Minggu ni dah cuti sekolah.. dan Durra ada event penting yang perlu diberi perhatian serius.
Berpindah sekolah.
Kenapa?
Minggu ni dah cuti sekolah.. dan Durra ada event penting yang perlu diberi perhatian serius.
Berpindah sekolah.
Kenapa?
Sejak berpindah rumah ni.. banyak lagi barang yang masih lagi berada di atas lantai belum berkemas
Minggu depan depan ni nak buat kenduri.. majlis sambut menantu.
Jadi kali ni kami beli rak besi.. khas untuk simpan barang.
Abe nik beli kar Dungun.. bawak balik ngan waja je. Tinggi 8 kaki lebar 6..lebar rak 1.5 kaki. Harga RM 370 sekali ngan tapak yg warna hitam tu.
Hmm... nak pasangnya boleh tahan jugak la.. berpeluh abe nik.. hehe..
Tapi akhirnya berjaya... cantik...
Aii.. banyak banyak tempat ko nak bertelur, kat dalam raga motosikal pok nik jugak la jadi pilihan..
Ni ayam kampung jiran sebelah.. mok pahang punye..
Dah bagitau kat mok pahang dah.. kata mok pahang.. ambik la..hihi.. so esok abe nik buat telur arong la..
21/1/2017
Hujan yang tak henti-henti menyebabkan kebanyakan tempat dinaiki air... buat kali kedua.
Apa nak buat. Kejadian alam di luar dari kawalan manusia. Milik Allah Yang Maha Berkuasa. Kita sebagai hambaNya kena menerima. Pasti ada hikmahnya buat kita.
Kelantan.. dikenali juga dengan nama serambi mekah... memberi maksud kegemilangan negeri kelantan sebagai lokasi berkaitan keagamaan dan mercutanda keislaman.
Jadi terbukti apabila kita berada di negeri kelantan, akan kelihatan banyak pusat pusat pengajaran tahfiz serta pondok agama yang dimodenkan.
Dan apabila melihat keindahan senibina masjid, hati makin rasa berbangga berada di dalam kelompok saudara seagama.
Sentiasa berpeluang mendengar azan dilaungkan tepat waktunya 5 kali sehari.. betapa tenangnya..
Tapi...
Itulah... di tempat sendiri pun.. masih ada tangan tangan halus yang ingin menjauhkan kita dari ketenangan kita selama ini..
Azan yang dilaungkan diminta perlahankan...
Ekoran dari penempatan pelbagai bangsa berdekatan masjid.. kita yang Islam sudah tentu suka mendengar laungan azan.. yang bukan Islam?
Jadi apa respon kita?
Hmmm......
Tetiba rasa macam expert pulak nak bagi panduan beli tile.. hehe.. bukanlah expert.. bukan jugak jurujual.. tapi nak share je..kot kot memberi manfaat kepada kawan-kawan di luar sana.. yang sedang berfikir nak beli tile macamana..
Ada beribu-ribu jenis tiles.. macam-macam design... macam-macam harga... ikut bajet ikut kemampuan..
Ni sedikit panduan untuk yang berkenaan:
1) Pilih design yang tuan rumah puas hati. Kalau tak puas hati kalau hati tak suka memang akan terpancarlah sinar kekecewaan tu.. yelah.. orang letak tile untuk jangkamasa panjang kan.. bukannya pasang buang pasang buang.
2) haaa... ni paling penting.. beli tile yang tepinya dah cantik finishing dia.. ada lekuk.. maksudnya dia tak tajam la tepi tile tu.. kalau lalu kan tangan tak de la sampai boleh luka ke..
Kalau tile yang takde ciri-ciri tu kan... bila kita pasang tile kan.. kalu tile tu tak sama alignment dia, nanti bila kita jalan atas lantai kan, terasa tajam sket la antara dua tile tu..
Hehe.. tak tau la u all faham ke tidak what i am talking about..hehe.. hope u do.
3) dan jangan lupa.. cari tukang pasang tile yang mahir.. bukan setakat boleh buat kerja tapi tahu buat kerja dia dengan baik..
Sekian.
Banjir o banjir...
Masa hari pendaftaran memang sepanjang jalan hujan lebat..
dan sesampainya kami kat imtiaz memang terkejut jugak la... air di mana-mana...
Banjir di Pantai Timur memang dah dijangka setiap kali tiba penghujung tahun..
Tapi kali ni fenomena perubahan angin monsun yang melanda telah membawa banjir besar di kebanyakan tempat.. termasuklah kat Kuala Berang..
Jadi pada 4 & 5 Januari ai terpaksalah bercuti dan duduk kat rumah je.. sebab kawasan sekitar dan jalan utama dah dinaiki air..
Air naik cepat sangat... memang mengejutkan lah.. adik akak kejutkan kami pada pukul 2.30 pagi.. nak alihkan kereta.. dan pagi tu memang dah boleh main banjir dah.. hehe..
Ni belakang rumah ai..
Khamis lepas pergi ambik Durra.. balik pilihan.. huhu.. baru je hantar.. tapi adalah tu...nak beli ini itu.
Jadi kami pergi bertiga.. mak dan my brother Adi. Papa ada meeting kul 3.. jadi mintak tolong Adi lah temankan.. kebetulan mak pun nak ikut sekali. Mak pun belum pernah lagi sampai kat imtiaz kat durra belajar ni.. jadi bolehlah kenal.
Guru-guru macam ni lah yang patut diberi keistimewaan.. bagi elaun banyak pun kita tak kisah.. sebab tahu pengorbanan mereka meredah 10 jam nak mengajar anak murid.. nak turunkan ilmu..