Thursday, March 14, 2013

Kisah di hujung nyawa

AlFatihah buat arwah pakcik man(7 Dis 2012).
 
Arwah merupakan adik arwah ayah yang paling bongsu. Arwah sakit dan dimasukkan ke hospital Kemaman. Agak lama jugak arwah berada di hospital, jadi 1 hari tu arwah telefon kakaknya yang arwah nak pulang ke rumah.. janjinya pukul 9 keesokannya barulah mak sedara datang nak ambil dari hospital.. jadi mak sedara dah siap masak buat bekal pagi tu..
 
Ditakdirkan Allah, tepat jam 9 pagi esoknya, arwah menghembuskan nafas yg terakhir.. keluarga tak sempat melihat arwah..
 
Semoga Allah menempatkan arwah di dalam golongan orang-orang yang beriman. Amin.
 
Gambar dibawah diambil semasa keluarga berkumpul selepas selesai urusan pengkebumian jenazah arwah. Gambar diambil di sebuah kantin tempat belajar agama.. sebenarnya selepas urusan di kubur, kami semua nak pulang dan perancangannya ialah untuk berhenti makan di Persimpangan Bukit Besi.. tak sampai 3 minit selepas itu, salah sorang adik dapat panggilan telepon dari kawannya yang mengusahakan kantin di sebuah sekolah berdekatan.. Kuasa Allah kami semua diminta datang untuk makan di situ. Walaupun sudah ditolak dan diberitahu yang rombongan kami ramai, tapi kami masih lagi diminta untuk menerima jemputan makan tu.. Terima kasih.
 
Tapi akak turut menyampaikan sedikit sumbangan walaupun ditolak akak mintak juga mereka ambik.. akak bagitau "supaya awak buat perkara sama kepada orang lain nanti".
 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!