenselkan sambal belacan..huhu..
Gara-gara lelah.. sebab makan budu dalam nasi kerabu..
La.. budu budu.. kan.. mana sama ngan sambal belacan.. kan.. kan...
Semalam akak lelah.. firasat akak kuat mengatakan akak ada tersilap makan.. akak makan nasi kerabu.. yang tentu dah sah sah ada budu kat dalamnya... huhu... jadi semalam tekak jadi kering.. perit... mula batuk berkahak..
So akak ambik 1 puff inhaler.. yang bulat tu.. bunyi wheezing tu jangan cakap lah.. satu rumah boleh dengar..
Kebetulan abe nik tak ada kat rumah lak.. pergi program kemas kat rawai..
Akak pun nak masuk tidur je lah.. dah semput ni.. tapi sebelum masuk tido akak ambik 2 sudu jus lega..
Tekak masih perit.. memang tak selesa.. batuk.. sangat seksa rasanya..
Tapikan...
Esoknya...
Akak dah rasa lega.. lelah dah kurang.. dan sakit tekak hilang terus.. alhamdulillah.. rasanya memang kena berterima kasih kat jus lega.. tapi jus lega ni bukan yang akak beli kat kedai.. ni yang homemade.. kawan sepejabat akak yang buat sendiri dan jual. Jadi rasanya memang lebih sedap dari jus lega yang dijual kat kedai ataupun kat online tu.. last akak beli jus lega kat kedai din collection tu sangatlah terasa masamnya.. rasa terlebih cuka epal kot..
So kisahnya.. pagi ni sepatutnya akak ada kelas pukul 8-10. Tapi sebab rasa macam kurang larat.. akak terpaksa tangguhkan kelas..
Jadi pagi tadi akak gi ke hospital hulu terengganu.. check lelah.. ingat nak ambik gas nebulizer la kalau ada bunyi lelah lagi.. bila check dah tak de bunyi lelah tu..
Masuk la jumpa pegawai perubatan.. macam biasa la banyak soalan ditanya.. tentang penyakit akak.. so akak citer la sakit yang ada.. bila ditanya pasal ubat akak tunjukkan kat doktor tu inhaler jenis bulat yang akak guna selama ni..
Tapi yang kelakarnya.. boleh pulak akak tak perasan.. dah expired dah akhir tahun 2015.. haha..
Tiba giliran nak ambik ubat kat farmasi.. memang doktor bagi yang baru inhaler bulat tu.. dan inhaler tu sebenarnya kena diambil setiap hari.. oooo.. akak ambik masa perlu je.. huhu..
Satu lagi doktor bagi inhaler warna biru.. yang kena ambik masa perlu.. maknanya masa kena asma tu masa tu la ambik..
Dan staf kat farmasi tu maklumkan.. bila dah ambik puff dari inhaler bulat tu, kena kumur mulut.. sebab ubat tu kuat sket.. jadi boleh sebabkan kering tekak.. ooo k.
Alhamdulillah.. servis kat sepital hulu terengganu tadi memang cemerlang.
Fakta sejarah mengenai kejatuhan Melaka sebenarnya sudah diputar belit kesahihannya..
Dikatakan sebab utama kejatuhan Melaka seperti yang dipaparkan dalam buku teks ialah disebabkan oleh kemunduran teknologi ketika itu dan tentera kita yang tidak sistematik...
Yang sebenarnya..
Satu sebab lagi ialah pengkhianatan oleh pedagang dari China dan India..
Hmm..
Pentingnya kita orang Melayu faham dan tahu sejarah tanahair sendiri..
Tengah solat tapi terganggu dengan deringan telefon..
Biasa berlaku kan?
Kita terlalu taksub kepada teknologi sebagai alat... sehingga kita makin jauh dari akhlak keislaman yang sepatutnya...
Tertinggal mesej whatsapp terasa gusar kan..
Sepatutnya kita perlu gusar andainya kita tertinggal solat..
Bunyi mesej masuk terus wajib baca kan..
Jadi apabila masuk waktu solat wajib kita laksanakan solat.. bukan lengahkan kerana asyik dengan gajet kan..
Sama-sama muhasabah diri.