Thursday, December 24, 2009

Mohamad bin Bidin (1945-2009)

Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah kenyataannya.

Pada 20 Disember 2009, jam 6 petang, ayah pergi meninggalkan kami semua. Paling membuatkan aku sedih, aku tidak berada di sisi ayah sewaktu saat kematiannya. Ketika itu aku dalam perjalanan ke Shah Alam kerana keesokannya ada perjumpaan dengan penyelia. Perjalanan ku terhenti di Temerluh apabila menerima panggilan dari mak. Perasaan sebak, sedih, kesal datang bercampur-gaul. Kami teruskan perjalanan balik dengan tangisan.

Sebenarnya, aku bertolak dari rumah menuju ke Shah Alam lebih kurang jam 2.45 ptg. Sebelumnya aku sempat menyuap ayah rojak timun yang ku buat sendiri atas permintaan ayah. Ku lihat ayah begitu berselera benar makan. Dan ketika hendak keluar rumah, sempat aku berjumpa ayah. Ketika melangkah turun, aku sempat melihat ke arah ayah dan ku lihat ayah masih lagi memandang. Aku anggap ianya perkara biasa...

Aku sampai ke rumah lebih kurang jam 10 mlm. Aku masuk untuk melihat jenazah ayah. Sunguh aku merasa teramat sedih dan hiba apabila melihat ayah. Malam itu, kami adik beradik hanya dapat menemani ayah dengan bacaan Yasin.

Ya Allah, Kau ampunkanlah semua dosa ayah, Kau cucurilah rahmatMu ke atas roh ayah, dan tempatkanlah ayah ke dalam golongan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. AMIN.

Ayah, semoga ayah tenang di sisiNya.

Al-fatihah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!