Tahniah Imtiaz Kemaman.
Juara keseluruhan dalam pertandingan taekwando antara sekolah Terengganu 2016.
Anaknda beta pun ada sekali.. alhamdulillah dapat juga menyumbangkan pingat.
Teruskan kecemerlangan!
Tahniah Imtiaz Kemaman.
Juara keseluruhan dalam pertandingan taekwando antara sekolah Terengganu 2016.
Anaknda beta pun ada sekali.. alhamdulillah dapat juga menyumbangkan pingat.
Teruskan kecemerlangan!
Macam-macam idea dibuat untuk gubahan dulang hantaran.
Semalam kami hadir ke majlis kawin sepupu abe nik kat Paka.
Kreatif pulak tengok hasil kerja tangan orang nih..
Suka makan lasagna?
Tak de kemahiran nak buat?
Duduk kat area Chendering?
Hah.. dial je nombor telefon... ode je..
Kami dah ode.. sedapppp.
Tolong promote je.. hehe..
Facebook: SS tastemade
Alhamdulillah.. dah sampai ode kayu manis.. akak ode 5 kilo..
Puas hati.. hehe..
Tengah cari pasu cantik pulak ni.. hihi..
23/10/2016
Hari ni kami satu fakulti meraikan majlis persaraan PM Tn Hj Khalil.
Kat mana buat?
Hehe... kami tak buat kat hotel.. sebab ada rakan-rakan yang sedang jaga exam.. ada yang nak kena keluar ambik anak sekolah dulu.. kita faham..
Jadi sebab tulah kami buat kat dalam.. tapi kami hias sebaik mungkin lah..hehe
Dan paling penting.. makan kena kebabom wehhh... haha..
Menu kami memang kebabom lah.. kami ada
1) kambing golek
2) nasi arab
3) lasagna
4) brownies
5) puding karamel
6) puding lapis
7) hokkaido
8) buah duku
9) air sunquick
Dap kann... hehe
22/10/2016
Ari ni kami datang beri sokongan kepada anaknda yang mengambil bahagian dalam acara taekwando.
Alhamdulillah, anaknda dapat pingat perak.
Dan banyak jugak pingat emas diraih oleh pelajar imtiaz kemaman menjadikan imtiaz kemaman juara keseluruhan.
Tahniah!
Tengah mencari-cari gambar Kaabah untuk diletakkan dalam bilik tidur. Buat muhasabah diri. Sebelum tidur tu, bila lihat gambar Kaabah terasa keinginan untuk ke sana sangat meruap-ruap.. sebagai tetamu Allah. Hanya Allah yang memilih tetamu-tetamuNya datang ke situ. Semoga Allah mempermudahkan urusan kita ke sana.
Dalam pencarian, terserempak la ngan satu blog ni yang berkongsi tentang gambar Kaabah, sama seperti apa yang akak cari.
So dah tau dah.. kena visit Panel Kreatif.
Utusan Malaysia 19/10/2016
Rentetan dari kisah kemalangan maut seorang anggota jabatan kastam diraja malaysia di Kelantan baru-baru ini, banyak pihak yang melahirkan banyak persepsi mengikut aspek pertimbangan masing-masing.
Akak tertarik dengan kisah yang dipaparkan oleh Papadom Rangup.
Beliau terkilan kerana semasa majlis pengkebumian arwah, tiada pun wakil dari pengurusan tertinggi yang datang sama memberikan penghormatan terakhir.
Cukup sibukkah mereka ini sehingga tidak dapat datang melawat anggota bawahan yang bersabung nyawa demi institusi dan negara.
Begitulah kehidupan kita.. tanpa kita sedar..
Patah tumbuh hilang berganti.
Hari ini pekerja meninggal, esok sudah ada orang lain yang menggantikan tugas.
Yang masih bersedih dengan kehilangan adalah keluarga...
Jadi, utamakan keluarga melebihi kerja.
Aisei....berkenan pulak la ngan rak nih..
Dapat la letak botol-botol kicap dan segala yang berkaitan kat tempat memasak tu..
Kena beli nih.
Aduhai..
Budak budak sekarang ning... nak beli pen sebatang pun nak pergi ke Pustaka Seri Intan kan..ayoyo.. tak main la kat beli kat kedai runcit tepi jalan nung..
Kisahnya.. durra mntak kasut... kasut sukan.. yang boleh digunakan untuk bersukan dan juga dibawa berjalan-jalan.
