Friday, June 24, 2011

Program memasak utk pelajar sekolah



Cuti sekolah baru ning, Durra masuk kelas memasak, anjuran Jabatan Culinery, UiTM Terengganu.

Memang bagus lah program ni, Durra bukan main lagi seronok. Hari ke 2 siap bawak balik kek ngan cupcake lagi.. bukan main cantik lagi..

Ari ni nak citer pasal program memasak tu.. dari awal program lagi memang nampaklah keprofesionalan urusetia program tu.. x de lah mcm sesetengah program yg nmpak cam kelam kabut.. yg ni memang tip top. Super Duper Truper bagus. 2 thumbs up!! Pagi tu siap da sesi ceramah pengenalan kpd peserta dan ibubapa.. pastu ada sesi penyerahan anak kpd abang2 dan kakak2 yg sedia membantu masa memasak tu.. 1 fasi ada 2 pelajar. oklah tu..

Durra cakap nak join lagi program memasak ni masa2 akan datang.. seronok sgt la tu..

trend nama-nama abad 21

tersenyum sendiri bila Durra citer pasal nama-nama kucing kat sekolah ye..

kata Durra, ada 4 ekor kucing kat situ yg diberi nama TWITTER, FACEBOOK, BLOGSPOT ngan GOOGLE.

errr.. setakat nama2 anak kucing ke arnab ke, tak de la nak heran kan.. jangan lak ada mak bapak bagi nama2 cam nih.. bukan apa, kesian nanti kat anak2 tu.. sekarang ni yelah FACEBOOK tgh meletup.. 2-3 tahun nanti FACEBOOK dah tak de, dah kuar teknologi baru dah.. nanti dikatakan nama2 x relevan dah..

macam nama2 org2 dulu2.. dulu nama2 ikut nama bunga, KENANGA, TANJUNG, MAWAR.. ada yang namanya BUNGA... oklah tu.. tapi tu dulu, sekarang kalu ada lagi yg nama mcm TANJUNG ke, KENANGA ke, mesti malu gilesss..

15 tahun lepas, mak bapak suka letak nama Fatin, Nurul.. sekrg 1 kelas sume nama mcm sama je.. 10 tahun lepas, nama2 pilihan mcm Batrisyia ke.. Balqis.. skrg sama gak, 1 kelas ada nama sama..

jadi apa nama yg sesuai ye.. x kisah lah.. janji nama2 yg cantik dan unik.. macam nama isteri adik ipar.. cantik betul lah nama dia.. rasnidaiassawani.. gerenti nama memang unik dan x de org yg sama punya..

nama mcm Oprah.. namanya memang unik.. cuma ada sorang je yg sama nama ngan dia.. budak umur 10 tahun, tapi rasanya mesti maknya minat giles kat Oprah sebab tu letak nama sama..

tak kisahlah nak letak nama apa2 je.. asalkan ada nama la kan.. okla tu..

Wednesday, June 22, 2011

makan makan dan makan



kitaorg memang suka sgt bab makan-makan nih. tadi makan kat mayangsari, steamboat lagi. fuh memang best giles.

makan-makan ni pun temasuk sekali ngan sambutan beday izang ngan has. thank u. thank u sume. i love u all, muah

Friday, June 10, 2011

hari kita untuk kita aje

terpanggil nak komen psl hari.

hari bulan sambut apa
1 jan - tahun baru
14feb - hari kekasih
31mac - hari akhir byr cukai

1 mei - hari pekerja
12mei - hari jururawat
16mei- hari guru

tu x masuk hari tentera, hari doktor, hari nelayan, hari petani dan byk lagi

yng nyata hari ibu ngan hari bapa mmg kena celebrate

cuma aku berpendapat HARI GURU dah x sesuai dipanggil hari guru, kena panggil hari PENDIDIK. sebab guru start ajar masa budak umur 7 tahun sapa 17 tahun. pastu pas kat pensyarah. dan sebelum anak2 masuk sekolah tahun 1 tu, diaorg dah diajar membaca dah. sapa yg ajar? cikgu tadika. sebelum masuk tadika ibu bapa atau pengasuh yg ajar. Dan semuanya adalah pendidik.

cuma disebabkan dah dipanggil hari guru jadi murid2 sambutngan guru jelah. bagi hadiah pun utk guru je. So agak kurang tepat sambutan hari guru tu.

patutnya diberi cuti macam hari kebangsaan jugak. lebih sesuai kan, 16 Mei Hari Pendidik dijadikan cuti am supaya semua rakyat jelata memahami dan menghargai pengorbanan mereka2 yg telah mendidik, x kiralah guru sekolah ke, pensyarah ke, cikgu tadika ke, cikgu agama yg ajar mengaji ke. semuanya kita raikan. barulah adil kan.

Monday, June 6, 2011

hiway pantai timur part 4





yes akhirnya sampai kat pekan ajil

hiway pantai timur part 3


walaupun jln belum lagi siap sepenuhnya tapi pemandangan sepanjang jalan sgtlah menakjubkan. rasa mcm kat cameron highland pun ada. air terjun pun ada

Friday, June 3, 2011

hiway pantai timur part 2






itu yg kira oklah jalan tu. yg ni yg buatkan aku sket bengang ngan bos besar ni

dahla kat atas jln byk bom2 buatan lembu, jln pun masih lg sakit mata memandang. tp bagus la jugak kan. leh tgok camana proses transformasi buat hiway nih

laluan highway baru timur barat dungun kuala berang





ari ni nak balik kg.. bos nak lalu ikut highway baru. katanya unofficial nye hiway ni dah blh lalu. aku x kisah lah, nyajanji sampai kat kg dgn selamatnya.

dan hasilnya. . inilah dia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!