Tuesday, May 11, 2010

dari kedah balik ganu

pagi tu kami bertolak keluar kul 8.30 pg.. lepas makan, kul 10 bertolak ke padang besar.. yelah, dah alang2 datang dari jauh kan.. ingatkan nak g ke wang kelian(ntah ejanya betul ke tidak).. tp kata makcik kat kedai tu, padang besar lagi best.. so oklah, kita ikut org kedah..

jauh juga nak ke padang besar... kena lalu ladang tebu berekar2... oklah.. sampai kat sana expectation ku jadi kureng.. bila aku bandingkan Nilai 3 ngan Pdg Besar, aku lebih suka kat Nilai lagi..

so pukul 12.15 tgh kami bertolak balik.. nak dijadikan citer, kami ikut laluan ke Perlis..kuala perlis kot..ntah, lupa.. sudahnya, kami masuk ke dalam bandar .. lepas satu bandar ke satu bandar.. x jugak jumpa jalan keluar... silapnya lepas tol tu kami belok ke kiri.. sepatutnya belok ke kanan, ada tulis Econsave... itulah aku cakap kat husband, aku ingat dulu masa gi hantar ayu kat uum tu, memang nampak Econsave kat sebelah kiri.. tapi x jumpa.. nak wak camana.

naik pening kami jadinya.. dari sebesar2 jalan ke sekecil2 jalan kampung, semua kami lalui.. sampai kat tepi gunung jerai lagi.. sebenarnya kami pegi 2 kete.. bila sampai kat gunung jerai tu, aku tefon adik aku kat kete 1 lagi.. siap kami ketawa lagi.. ntah macamana leh sampai kat tepi laut.. siap teringat kat lagu Tropika 'Cinta Pantai Merdeka'

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu Tanjung Dawai
terkenang peristiwa
Cinta kita terurai
Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...

memang nampak betullah daun nyiur melambai2.. real lah..

xtau la camana, kami sampai kat UiTM Merbuk.. kami berenti jap g jumpa pak guard nak tanya jalan.. org kata malu bertanya sesat jalan, so sebab x nak sesat lagi, kami tanyalah.. masuk je kat dlm kete, husband bai 1 peta yg dia lukis sendiri.. dia cerita la sket2 kat aku laluan2 tu.. masalahnya dia lukis tu dia je yg tahu, aku nak baca peta pun susah.. yelah, kalau dipusing sket peta tu jadilah arah berlawanan..

so oklah.. nak masuk hiway utk sampai kat Grik tu, pak guard bagitau ada 5 traffic lights. aku lukis 5 traffic lights, lepas 1 aku terus cross.. masalah ya sampai je traffic light yg ke lima, bila belok ke kiri ada Astana Seri.. err.. Seri Astana kot.. macamana leh jd macam ni.. x taulah..

pegi depan lagi, melepasi 2 lagi traffic lights.. x de gak papan tanda kuar ke hiway.. so berenti lagi sekali tanya org... oklah.. kena undur balik 3 traffic lights... rupa2nya pak guard tu terlebih 1 traffic light.. sepatut nya traffic light ke empat belok ke kiri....hmmm

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!