Dah habis pt3 ni kan.. banyak la aktiviti yang dah dirancang untuk pelajar-pelajar yang dah lepas pt3 ni.
Hmm..
Masalahnya.. mintak kasut... mak ai... kasut kat Al Ikhsan tuh.. tapi oklah mntak kasut.. bukan mintak tepon.. hehe..
Hmm..
Kali ni mami layankan la.. hehe.. janji belanja mami straight A's.
Tertengok kat satu website ni.. kalau nak biarkan bawang ke.. halia ke.. bertunas untuk tujuan menanam ke dalam pasu, makanya apa yang perlu dibuat ialah letakkan je halia ke bawang ke kat dalam satu bekas.. masukkan air.. dan beberapa hari lepas tu akan nampak la tunasnya..
So eksperimen akak pun jadi la jugak..
Hehe..
Tunggu nak pindahkan ke dalam pasu je..
Kononnya mudah kalu nak masak.. cekau je kat dalam pasu kat dapur tu nanti...
Tapi kata abe nik.. jangan pulak tanam tebu kat bibir je.. hah.. nak sindir la tu.. konon-konon usahaku hangat hangat kuali.. hehe..
Haish.. teringin la pulak nak bercucuk tanam bunga bungaan daun daunan yang kehijauan kat dalam rumah..
Sambil sambil tu kena la survey hasil kerja orang lain.. buat penaik semangat... hehe..
Ni salah satu sampel yang sungguh memikat hatiku... tapi tanam guna tanah.. macam cerewet la pulak.. dok bayangkan time nak siram....
Semalam kami dikejutkan dengan pemergian tiba-tiba seorang rakan.. masa zaman sekolah dulu.
Beliau dikhabarkan jatuh di dalam bilik air.. tidak sedarkan diri. Dikejarkan ke hospital.. Terus dimasukkan ke dalam bilik kecemasan kritikal.. kemudiannya koma.. dan beberapa jam kemudian disahkan tiada.
Dimaklumkan juga arwah memang mempunyai penyakit kencing manis..
Apa pun.. itu semua adalah sebab musababnya.. kita ini milik Allah. Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.
Semoga Allah memberikan rahmatnya kepada arwah dan menempatkan arwah di dalam kalangan para solihin. Amin.
Pekerja Jepun cepat mati kerana kerja keterlaluan... dan juga mungkin kerana budaya melakukan kerja dengan pantas.
Rozita binti Othman... telah meninggal dan dikebumikan di tanah perkuburan kristian.
Perkara ini telah menimbulkan salah faham kepada orang ramai.
Rupanya memang si mati beragama Kristian.
Tapi janganlah dipersalahkan masyarakat yang prihatin. Masyarakat cakna menunjukkan masyarakat yang jiwanya hidup.. tidak mati.
Sabtu 8/10/2016
Ari ni lepas zohor kami bertolak ke Kijal untuk berjumpa anakanda yang akan menduduki peperiksaan PT3 bermula Isnin sehingga Khamis (10/10/2016 - 13/10/2016).
Kali ni kami bawa bersama anak saudara, Dhia yang berusia setahun lebih. Surprise buat kak Durra.
Memang suka sangatlah kak Durra dapat jumpa baby Dhia.
Tadi kami makan menu dari KFC. Dan air milo. Dan perasan tak.. kalau set menu sedia ada kalau kita mintak tukar kepada air milo mesti kena tambah $1.30 kan.. kita pun angguk je kan..
Dan tadi... dalam kereta tadi.. baby Dhia terberak.. berak cair lak tu.. sampai terkeluar kena kusyen kereta.. hihi..aduhai.. kebetulan masa tu kami berenti isi minyak kat Kuala Berang.. dah dekat la kiranya nak sampai rumah .. mulanya nak tunggu sampai rumah je.. tapi sebab dah terbocor.. terpaksa la pergi ke tandas dengan segera. Tukar pakaian tukar pampers.
Kata cnor.. memang baby dhia kalau minum air milo KFC memang macam tu.. oo.. dan termasuklah juga kedua-dua orang abangnya.. mesti sakit perut lepas minum air milo KFC...hmm...
Dan nak dijadikan citer...
Sampai je kat rumah... abe nik pulak sakit perut dan berkejar ke tandas..hmm..
Dan sejam selepas tu.. giliran akak pulak berkejar ke tandas..
Hmm... dari kejadian yang berlaku.. rasanya memang ada sesuatu la ngan milo KFC ni.. sampai cirit orang dibuatnya.. kan..
