Sejak beberapa tahun yang lalu A telah dan sehingga kini menjalani sesi rawatan di hospital daerah di sini. Setakat yang aku tahu A sudah tidak terbabit dengan najis dadah.
Bercakap mengenai pekerjaan, A sebelum ini bekerja dalam kerja2 pembinaan rumah. Sekarang pun sekiranya ada permintaan beliau akan melakukan kerja-kerja walaupun permintaan boleh dikatakan kurang. Jadi sebab itulah A melakukan kerja mencari bahan2 terbuang untuk dijual semula.
Jadi pembaca yang budiman, marilah kita bantu A. Beliau ada kesedaran untuk memperbaiki dirinya ke arah yang lebih baik tetapi peluang dan faktor kewangan menjadi halangan ketika ini.
Seperti yang saya katakan sebelum ini, A tersangat ingin belajar agama di salah sebuah pondok di Kelantan. Jadi apa kata kita sama-sama usahakan agar tercapai hajat A. Kita bantu permudahkan hajat orang semoga hajat kita dipermudahkan Allah.
Saya akan sentiasa update perkembangan A dari masa ke semasa.
No comments:
Post a Comment