dengan pengambilan suplemen nutrisi dan herba. 9.4% dari 350 orang wanita berjaya menghilangkan fibroid dengan mengamalkan suplemen nutrisi manakala 3.1% menggunakan herba.
Bagi wanita yang ada masalah fibroid, mereka perlu mengetahui diet pemakanan yang betul. Apa yang perlu dielakkan dan apa yang perlu dimakan untuk membantu mengecutkan fibroid. Sekiranya makanan yang dimakan dapat menyuburkan lagi dan membesarkan lagi fibroid seharusnya makanan tersebut perlu dielakkan. Berikut adalah makanan/minuman yang perlu dielakkan.
❌ Elakkan produk tenusu ❌ Daging merah ❌ Roti putih, pasta dan kentang ❌ Kopi
Produk tenusu mengandungi hormon sintetik estrogen yang diberikan kepada lembu untuk membantu pembesaran. Sebagai gantinya, anda boleh beralih kepada susu kambing. Daging merah perlu dielakkan kerana lembu disuntik dengan antibiotik dan ada yang turut diberi makan soya. Roti putih, pasta dan kentang mengandungi karbohidrat. Sama seperti pengambilan gula. Ianya akan menyebabkan kadar insulin meningkat seterusnya membawa kepada kandungan gula dalam darah yang tidak seimbang. Kandungan caffeine menyebabkan gangguan kepada hormon estrogen menjadikannya tidak seimbang. Rujukan: https://www.floliving.com/the-worst-foods-for-fibriods/
Dapatan kajian di bawah memberi tahu bahawa bahan curcumin yang terdapat dalam kunyit mampu menghalang fibroid dari membesar. Sumber: (1) Tsuiji K, Takeda T, Li B, Wakabayashi A, Kondo A, Kimura T, Yaegashi N. Inhibitory effect of curcumin on uterine leiomyoma cell proliferation.Gynecol Endocrinol. 2011 Jul;27(7):512-7 (2) https://www.turmericforhealth.com/turmeric-benefits/how-turmeric-can-help-in-uterine-fibroids