Thursday, October 25, 2018

WAJIB BACA: Wanita yang kurang cakna pasal kesihatan akan berdepan dengan risiko ini..


Kajian menunjukkan wanita ambil mudah soal kesihatan berbanding lelaki. ha.. terkejut bukan? selalunya kita rasa wanita la yang selalu jaga kesihatan ni, rupanya kaum lelaki yang lebih cakna pasal kesihatan diri.



Dengan peningkatan usia, wanita akan berhadapan dengan isu di bawah:
1. hormon yang tidak seimbang
2. kadar metabolisma yang rendah
3. masalah kulit kering
4. masalah tulang rapuh
5. sakit di bahagian dada




Dengan risiko tulang rapuh, wanita sangat disarankan untuk menjaga kesihatan tulang kerana tulang adalah asas kepada struktur badan. Ini juga disebabkan wanita lebih terdedah kepada risiko tulang rapuh berbanding lelaki.




Oleh yang demikian, wanita dinasihatkan untuk melakukan perkara berikut:

1. mengambil pemakanan yang kaya dengan kalsium dan vitamin D
2. melakukan senaman secara tetap
3. mengelakkan dari merokok dan minuman alkohol
4. mengurangkan tekanan dengan senaman yoga dan bermeditasi





Perumpamaan menjaga kesihatan tulang melalui pengambilan kalsium adalah seperti berikut:
Wanita adalah kumpulan paling berisiko bermasalah osteoporosis, jadi kesihatan tulang harus dijaga dengan baik. Penjagaan harus bermula sejak muda lagi, jangan tunggu sehingga anda capai 30an. Pengambilan kalsium di usia muda seperti menyimpan wang setiap bulan dalam bank untuk kegunaan hari persaraan. Bila dah bersara, mana boleh simpan wang kan? Namun, pengambilan suplemen kalsium dan makanan berkalsium tinggi tetap disarankan dengan harapan ia sekurang-kurangnya membantu menampung kadar kalsium berkurangan. Jangan lupa bersenam!

Kajian oleh Nik Hazlina Nik Hussain dalam buku beliau "Kesihatan wanita di Malaysia: Perkembangan, isu dan Cabaran" yang diterbitkan oleh USM pada tahun 2017 turut memberi penekanan kepada perkara yang sama:


Sekiranya masih lagi dibiarkan, kesihatan tulang akan terus terganggu. Tulang yang rapuh tidak dapat diperbaiki lagi.

Jadi, pakar menasihatkan kita semua untuk mengambil kalsium bagi mengekalkan tulang yang kuat. Pakar nutrisi Shaklee yang menerajui kajian secara saintifik menyarankan pengambilan vitamin dan mineral berikut untuk kesihatan tulang.

1- Kalsium
2- Magnesium 
3. Boron
4. Vitamin D
5. Kuprum
6. Zink
7. Mangan




Kesan Kekurangan Kalsium

Banyak akibatnya kalau kita kurang kalsium, antaranya:
  • Kerap sakit gigi
  • Gusi berdarah
  • Kejang otot
  • Rambut kasar
  • Tumit pecah/kasar
  • Kuku rapuh
  • Kebas kaki dan tangan
  • Kulit kering

Pakar kesihatan seperti yang disiarkan dalam MedikTV turut menyarankan wanita minum susu untuk menguatkan tulang.

MINUM SUSU
  • Susu adalah sumber yang penuh dengan Kalsium dan Vitamin D. Jika kita bercakap mengenai tulang, Kalsium dan Vitamin D mempunyai fungsi tersendiri berkaitan tulang. Kalsium adalah asas kepada kesihatan tulang manakala Vitamin D pula membantu badan untuk menyerap kalsium. Jadi kedua-duanya berkait rapat. Selain itu, Vitamin D membantu membina dan membaiki tulang dan mengekalkan kekuatan otot, yang mengurangkan risiko jatuh.
  • Menurut pakar, wanita berumur 50 tahun dan lelaki berumur 70 tahun seharusnya menyasarkan untuk mengambil 1,000 mg kalsium setiap hari. Bagi wanita dan lelaki yang melebihi umur tersebut pula perlu mengambil kira-kira 1,200 mg kalsium sehari.
  • Ia bersamaan dengan 4 gelas susu tanpa lemak atau tiga cawan yogurt tanpa lemak. Lelaki dan wanita bawah umur 50 tahun perlu mengambil 400-800 IU Vitamin D setiap hari.. Mereka yang melebihi umur 50 tahun pula perlu mengambil 1,000 IU Vitamin D setiap hari.
  • Jika anda tidak boleh mengambil produk tenusu, minum jus oren, susu soya, kekacang atau santan yang diperkaya dengan Kalsium dan Vitamin D. Anda juga perlu mengambil makanan tambahan yang disyorkan oleh doktor. Anda juga boleh mendapat Vitamin D daripada pendedahan matahari pagi.

Sekiranya anda tidak mampu minum susu, beralihlah kepada pengambilan suplemen kalsium melalui Ostematrix.


Kajian klinikal terhadap penggunaan Ostematrix menyatakan, kalsium Ostematrix diserap sepenuhnya ke dalam badan selepas 12 jam. Boleh rujuk kepada gambarajah dibawah.





Adakah anda rasa sudah mendapat kalsium secukupnya? Tapi ada baiknya kita berjaga-jaga seperti yang disarankan dalam artikel ni:

Dianggarkan sehingga 1.6 juta keretakan akibat osteoporosis berlaku setiap tahun.

Hampir 25 peratus daripada pesakit keretakan pinggul meninggal dunia dalam tempoh satu tahun sementara kira-kira 50 peratus pesakit akan hilang upaya kekal.

Kira-kira 80 peratus wanita dianggarkan akan mempunyai masalah tulang rapuh terutamanya selepas menopaus.

Retak atau patah tulang pinggul merupakan antara yang paling biasa berlaku di kalangan penghidap osteoporosis. Ia hampir pasti akan membawa kepada kemasukan wad dan juga boleh membawa maut dalam satu daripada setiap lima (20 peratus) kes patah tulang pinggul.

Antara 30 hingga 50 peratus lagi (yang patah tulang pinggul) berkemungkinan besar mengalami kecacatan kekal yang akan mengganggu pergerakan harian mereka kelak.
Kesan osteoporosis di Asia dijangka meningkat dengan perangkaan lebih 50 peratus kejadian retak atau patah tulang pinggul dunia akan berlaku di rantau ini menjelang 2050.


Nasihat Pakar: Mulakan pengambilan kalsium awal!


Bagi kak izang yang hipotiroid ni yang terdedah kepada risiko kekurangan kalsium, memang memerlukan sangat suplemen vitamin dan mineral ni untuk membantu kesihatan tulang dan sendi serta mengurangkan kebas-kebas tangan dan kaki yang dialami kak izang.

Anda bagaimana?

Ada yang turut mengalami masalah kesihatan yang lebih kurang sama macam kak izang?

Jom kita berkongsi maklumat penjagaan kesihatan. Semoga boleh menjadi panduan ke arah kesihatan kita yang lebih baik.

Boleh wasap kak izang 0199695787 untuk berkongsi info ataupun untuk ode suplemen ngan kak izang.






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!