Mungkin ada campuran susu serbuk ke..apa ke.. yang orang seperti kami ni jadi alah ngan milo KFC ni..
Padahal.. kami minum milo kat rumah ok je..
Persoalannya.. apa yang berbeza ngan air milo KFC ni ye?
Mungkin juga campurannya kot.. hmm..
Ini adalah pengalaman peribadi kami dan tidak menggambarkan pengalaman pelanggan KFC yang lain..
Kat mana beli air milo ni?
Kat KFC Kijal.
Harian Metro 7/10/2016
Kajian dari seorang ahli geografi mendedahkan pekerja yang tinggal jauh dari tempat kerja lebih mudah mendapat masalah jantung, darah tinggi dan depresi.
Dan merekab yang berulang-aling ke tempat kerja melebihi 48.2 kilometer sehari lebih cenderung untuk mati awal.
Hmmm...
Orang Jepun duduk beratus kilometer dari rumah.. naik tren laju.. elok je umur ada yang sampai 100 tahun...
Hmm... apa pun itu hanyalah kajian manusia yang semestinya tidak menyeluruh.. kenapa tidak menyeluruh? Sebab sampel kajian yang diambil hanyalah kat Sweden je kot.. bukan satu dunia kan..
Dan lagi.. hidup dan mati kita bukan sebab tinggal jauh dari tempat kerja.. tapi sebab Allah punya kuasa.
Ari ni ada temumurni pelajar, ibubapa dan guru kat imtiaz kemaman. Mami pergi ngan cik Adida, mak Aqilah. Kebetulan ayah Aqilah tak dapat datang. Jadi mami berteman ngan cik adida la. Papa pergi jugak tapi papa pergi ofis dulu. Jadi kami pergi asing dari ofis.
Perjumpaan dibuat di dalam musolla. Ada buat solat hajat sekali kat situ.
Selepas solat hajat, ada ucapan pengetua dan guru. Kemudian barulah sesi perjumpaan ibubapa dan guru subjek.
Mami ada berjumpa ngan kawan baik mami yang juga guru kelas Durra yang juga guru Bahasa Inggeris Durra. Sempat lagi ambik gambar.. hehe.
Hari Ahad lepas kami sekeluarga dikejutkan dengan pemergian pokteh, pak sedara akak.
Pokteh kena angin dan dalam masa sebulan kesihatannya merosot dengan begitu drastik sekali.
Masih teringat kegembiraan di wajah beliau ketika kami berkunjung pada hari raya aidilfitri yang lepas.
Sewaktu pokteh di hospital kami beberapa kali jugaklah datang melawat. Orang tua mana la nak duduk kat hospital.. sewaktu mudanya pula sangat jarang dengar beliau sakit. Tak de lah dengar keluar masuk sepital.
Semoga Allah menerima segala amalan pokteh dan menempatkan pokteh dalam golongan para solihin. Amin.
Kewujudan kerajaan Kedah Tua menjadi bukti nyata melalui penemuan monumen monumen penting tinggalan penempatan terdahulu.
Mengambil pengajaran dari kisah Tuan Guru Haji Bidin yang menabur bakti mengajar penduduk setempat sewaktu hayatnya. Surau Haji Bidin di Sura Gate mengambil nama beliau atas sumbangan ilmu yang diberi.
Tapi yang menjadi mahal harga berita ini ialah gambar Tuan Guru Haji Bidin. Kita dapat melihat wajah sebenar Tuan Haji yang telah banyak berbakti. Maknanya ketika itu telah ada orang yang mengambil gambar mengabadikan kenangan.. dan gambar tu juga menjadi pedoman buat generasi akan datang. Generasi Y generasi Z yang visual-oriented!
Kepada pencinta fanatik filem barat.. renung-renungkan..
Kadang tu kita tak sedar permainan halus kaum kafir.
Pernah dalam satu filem tu.. lupa dah tajuk dia.. kat ending tu hero tanya, "who is God?".. dan seolah olah manusia dapat menewaskan God. Begitulah permainan minda mereka. Amat berbeza dengan kefahaman dan kehambaan kita dalam soal ketuhanan. Sebab mereka golongan atheis. Tidak percayakan Tuhan.
Kita sangat agung-agungkan filem seperti Star Wars.. sampai dapat box office dek ramainya yang pergi menonton termasuklah orang Islam kita.
Sama-sama kita menghayati erti perjuangan dalam meningkatkan tahap kecintaan kita kepada Allah SWT.