Wednesday, August 31, 2016

Selamat Hari Merdeka yang ke 59

Setiap kali hari kemerdekaan akak memang ambik tempat depan tv la.. suka sangat tengok perbarisan dan dengar lagu patriotik.. siap nyanyi sama-sama lagi.. dengan penuh semangat gitu.

Pagi ni, sama jugak.. memang akak tak lepaskan peluang la..

Melihat suasana sambutan hari kemerdekaan yang begitu meriah sangatlah mengujakan.. rasa betapa bertuahnya kita rakyat malaysia berada di tanah air sendiri.. bangga sangat.. rasa begitu patriotik dan dramatik sungguh..

Dan hari ni akak rasa.. persiapan pertunjukan tadi adalah yang terbaik! Memang hebat!

Terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang telah mengambil bahagian dalam persembahan hari kemerdekaan.. yang telah mencurahkan masa dan tenaga serta wang ringgit semata-mata untuk menghasilkan persembahan yang sungguh hebat...

Kepada seluruh rakyat Malaysia, bersatu kita teguh, berasingan kita makin jauh!

Tuesday, August 30, 2016

Tan Sri wakafkan harta utk modenkan sistem tanah kubur

Ya Allah, besarnya pahala orang yang wakafkan hartanya di jalan Allah. Semoga Allah memberi balasan yang terbaik kepada Tan Sri ini yang telah memberi sumbangan jutaan wang ringgit kepada pihak pengurusan tanah kubur.

Semoga lebih ramai lagi jutawan dapat mengikut jejak langkah Tan Sri ini.

Kita pun sebenarnya dah kena pikirkan sumbangan kita di dalam urusan tanah kubur ni.. sebab nanti kat situ jugak pengakhiran kita....

Sama-sama muhasabah diri.

Monday, August 29, 2016

Pejuang dari Malaysia demi Gaza

Tersentuh dengan usaha dan kesungguhan dari seorang rakyat Malaysia yang berjuang demi rakyat Palestin di Gaza.

Beliau juga telah berkahwin dengan seorang janda yang kematian suami dalam perjuangan pembelaan di Palestin. Bersama-sama dengan isteri dan lima anak tiri, beliau bangkit membantu rakyat Palestin melalui bantuan rakyat Malaysia.

Ayuh, sama-sama membantu saudara sesama Islam yang tertindas di Palestin. Semoga bantuan kecil dan ikhlas dari kita mendapat perhatian dari Allah. Semoga Allah menggandakan pahala melalui ibadah memberikan sumbangan ini.

Sunday, August 28, 2016

Trial PT3 -2016

Ari ni Trial PT3 bermula.

"Ya Allah, Kau berikanlah ketenangan dan kecerdasan akal fikiran kepada Durra dan kawan-kawan supaya Durra dan kawan-kawan dapat menjawab soalan dengan tepat dan menepati kehendak pemeriksa kertas nanti.

Sesungguhnya Ya Allah mereka ini adalah generasi harapan kami, pelapis negara yang akan meneruskan perjuangan membawa kemajuan kepada agama Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.

Justeru Ya Allah, kurniakanlah kepada mereka ini Ya Allah markah yang tinggi yang berada di dalam skala gred A.

Kejayaan mereka adalah kejayaan bersama semua pihak, ibubapa, guru-guru, pihak pengurusan dan anggota masyarakat yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada mereka pelajar Imtiaz di negeri Terengganu ini.

KepadaMu kami mohon segala kebaikan, kebaikan dunia dan kebaikan akhirat.

Amin.

Saturday, August 27, 2016

Jawatan pembantu guru..

Sumber: Harian Metro 27/8/2016

Memperbanyakkan jawatan pembantu guru adalah satu daripada solusi bagi meringankan beban tugas guru supaya guru dapat beri fokus kepada pengajaran.

Hmmmmmm...

Setuju jugak lah..

Tapi kalau gitu kami pensyarah pun nak jugak la pembantu pensyarah untuk bantu pensyarah supaya pensyarah dapat beri lebih fokus kepada pengajaran.

Sebabnya tugas pensyarah pun ada bebanan jugak..

Pensyarah ada kelas sehingga 18 jam seminggu, kena buat research lagi.. kena produce  publication for journal.. ada consultation ngan student.. tu tak masuk lagi kerja AJK itu ini.. hujung minggu ada aktiviti ngan student lagi.. sampai kadang tu full kerja seminggu penuh.

