Saturday, March 9, 2013

Melayu mudah lupa

 
Metro 8 Mac 2012
 
Sekali lagi.."Melayu Mudah Lupa"..
 


Nenek moyang kita yang masih ada..mungkin tidak akan lupa saat dijajah tentera Jepun. Kita hanya mendengar bagaimana  tentera jepun memancung orang2 kita dengan pedang mereka.. memaksa orang2 kita minum air sabun sehingga kembung perut.. mencabut kuku dari jari.. sedangkan kita terpotong sedikit kuku mengenai isi pun sudah boleh meraung.. apatah lagi dicabut kuku seluruhnya... bayangkan kesengsaraan orang2 kita saat itu..

Andai kata perasaan dendam dan sakit hati orang melayu kita masih lagi ada dan menebal, sudah pasti tidak akan ada orang melayu kita yang sanggup menerima orang2 jepun di dalam keluarga mereka.. tidak akan sesekali sanggup..

Sepertimana bangsa lain, bangsa melayu tidak terkecuali dari perasaan hasad dengki sesama sendiri.. selagi namanya manusia.. seandainya orang melayu mula berfikir bahawa mereka tidak selama akan hidup di dunia ini dan yang akan dibawa selepas mereka mati adalah amal mereka, maka mereka tidak akan sesekali berani untuk mengkhianati sesama saudara Islam... pastinya mereka akan berebut2 mencari jalan ke arah kebaikan bagi mengumpul pahala buat bekalan jalan ke syurga nanti..

Tapi memang.. melayu mudah lupa..

sama-sama kita ingat-mengingatkan diri kita.. kita tidak mampu mengubah orang lain, jadi yang termampu kita lakukan ialah mengubah diri kita sendiri. Ubah diri kita, anak kita, keluarga kita ke arah kebaikan.


 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!