Monday, February 27, 2017

Oriyen Bio-Nzyme dari Cosway

Niat di hati dah nak jadi pengguna tegar Cosway kan.. jadinya... tengah ke arah menggantikan apa yang boleh dengan produk Cosway.

Yang menjadi perhatian adalah produk kesihatan.

So akak dah beli dah Oriyen Bio-Nzyme.. membekalkan enzim yang diperlukan oleh badan kita.

Rasanya cukup variasi.. ada manis.. ada masam..

Kelebihannya? Banyak..

Akak ambik produk ni untuk merawat 'joint discomfort", mild athritis.. InsyaAllah. Yakin dan pasrah. Semoga diberi kesembuhan oleh Allah.

Friday, February 24, 2017

Welcome to Cosway

I am now a new member of Cosway.

Sebenarnya dari dulu lagi dah jadi ahli Cosway... tapi tulah.. kejap kejap je.. tak adalah aktif pun..

Sekarang ni tengok banyak pulak produk Cosway.. terutamanya produk kesihatan dia yang sama je ngan produk ternama yang lain.. teruja lak.

Lepas ni nak mengcoswaykan barang-barang keperluan seharian...

Boleh tengok semua tawaran produk yang ada kat sini.



Bulan ni ada offer EPO... memang wajib beli lah.. apa kebaikan EPO?


Dan ada jugak offer untuk yang sakit sendi.... osteoartritis.. boleh baca kat sini... Chondroitin dan Glucosamine dikatakan dapat membantu pesakit yang menghidap sakit lutut.


Dan bulan ni akak nak beli Bio N-zymes.. kenapa Bio N-zymes ni? Meh baca sini.. banyak jugak la testimoni yang positif pasal enzim enzim ni.. well.. cuba kan.. usaha doa tawakkal kan..




Wednesday, February 22, 2017

New Design of my blog... tunggu...

Rasa macam nak tukar desain baru la blog i..

Di rupa kat blog sekarang..


sekarang... i nak edit sket lah..

kat header ni ada gambar produk Shaklee..  sebab i nak tukar angin ke produk lain... i kena la edit header blog skrg.. hehe


Nanti lah.. ada masa sket lagi i curahkan kreativiti untuk mereka desain blog yang i suka.. hehe

Saturday, February 18, 2017

Majlis sambut menantu

10 Feb 2017

Alhamdulillah.. dah selamat berlangsung majlis sambut menantu yang diadakan di rumah akak... sebab rumah mak masih lagi belum siap renovation...

Momen-momen yang dirakamkan..

Pelamin yang simple je...hehe..


Menu terbaik!


Tengah top-up goodies...


Bonda tersayang.. tudung baru beli semalam... hehe..


pengantin baru.



anaknda durra dan ayah wan serta dhia.

Tuesday, February 7, 2017

Sester- Form 4

6/2/2017

Alhamdulillah.. selesai sudah urusan pendaftaran Durra kat sekolah baru - Sester - sek men sains kuala terengganu.

InsyaAllah Durra membuat pilihan yang tepat.

Sekolah ni adalah bekas maktab perguruan pasir panjang dulu.. sejak 1963.

Dan... satu-satunya sekolah sbp yang letakkan pelajar 2 org sebilik... biasa kan 4-6 org kan.. dalam dorm gitu..

Ni bilik lagi.. wahh..kan..

Berkongsi momen momen...


Keluar rumah.. jumpa mok. Mintak restu mok.


Sester.. Durra datang..

Saturday, February 4, 2017

Selamat Pengantin Baru Zuang dan Ju

4/1/2017

Alhamdulillah.

Selamat dah urusan pernikahan adik lelaki akak.

Selamat datang Cik Ju ke dalam keluarga kami.

Semoga Allah terus melimpahkan rahmat kasih sayangNya kepada kita sekeluarga. Amin.


Oh... nak tunjuk gambar kek dulu.. hehe.. cantikkkkkkk sangat kek ni.


Ni masa kat Masjid Binjai Kertas. Akad nikah kat masjid.


Ni pulak masa kat rumah akak... berkumpul beramai-ramai sebelum ke rumah pengantin perempuan. Kat sebelah mak ialah Mak Yang dan sebelah zuang ialah Mak Lah.  Kedua-duanya mak sedara.


Ni gambar zuang ngan mak. Selepas akad nikah.


Nilah famili kami.


Syukur Ya Allah di atas rahmatMu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!