Mesti ada yang kata akak jeles ngan cikgu kan.. tak lah..

Cuma kadang tu kami penjawat awam ni terasa yang kerajaan pilih kasih.. sayang cikgu sangat sagat...

Ibarat sorang mak yang sayang anak sorang tu je dan lebihkan anak tu dari anak lain.. makanya dah tentu anak yang lain makan hati kan...

Kan...

Anyway, itu adalah sekadar luahan hati peribadi ye.

Friday, August 26, 2016

Pasang sendiri aksesori bilik air

Ari ni abe nik pasang besi letak tuala dalam bilik air, cermin bilik air dan juga tempat letak tuala kat luar pintu tandas.

Thursday, August 25, 2016

Nasi dagang atas tol

Pernah makan nasi dagang atas tol? Pernah? Sedap tak? Hihihi..

Tadi kami pergi breakfast kat situ.. memang sesak betul la.. datang kat situ kena terus cari tempat duduk.. lepas tu baru gi ambik nasi dagang.

Akak makan nasi lemak je tadi. Abe nik yang makan nasi dagang...

Nak tau apa kata abe nik? Hehehe..

Memang tak dapat menawan selera abe nik la.. kata abe nik, mak buat lagiiiiii sedap.. my MIL memang pakar buat nasi dagang.. mak sedara akak pun buat nasi dagang jugak.. jadi kata abe nik memang tak setanding la ngan nasi dagang kedua-duanya.. jauh sangat bezanya..

Kata abe nik, kalau ada yg kata sedap nasi dagang kat situ, memang bukan orang terengganu la..hehe..

Kata abe nik lagi, tak berbaloi la kalau dia nak beratur panjang kalau tak kena selera dia..

Tu selera abe nik la.. lain orang lain selera perutnya kan..

Tuesday, August 23, 2016

Jalan jalan cuci mata kat Nor Arfa Batik

Ari ni lepas lunch kami bertiga officemate pergi ke noor arfa batik kat cendering tu..

Wah.. punya banyak batik.. tengah diskaun lak tu.. diskaun harga sampai akhir bulan ogos ni..

Hmm.. cakap pasal batik.. kalau batik sutera memangla.. ada harga mahal.. ada murah..

Akak beli la jugak satu.. hehe.. yang 50% diskaun la.. hihi..

Sunday, August 21, 2016

Datuk Lee Chong Wei minta maaf kerana tak dapat emas di Olimpik 2016

Semalam sememangnya sangat mendebarkan rakyat Malaysia.. menyaksikan perlawanan akhir badminton di antara Chen Long ngan Lee Chong Wei sangatlah breathtaking.. aduhai..

Walaupun LCW kalah malam tadi, tapi kita lihat LCW dah pun memberikan yang terbaik.

Dan LCW juga meminta maaf kepada rakyat Malaysia kerana tidak dapat menggapai pingat emas bagi Malaysia. Hanya pingat perak.

Apapun syabas kepada LCW.

Berbeza dengan Azizul Hasni Awang.. beliau menang pingat gangsa dalam acara lumba basikal. Dan, dengan kemenangan gangsa itu, beliau dilihat mengungkit tentang kecaknaan kerajaan negeri Terengganu dalam memberikan pengiktirafan kepada beliau. Sehinggakan katanya, nak mintak tajaan basikal pun tak dilayan..

Hmm.. sepatutnya tak perlu lah dihebohkan pasal tajaan tu.. siap MB Terengganu pun mintak maaf.. tak perlulah... kena la pikirkan jugak kebajikan orang lain jugak kan.. ko nye basikal pun dah berpuluh ribu kan.. jadinya mungkin kerajaan negeri Terengganu tak ada peruntukan masa tu.. dan diberinya selepas ko menang.. kan..

Terima je lah kan.. tapi tak payah la nak diungkit kan..

Cuba belajar PR.. macam datuk LCW..

Dan belajar lah bersyukur! Dan jangan salah menyalahkan orang lain..

Sama-sama didik diri!

Saturday, August 20, 2016

Isu semasa rakyat.. apa kata anda?

Sumber: Harian Metro 20/8/2016

Kadang-kadang boleh buat kita berfikir panjang bila baca komen orang..

Yelah.. bila orang komen maksudnya ada yang jadi perhatian mereka.. dan bila jadi perhatian maksudnya mereka menunjukkan sifat prihatin mereka dalam sesuatu perkara..

