Friday, March 15, 2013

Doktor pun orang biasa gak

Harian Metro 14 Mac 2013 
 
Hospital Kemaman
 
Masalah ketiadaan / kekurangan doktor di hospital menyebabkan pesakit menyuarakan kesulitan mereka.. yelah.. dah sah sah bila sakit kita pegi hospital kan.. sampai kat sana doktor lak tak de.. dah la badan sakit.. bila macam ni tambahlah pikiran jadi sakit..
 
kekadang tu sampai 1 jam kena tunggu giliran.. itu baru nak masuk ke dalam bilik rawatan.. dah masuk bilik rawatan kena tunggu lagi giliran kan.. mintak maaf lah.. tapi ni berdasarkan dari pengalaman akak dulu hantar ayah yang sakit kat salah sebuah sepital.. siap ayah cakap "takpelah.. jom kita balik lah.." bila akak pandang sekeliling tak de le sibuk mana pun kakitangan kan..
 
selalunya doktr tak de.. jadi MA je yang ambil alih.. kalu nurse ngan MA tu suka senyum ke lain lah.. ataupun paling kurang pun cakap la "sekejap ye pakcik..".. ni tak de.. ke hulu ke hilir je memanjang..
 
time rawatan, bukan sekali dua kita dengar "Tak de apa2 nih.. saya bagi ubat antibiotik ye.. makan bla bla bla.." tapi sakit tak jugak kurang.. bila check kat sepital swasta rupanya dah sakit teruk dah..
 
masalahnya kita akur dgn kepakaran diaorng nih.. kalau ada kes macam kat atas, semestinya kredibiliti MA khususnya dan hospital amnya tercalar jugak kan..
 
kalu tak de orang gi hospital, nanti tak de lah patient.. kalau tak de patient, maka doktor, MA ngan nurse nak rawat sapa ye? Nanti dapat gaji tapi tak buat keje? eii.. janganlah... Bersyukurlah dengan kerja kita kan..
 
Tabik kepada doktor2 dan pasukan perubatan yang sentiasa memberikan khidmat cemerlang kpd masyarakat.
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!