Wednesday, December 7, 2016

Aduhai.. bila lelah menyerang... perlunya inhaler..

Semalam akak lelah.. firasat akak kuat mengatakan akak ada tersilap makan.. akak makan nasi kerabu.. yang tentu dah sah sah ada budu kat dalamnya... huhu... jadi semalam tekak jadi kering.. perit... mula batuk berkahak..

So akak ambik 1 puff inhaler.. yang bulat tu.. bunyi wheezing tu jangan cakap lah.. satu rumah boleh dengar..

Kebetulan abe nik tak ada kat rumah lak.. pergi program kemas kat rawai..

Akak pun nak masuk tidur je lah.. dah semput ni.. tapi sebelum masuk tido akak ambik 2 sudu jus lega..

Tekak masih perit.. memang tak selesa.. batuk.. sangat seksa rasanya..

Tapikan...

Esoknya...

Akak dah rasa lega.. lelah dah kurang.. dan sakit tekak hilang terus.. alhamdulillah.. rasanya memang kena berterima kasih kat jus lega.. tapi jus lega ni bukan yang akak beli kat kedai.. ni yang homemade.. kawan sepejabat akak yang buat sendiri dan jual. Jadi rasanya memang lebih sedap dari jus lega yang dijual kat kedai ataupun kat online tu.. last akak beli jus lega kat kedai din collection tu sangatlah terasa masamnya.. rasa terlebih cuka epal kot..

So kisahnya.. pagi ni sepatutnya akak ada kelas pukul 8-10. Tapi sebab rasa macam kurang larat.. akak terpaksa tangguhkan kelas..

Jadi pagi tadi akak gi ke hospital hulu terengganu.. check lelah.. ingat nak ambik gas nebulizer la kalau ada bunyi lelah lagi.. bila check dah tak de bunyi lelah tu..

Masuk la jumpa pegawai perubatan.. macam biasa la banyak soalan ditanya.. tentang penyakit akak.. so akak citer la sakit yang ada.. bila ditanya pasal ubat akak tunjukkan kat doktor tu inhaler jenis bulat yang akak guna selama ni..

Tapi yang kelakarnya.. boleh pulak akak tak perasan.. dah expired dah akhir tahun 2015.. haha..

Tiba giliran nak ambik ubat kat farmasi.. memang doktor bagi yang baru inhaler bulat tu.. dan inhaler tu sebenarnya kena diambil setiap hari.. oooo.. akak ambik masa perlu je.. huhu..

Satu lagi doktor bagi inhaler warna biru.. yang kena ambik masa perlu.. maknanya masa kena asma tu masa tu la ambik..

Dan staf kat farmasi tu  maklumkan.. bila dah ambik puff dari inhaler bulat tu, kena kumur mulut.. sebab ubat tu kuat sket.. jadi boleh sebabkan kering tekak.. ooo k.

Alhamdulillah.. servis kat sepital hulu terengganu tadi memang cemerlang.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!