Dalam entri sebelum ni, akak ada citer berkenaan akak wajib ambil hormon tiroksin sintetik selagi hayat dikandung badan. Ini berikutan kelenjar tiroid tempat mengeluarkan hormon tu secara semulajadi dah dibuang. Jadi mereka yang mengalami hypotiroid macam akak perlu mengambil hormon tiroid sintetik tersebut. Kebiasaannya, pengambilan pil hormon tiroid sintetik dikenali sebagai levothyroxine (L-Thyroxine) adalah sekali sehari pada dos yang ditetapkan oleh doktor.
Pengambilan hormon sintetik tiroid
Dengan pengambilan hormon synthroid (synthetic thyroid) ini, ianya dapat membantu mengembalikan tahap hormon yang mencukupi untuk mengurangkan gejala hypotiroidisme. Namun dos pengambilan mungkin berubah dan pesakit perlu melakukan pemeriksaan paras TSH (Thyroid stimulating hormone) secara berkala. Pesakit turut dinasihatkan untuk sentiasa berterusan mengambil synthroid ini walaupun pesakit mungkin berasa bertambah baik kerana berkemungkinan tanda-tanda hypotiroidisme akan datang kembali. Namun demikian, terdapat juga keadaan di mana pesakit masih berasa tidak sihat walaupun mereka sedang mengambil hormon sintetik tiroid.
Keadaan ini disebabkan oleh hormon sintetik tiroid itu sendiri. Memandangkan hormon itu bukanlah diperolehi secara semulajadi, ianya adalah bahan kimia sintetik. Sebatian kimia itu sendiri mungkin menyebabkan kualiti kesihatan pesakit menurun.
Oleh yang demikian, terdapat segelintir doktor yang tidak bersetuju dengan penggunaan hormon synthroid ini. Dari segi teknikalnya, doktor berpendapat hormon synthroid ini tidak mampu menukarkan keperluan hormon T4 kepada T3. Di samping itu kesan penggunaan hormon synthroid ini berbeza.
Sekiranya dos yang diambil kurang dari yang diperlukan badan, ia tidak dapat membantu pesakit sembuh dari gejala hypotiroid.
- reput tulang
- kesuburan merosot
- degupan jantung yang tidak teratur
- gangguan otot yang semakin lemah
- sukar lena
- muntah-muntah
- keguguran rambut
- penambahan berat badan
Pakar menyarankan agar pesakit menitikberatkan diet pemakanan yang betul. Apa yang lebih menarik ialah, pesakit dinasihatkan untuk mengelakkan:
- soya
- semua sumber berasaskan florida - air berflorida dan ubat gigi berflorida
Sekiranya anda turut mengalami masalah kesihatan yang sama dengan saya, saya berbesar hati sekiranya anda sudi berkongsi pengalaman supaya kita sama-sama dapat menjalani kehidupan dengan kesihatan yang lebih baik. Salam ukhwah! Hubungi saya di 019-9695787 supaya kita sama-sama dapat berkongsi tips penjagaan kesihatan diri.
No comments:
Post a Comment