Tuesday, May 11, 2010

berenti makan kat sungai tong

nak makan malam memang susah sket sebab dah agak lewat kami melepasi Grik.. tambahan pulak husband bgtau nak berenti makan sate Jabi kat Jabi.. sudahnya, memang kami sampai kat Jabi tp takdak pun sate..

kami teruskan perjalanan dan berenti kat sungai tong.. masa tu dah dekat pukul 12 dah.. kedai makan pun nak tutup dah.. tapi sempat la makan dan berehat..

kami park kete kat tepi longkang, so sebelum teruskan perjalanan, boleh le berehat duduk bertenggek kat tepi longkang tu..alih2 adik aku, drebar kete 1 lagi ternampak satu masalah.. tayar kete bocor.. aduh.. xtaulah apa masalahnya.. dah le tgh malam, tayar lak pancit.. tapi itulah, MUJOlah kami melepasi Grik.. kalau x tak taulah..

dah tukar tayar spare, kami teruskan.. kami sampai kat umah 10 minit sebelum kul 2.. sudahnya, bila kami kira jauhnya perjalananan dari kedah ke kbrg, kami dah habiskan masa 14 jam.. (sesat dalam lebih kurang 4 jam.. )

aku dah bagitau adik2 aku, jgn la korang kawin orng jauh2... susah nak mengantor.. kalau ada jodoh gak ngan org utara, aku rasa aku akan bgtau mak aku, pergi sekali je, nak merisik ke, bertunang ke, nikah ke.. kawin ke, sekaligus je..

terpikir jugak, macana ngan orang dari johor yg kawin ngan org kedah ye...dah jodoh.. seab tu ada setengah2 org tua x benarkan anak2 diaorg kawin org jauh.. takut anak susah nak balik kampung..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!