Mari kita tengok apa reaksi pembaca mengenai perkara berikut:

1. Jangan berhutang sekiranya kita tidak bekerja atau tiada pendapatan. Kasihan ahli keluarga, anak yang tidak berdosa yang menanggung akibatnya.

2. Wajar dedahkan politik kepada anak lelaki seawal 13 tahun. Supaya mereka cakna tentang hal ehwal dalam negara.

3. Hentikan tabiat suka ambik dan share gambar makanan.. nampak sangat nak menunjuk.

4. Hantar pulang pendatang asing yang melakukan jenayah di Malaysia ke penjara negara mereka.

5. Artis wanita melayu dinasihatkan untuk cari calon suami yang tahu agama.. jangan ghairah kahwin orang asing yang baru memeluk Islam sebab mereka ni ketua keluarga.. jadi kena tahu banyak benda.





Friday, August 19, 2016

Thursday, August 18, 2016

Umpan khas berkhasiat buat kaki pancing

Kisahnya abe nik begitu bersungguh-sungguh dok mengusahakan umpan khas untuk ikan yang akan dipancingnya..

Jenuhla akak tengok dia dok menguli kalahkan makcik senah buat kuih tradisional.. hehe..

Itu satu la..

Yang satu ni akak rasa geleng geleng kepala la jugak..  buat umpan sampai beli daging ayam beger.. mak aii.. sepesel bebenor gitu..

Tapi udah minat tu.. nok wak guaner kan..

Tuesday, August 16, 2016

Koleksi novel terkini

Iyyaaa..

Masa kat Paya Bunga Square itu hari ada la masuk ke kedai buku Banggol..

Beli novel baru "Saat Hadirnya Cinta Dia" oleh novelis Zura Asyfar.

Best tak?

Best la jugak..

Saturday, August 13, 2016

Pantai Teluk Lipat Ogos 2016

Ari ni snggah Dungun.. on the way balik dari tengok anakanda di Imtiaz Kijal.

Jom tengok apa jadi kat pantai teluk lipat sekarang..

Thursday, August 11, 2016

Dinner at UTC Paya Bunga Square

Cari cleanser body shop.. plan nya nak beli cleanser je 2. Sudahnya... beli toner sekali... beli mosturizer.. beli foundation.. nah ko.. sudah lari bajet di situ..

Tapi tulah.. foundation Nutrimetic dah habes.. cleanser Mary Kay pun dah habes.. so guna full set Body Shop la.. leh share cleanser ngan abe nik.. jimat dah kot.. hehe.

Kemudian kami makan kat Ayam Penyet.. sebelum tu kami tinjau tinjau la dulu tempat makan yang ada.. hmm... macam meriah la jugak.. kena ajak anakanda datang makan.. durra mesti suka restoren  yang kat Tingkat 1 tu.. ala ala Johnny gitu..

Dan kepada yang belum tahu..  kat UTC ni kan.. ada banyak agensi kerajaan yang beroperasi sebelah malam.. sehingga jam 9.30 malam.

Tadi akak tengok ada yang sedang berurusan kat kaunter Jabatan Pendaftaran.. kat Tabung Haji.. ada lagi la pejabat kerajaan..

So sapa yang tak dapat berurusan sebelah siang sebab parking tak dak.. boleh lah datang sebelah malam..


papa dan menu ayam penyet yang dah licin.. hehe..


Wednesday, August 10, 2016

Dinner at Bbeteng

Makang makang kat Bbeteng.. Taman Tamadun Islam




Makang keppok dulu.. sementara tunggu nasi goreng seafood siap..

Tuesday, August 9, 2016

Masa untuk cari langsir rumah

Semalam gi Kamdar Kuala Terengganu cari langsir yang dah siap.

Waduh.. punya la banyak pilihan.. daripada yang mahal hinggalah kurang mahal.. hehe..

Akak ada berkenan kat satu langsir untuk sliding.. tapi harganya mak ai..  $800 lebih untuk 1 set lengkap sliding.. yang ada eyelet lah..

Dari tingkat 2 kami ke tingkat 3, sebab kat tingkat 3 je yg diaorg letakkan langsir siap dalam plastik.. yg tingkat 2 tu ada banyak kain langsir ngan langsir display..

