Sunday, August 23, 2015

Kisah Celcom dan RedOne .. serta kisah HABIS internet DATA

hmmm.... akak memang sedih la... tak terkata sedihnya..

kenapa?

sebab dah lama trak update blog. selalunya akak update blog akak ni SETIAP hari... akka akan pastikan jugak setiap petang akak spend masa bersama smart phone akak untuk update blog kesayangan akak ni..

TAPI...

sejak bertukar kepada pelan celcom yang lain 3 bulan lepas, semua jadi haru biru... internet data cepat habis... so bila dah habis tak boleh nak google.. tak boleh nak update blog.. even sampai tak boleh nak baca mesej whatsapp...

so kena tunggu next bill cycle... 8hb... barulah dapat mesej baru masuk.... beratus-ratus mesej WA masuk... tapi mesej lapuk la... dah tak relevan...

mungkin ada pembaca yang tertanya-tanya kenapa akak tak beli Data tambahan... memang dah beli dik oi... dah beli ikut mesej... dan dah call Celcom staf... tapi ada masalah ngan kod nak beli Data tu pulak... ntah la... macam-macam masalahnya...

sekarang ni.. pasal RedOne pulak... ingatkan dah boleh bertukar kepada RedOne dah.... rupanya TAK BOLEH LAGI... belum selesai lagi urusannya..

kenapa?

sebab CELCOM MASIH TAK BENARKAN.. akak ni pengguna postpaid.. sejak berkurun lamanya... memang antara penyumbang kepada kekayaan syarikat Celcom la... haha..

masa akak pergi tanya kat ejen RedONe ituhari, memang mamat tu ada tunjukkan mesej kat sistem diaorng... masa tu 5 kali dah ejen RedOne cuba apply.. tapi masih tak berjaya....

so akak dah call Celcom sendiri dan bagitahu tak puas hati ngan Celcom.. dan diberitahu suruh tunggu 24 jam supaya Celcom boleh uruskan permohonan baru...

TAPI MASIH LAGI MASALAH SAMA...

pada masa sama, walaupun kat rumah akak dah YesWifi, tapi bila on the Go ni, memang terasa la masalah Internet data ni..

Untung kan... mereka yang jual storage dan capacity data macam syarikat telekomunikasi ni kan... sebab sekarang ni orang dewasa dan belia ada smart phone... dan mereka perlu guna internet data.. jadi nak tak nak memang perlu bayar penggunaan internet data ni kan.. paling murah katakanlah pelan $38... kalau 10 juta rakyat malaysia guna pelan tu... fuyooo... apa tak kayo nye kan kan...

sebab tu dah banyyyyykkk sangat syarikat telekomunikasi tumbuh bagai cendawan lepas hujan sekarang ni... Tunetalk la.. RedOne la...

Monday, August 10, 2015

Ode beg online..

Semalam sampai beg yang akak ode dari Lazada..

akak ode 3 beg. 1 beg ni sangat sangat cute. sebab mula-mula tengok kecik je macam beg isi tuala wanita je.. saiznya lebih kurang tu la.. hehe..

so beg ni bila akak bukak... akhirnya jadi besar beg tu.... siap boleh muat 30 helai baju gitu... jadi memang sangat sesuai la kalau nak jadikan sebagai beg laundry ke.. isi baju yang dah pakai la..

tapi kan.. bila akak nak lipat nak jadikan macam saiz asal.. hmm... memang tak dapat dah.. langsung tak dapat... magic betul la..

Saturday, August 8, 2015

Akhirnya.. bertukar kepada RedOne...

dah bosan tahap gaban dah pasal internet data yg asyik habis ni.. so akak buat keputusan drastik bertukar kepada pelan RedOne.

akak pilih yang 3 G++. maksudnya walaupun nanti internet quota dah habis, akak masih lagi dapat whatsapping.. dapat facebooking.. dan the best part is... kalau sama-sama kita pengguna RedOne ni, nanti semua call kita FREE...  ok sangat la tu kan..

Sunday, August 2, 2015

internet data habis quota lagi...

hmmm.... rasa nak nyanyi pun ada... sakitnya tuh di sini di dalam hatiku..

dah habis internet quota.. jadi dah tak boleh terima whatsapp msg.. dan of course tak boleh google dah.. huhu.. kena tunggu 8 hb baru masuk next cycle..

nk beli data baru.. masalahnya bila ikut arahan taip Yes hantar kepada 28882 tak dapat la pulak.. aduiya... ngok ngek betul la...

huhu....

Sebab internet data lagi...

Mcm biasa... dah habis internet quota.. so tak leh whatsapp.. tak leh akses internet..

so dah mesej tu celcom 28882 mohon tambah datamax. Unfortunately tak berjaya. sebab dimaklumkan code yang diberikan salah.

Kemudian akak call customer service.. (punye lama waiting time!). dan akhirnya dimaklumkan yang code yg akak reply tu bertukar kpd symbol lain. So instead of celcom centre terima MAX1G, mereka terima M@@@A@@@...

la... caner pulak jd macam tu.. so mereka nasihatkan akak
(a) pergi kedai telefon mintak check setting telefon
(b) keluarkan simkad, guna phone lain dan tambah dataMax dari phone tu.

huhuhu..

so akak try la jugak surf celcom website. Kat common technical issues tu akak cuba la nk baca info, malangnya tak de la pulak info.. aduhai... macam macam...

leh hilang sabar.. huhuhu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!