Rujukan: Metro, 2 Mac 2013
Bertanya Imam al-Ghazali kepada anak muridnya soalan2 berikut:
1) Apa yang paling DEKAT dengan manusia?
Jawapan murid2nya: Ibubapa, guru, teman2.
Imam al-Ghazali: Benar tapi sebenarnya yang paling DEKAT dengan kita ialah MATI. Janji Allah bahawa setiap yang bernyawa itu pasti akan mati.
2) Apa yang paling JAUH dari kita di dunia ini?
Jawapan murid2nya: Negara China, bulan, bintang, matahari
Imam al-Ghazali: Benar tapi sebenarnya yang paling JAUH ialah MASA LALU. Kerana kita tida mungkin akan sampai ke masa lalu. Jadi kita perlu menjaga masa sekarang dan masa akan datang dengan perbuatan sesuai ajaran agama.
3) Apa yang paling BESAR di dunia ini?
Jawapan murid2nya: Gunung, bumi, matahari
Imam al-Ghazali: Benar tapi sebenarnya yang paling BESAR adalah NAFSU. Kerana nafsu yang menguasai diri menyebabkan manusia gagal menggunakan akal, mata, telinga da hati dikurniakan Allah untuk hidup berlandaskan kebenaran., lantas menyebabkan mereka terjerumus ke dalam api neraka.
4) Apa yang paling BERAT di dunia ini?
Jawapan murid2nya: baja, besi, gajah.
Imam al-Ghazali: Benar tapi sebenarnya yang paling BERAT adalah MEMEGANG AMANAH. Kerana ramai manusia ke neraka disebabkan tidak mampu memikul amanah.
5) Apa yang paling RINGAN di dunia ini?
Jawapan murid2nya: kapas, angin, debu, daun.
Imam al-Ghazali: Benar tapi sebenarnya yang paling RINGAN adalah MENINGGALKAN SOLAT.
6) Apa yang paling TAJAM di dunia ini?
Jawapan murid2nya: pedang
Imam al-Ghazali: Benar tapi sebenarnya yang paling TAJAM adalah LIDAH. Kerana melalui lidah manusia begitu mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri.
Sama-samalah kita ingat mengingatkan diri kita dan anak kita mengenai perkara di atas. Semoga sedikit sebanyak dapat menyedarkan kita tentang kehidupan bagaimana yang sepatutnya kita lalui.
No comments:
Post a Comment