Sebenarnya tak banyak sangat la pilihan yang ada masa ni sebab baru je lepas raya kan.. jadi stok yang ada sangatlah terhad. Bila akak tanya staf tu pasal langsir sliding yang satu tu, kata staf tu, tu je yang ada.. yang display je..

Memang susah la nak dapat complete set untuk satu rumah sebab kalau sliding ada mungkin kain langsir yang sama untuk tingkap pulak tak de stok.. huhu...

Tapi kemudiannya kami mengubah keputusan.. bila tak banyak pilihan yang ada.. dan bila staf tu bagitau boleh tempah langsir, kamdar caj sekeping $35.. ok lah kot kan.. sekeping tu.. bukan sekaki.. kan..

So apa lagi.. terus kami ke tingkat 2, bincang ngan staf yang uruskan tempahan langsir.

Berapa kos semua?

Hehe.. nanti tunggu langsir siap dulu akak tunjuk ea..

Politik negeri Terengganu yang tidak menentu

Hmmm...

Negeri Terengganu yang ku sayangi..
Dikatakan sedang bergolak..

Apa pun... kami ni hamba rakyat... bukan orang politik..

Kami serahkan kepada kebijaksanaan pakar pakar politik di luar sana..  semoga apa jua keputusan dan tindakan yang diambil adalah dengan mengutamakan rakyat... dan bukannya kepentingan peribadi.

Sunday, August 7, 2016

Makang ke bukuh

Terengganu kita!

Diviralkan kisah seorang staf Marrybrown di Kertih yang mengambil order pelanggan dengan berbahasa Terengganu yang cukup pekat slanga ye.

Sampaikan pelanggan terkeliru.

Well... selamat datang ke Tranung!

Saturday, August 6, 2016

Waduh.. damainya.. breakfast sambil melihat laut..

Pagi ni breakfast kat Marang.. kedai makan hijau.. di tepi pantai... aduhai.. tenangnya.. sambil makan  roti canai ngan nasi lemak.. hihi..

Naik bas balik ke hostel

Hari ni hantar Durra naik bas nak balik ke imtiaz kemaman

Ramai jugak yang naik bas.

Ada Syu.. ada Aqilah.. memang meriah lah mereka ni dalam bas..hehe.

Friday, August 5, 2016

Citer pasal langsir

Yeay... masa untuk cari langsir..

Untuk rumah baru ni akak nak beli yang dah siap je. Sonang.. hehe.

Rumah yang dulu akak jahit sendiri.. dengan begitu gigih.. alah.. senang jugak.. jahit straight je kot.. tak susah pun..

Tapi sebab sekarang ni masa sangat terhad untuk difokuskan kepada jahit menjahit ni.. makanya lebih mudah la cari yang dah siap..

Kalau tak jumpa yang berkenan di hati barulah pikirkan untuk jahit sendiri.. hehe..

So misi mencari langsir pun bermula.

Semalam kami ke Jakel dan Mydin Gong Badak. Kat dua dua tempat tu semua tak banyak pilihan.. mungkin sebab baru lepas raya kan.. stok dah habis kot.. jadi mereka tak restock.

Lepas ni nak le Kamdar... ke Nagoya.. ke semua tempat lain lagi untuk survey..kalau rajin la.. haha.

Update rumah kami..

Rumah kami kat kampung dah siap hampir sepenuhnya dah..

Tapi belum boleh diduduki lagi lah.. sebab tunggu pasang gril dulu.. tunggu longkang siap dulu..

Semua dah tak sabar dah.. hihi..

Ye lah.. duduk kat kampung kan.. boleh jugak la berinteraksi ngan orang ramai.. adik beradik pun dekat.. memang seronok lah.. terutamanya bila boleh masak dan makan ramai-ramai.. suka suka..

Tak macam duduk kat kawasan bandar.. balik kerje masuk rumah.. duduk je dalam rumah.. esok pagi pergi kerja.. begitulah rutinnya.. jiran sebelah pun jarang jumpa.. kan..


Dan ini pula adalah ruang kat depan yang akan dijadikan kelas bimbingan.. dah siap nanti akak update ye..

Thursday, August 4, 2016

Cordycep ... yarsagumbu.. Himalaya

Watching "Himalayan Gold Rush"  on Discovery HD.

Oo.. baru tahu macamana susahnya orang cari cordycep ni..atau dipanggil yarsagumbu..

Patutlah cordycep ni harganya mahal...

