Wednesday, October 12, 2016

Pemergian seorang rakan...

Semalam kami dikejutkan dengan pemergian tiba-tiba seorang rakan.. masa zaman sekolah dulu.

Beliau dikhabarkan jatuh di dalam bilik air.. tidak sedarkan diri.  Dikejarkan ke hospital.. Terus dimasukkan ke dalam bilik kecemasan kritikal.. kemudiannya koma.. dan beberapa jam kemudian disahkan tiada.

Dimaklumkan juga arwah memang mempunyai penyakit kencing manis..

Apa pun.. itu semua adalah sebab musababnya.. kita ini milik Allah. Dari Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

Semoga Allah memberikan rahmatnya kepada arwah dan menempatkan arwah di dalam kalangan para solihin. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!