Tuesday, March 12, 2013

Bila hilang kasih sayang...

membaca berita setempat membuatkan kita rasa tidak lagi selamat.. manusia sanggup buat apa saja diluar kewarasan.. kadang tu diluar dari norma kehidupan itu sendiri.. anak bunuh mak.. bunuh ayah.. sanggup bunuh orang tua.. dalam mana-mana agama pun memang dilarang bunuh kan.. so boleh tak kita katakan yang bunuh orang ni orang yang tak beragama? hmmm..

apa dah jadi ngan kasih sayang? disebabkan sarapan pagi boleh bunuh membunuh.. memang tak dinafikan mulut memang berbisa.. lidah berkata kan.. tajamnya lebih dari pedang.. boleh menghiris.. jadi kalau silap bercakap memang boleh jadi gaduh..

untuk mengubah orang memang tak boleh kan.. jadi apa kata kita cuba didik dan ubah diri kita dulu.. kita mulakan dengan kurangkan bercakap.. bercakap hanya apabila perlu sahaja.. dan mulakan hari dengan perasaan kasih dan sayang.. pandang wajah mak ayah dengan penuh kasih dan sayang.. pandang wajah suami dan anak2 dengan kasih sayang.. pasti rahmat kasih sayang Allah akan datang kepada kita kan..

Bercakap lah dengan nada yang sopan.. tak payah tengking menengking.. semua jiwa akan jadi tenang kan.. memang fitrah manusia tidak sukakan kekasaran dan keganasan.. kita inginkan ketenangan.. jadi tenangkan diri kita dulu.. kan... senang cakap kan.. tapi kita kena sentiasa cuba lah kan..  


 
 
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!