Dan cordycep ni pula sebenarnya adalah separa haiwan separa tumbuhan.. percaya x? Asalnya adalah dari ulat beluncas dalam tanah.. lepas tu disebabkan faktor suhu dan organisma dalaman, lama-lama ulat tu mati.. tapi organisma dalamnya masih hidup.. dan terus keluarkan diri ke permukaan tanah dalam bentuk akar.. jadilah cordycep yg kita tahu tu.

Wednesday, August 3, 2016

Facebook, Pokemon Go dan Baca Buku

Sumber: Harian Metro 3 Ogos 2016

Dunia tanpa sempadan..
Teknologi media elektronik..
Kemudahan internet.. facebook.. twitter.. whatsapp.. instagram..
Semuanya adalah kebiasaan bagi pelajar..

Menyebabkan pelajar makin kurang masa untuk belajar..

Kurang masa untuk baca buku..

Betul ke?

Cerita kartun yang perlu dielakkan oleh kanak-kanak Islam.. ibubapa kena prihatin

Bermacam-macam cerita animasi dan kartun yang ditayangkan di televisyen dan di pawagam yang dapat menarik perhatian kanak-kanak dengan segera untuk datang menonton.

Kanak-kanak memang suka menonton rancangan kartun kan.

Tapi ibubapa kena berhati-hati dengan dakyah halus golongan anti Islam ni..

Secara halus mereka menggunakan media massa untuk meracuni pemikiran anak-anak orang Islam.

Sebagai contohnya.. akak tengah browse channel kat astro tadi.. dan..kat channel 130 astro ada tayangan cerita bertajuk "Two  by Two (Ooops! NOAH is Gone)"

Dan ceritanya mengisahkan mengenai kumpulan binatang yang terpaksa menyelamatkan diri apabila kapal Nuh telah karam.

Sapa Nuh? Kalau mengikut cerita dalam ajaran kita, hanya Nabi Nuh je yang ada kapal.

Dan kita ada cerita kapal Nabi Nuh yang tersendiri.. yang tidak akan bertukar faktanya kerana kisah Nabi Nuh ada dicatatkan dalam alQuran kita.

Tapi bayangkan ye.. apabila kanak-kanak menonton rancangan ni.. ada kemungkinan mereka boleh terpesong fakta...

Dan yang paling menyakitkan hati.. apabila mereka tulis tajuk rancangan tu

(OOOPS! NOAH IS GONE)

Apa maksudnya tu... secara literal mungkin nampak biasa je.. tapi cuba pikir dalam-dalam..

Hmm..

Tuesday, August 2, 2016

Aduhai...remaja perempuan 18 tahun dah ada 2 anak ketagihan syabu

Seorang remaja perempuan berumur 18 memiliki 2 anak luar nikah... hanya sanggup lakukan apa saja dengan upah $30.

Aduhai...

Remaj perempuan tu pula mula diperkenalkan dengan dadah oleh abangnya.. aduhai..

Dan 3 orang adik beradiknya juga ketagihan dadah..

Aduhai...

Ketagihan apa apa pun.. memang tak de penawarnya.. ketagih rokok... ketagih kue tiaw.. ketagih kopi.. ketagih judi.. ketagih angru birds.. ketagih apa apa je lah.. memang tak de penyelesaiannya.. melainkan individu tu sendiri..

Diri sendiri yang perlu ada kesedaran..

Cumanya.. bila ibu muda yang ketagihan dadah.. melahirkan anak.. bayangkan kehidupan yang dijalani oleh ibu itu dan anak-anaknya..

Kalau ibu muda itu tak berubah.. kemungkinan besar memberikan pengaruh kepada anak-anaknya.. 

Dari satu generasi kepada satu generasi.. ketagihan dadah..

Adakah generasi ini yang diperlukan negara untuk memimpin masyarakat? Memacu kemajuan negara? Tentunya tidak.

Jadi semua anggota masyarakat kena ambik cakna.. kena campur tangan.

Masyarakat pandang sepi, jadilah nanti generasi yang tak peduli, akibatnya nanti negara mati!

Itu ke yang kita nak berikan kepada keturunan kita pada zaman akan datang? Tentunya tidak bukan.

Sama-sama muhasabah diri!

Hidup hanya sekali, sama-sama mencari pahala Ilahi.

sumber: Harian Metro 2 Ogos 2016
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!