Thursday, March 11, 2010

kisah anak dan subjek seni

hari tu anak ku pulang dari sekolah.. tak sempat2 masuk rumah lepas je pintu pagar dia bgtau papanya, "papa, adik kena lukis batik..kang papa tolong adik ye".. oklah, kata papanya malam nanti dia tolong..

so malam kang, dua beranak tu pun sibuk lah lukis batik.. suami ku memang minat seni ni.. aku kureng suka.. tapi aku tau aku memang kreatif dr segi pemikiran.. cuma bab lukisan aku xde skill.. tengah2 lukis tu anakku cakap, "kawan adik nama xxx, dia kata mak dia yg buat.. patutpun adik tengok lukisan dia cantik je.." o rupanya mak bapak tolong.. nah kau.. sekarang ni bukan pertandingan lukisan antara budak, antara mak ayah lah pulak... tapi yelah.. cikgu pun satu hal.. suruh budak lukis.. tapi tak ajar macamana nak lukis..kalau yg mak ayah boleh ajar tu x pelah.. ni kalau xde org tolong pastu lukisan lak x cantik, x ke nanti cikgu tu jugak yg komplen depan2 kelas..

so bila siap lukisan, aku pun turut sama la kaler.. esoknya, yg buat hati aku ni sakit bila cikgu seni ni komplen, katanya dalam seni x ada garis lurus.. la, cikgu ni berguru ngan sifu mana aku pun x tau.. kalau awal2 ko bgtau jgn ada ni jgn ada tu x de la budak2 buat.. tensheng jap aku.. papanya pun lagi tensheng..

disebabkan garis lurus tu, terpaksa la buat lukisan batik yg lain.. kali ni aku yg tolong. memang xde langsung la garis lurus pakai pembaris.. dibuatnya cikgu tu komplen lagi nanti aku panggil karam singh walia ke, masuk slot aduan rakyat ke..dia tak tau yg skrg ni pertandingan antara mak ayah.. antara 'professionals' ;-)...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!