Saturday, December 21, 2013

Tulang rapuh.. Kenapa Wanita Lebih Berisiko?

Harian Metro, 15 Dis 2013

Kenapa tulang boleh rapuh atau osteoporosis ? Dan kenapa WANITA lebih mudah dapat tulang rapuh ni? 



Mengapa wanita lebih ramai mengalami osteoporosis? Ada banyak sebab. 
  • wanita dilahirkan dengan ketumpatan tulang yang lebih rendah dan kadar kemerosotan jisim tulang pula berlaku lebih cepat pada wanita berbanding lelaki. 

  • Hormon estrogen yang mengawal kitaran haid juga memainkan peranan dalam menjaga kekuatan dan kesihatan tulang pada wanita dan lelaki. Sebelum menopaus, paras estrogen ini lebih tinggi pada wanita berbanding lelaki dan paras hormon jatuh mendadak selepas menopaus.


Kekurangan hormon inilah yang turut menyumbang kepada kehilangan jisim tulang pada kadar satu hingga tiga peratus setahun.

Dalam kebanyakan kes, tulang menjadi reput dan lemah disebabkan kekurangan kalsium dan fosforus. Kekuatan tulang bergantung kepada ketumpatan tulang yang mempunyai kaitan rapat dengan tahap kandungan garam kalsium, fosforus dan lain-lain garam dalam tulang. 

kelebihan kalsium untuk tulang

Bagi lelaki, kadar kerapuhan tulang bermula agak lambat berbanding wanita tetapi akan menjadi sama dengan wanita selepas umur 65 tahun.
Boleh baca sini untuk maklumat lanjut.
Dalam usia yang lanjut, wanita mungkin akan kehilangan sehingga 35 peratus hingga 50 peratus ketumpatan tulang manakala lelaki akan kehilangan sekadar 25 peratus hingga 35 peratus saja. 

Menurut Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Pusat Perubatan Tropicana, Dr Joseph Yap, osteoporosis adalah penyakit tulang secara keseluruhan yang berlaku apabila kadar ketumpatan tulang menurun membuatkan struktur tulang menjadi rapuh dan meningkatkan risiko patah tulang. 


Faktor risiko 

Osteoporosis adalah penyakit yang tidak mempunyai gejala pada kebanyakan pesakit sehingga berlaku keretakan tulang. Inilah sebabnya kita perlu memberi perhatian kepada faktor risiko osteoporosis seperti:

Risiko tetap (tidak boleh diubah) 
  • Umur.

  • Bangsa - orang Asia dan Eropah lebih mudah mendapat osteoporosis berbanding Afrika.

  • Jantina - perempuan boleh mengalami osteoporosis dua kali ganda berbanding lelaki.

  • Menopaus awal (kurang daripada 45 tahun).

  • Sejarah keluarga yang mengalami osteoporosis.



Risiko boleh diubah 
  • Pemakanan yang kurang mengandungi kalsium.

  • Tidak banyak melakukan aktiviti fizikal.

  • Merokok.

  • Pengambilan alkohol ­secara berlebihan.

  • Pengambilan kafein ­berlebihan.


Tanda dan gejala 


Pada peringkat awal kerapuhan tulang, pesakit tidak mengalami sebarang tanda atau gejala. Namun, apabila kerapuhan menyebabkan tulang itu lemah, maka pesakit akan mula menunjukkan tanda dan gejala seperti berikut: 
  • Sakit tulang belakang. 
  • Pesakit akan kelihatan pendek dan bongkok. 
  • Keretakan pada tulang belakang, sendi pergelangan tangan, sendi tulang pinggul atau tulang lain walaupun disebabkan kecederaan kecil. 


Diagnosis 

Proses mengesan osteoporosis menggunakan pelbagai kaedah dan peralatan menguji ketumpatan tulang. 
  • Ujian paling sensitif untuk mengesan osteoporosis adalah melalui kaedah DEXA scan (dual energy X-ray absorptiometry). 
  • Imbasan CT. 
  • Imbasan ultra bunyi. 


Rawatan 

  • Penggunaan ubat antiresorptive. Ia bertujuan mengurangkan kadar pembuangan tulang lama serta membantu menambah pembentukan tulang baru dalam badan. 

  • Rawatan anabolic antiosteoporotic. Proses rawatan ini lebih berkesan tetapi ia diberikan secara suntikan bukan melalui pil atau kapsul. 

Dr Joseph berkata, penting bagi individu mengamalkan gaya hidup sihat tanpa terlalu bergantung kepada pengambilan ubat-ubatan tertentu. 


Antara amalan pencegahan boleh dilakukan: 

  • Mengamalkan pengambilan kalsium dan vitamin D yang mencukupi. 
  • Senaman membantu membina tulang yang kuat dan melambatkan proses kerapuhan tulang. 
  • Jangan merokok. 
  • Kurangkan pengambilan alkohol dan kafein 

Katanya, ia bertujuan untuk mengelakkan kesan risiko jangka pendek seperti keretakan tulang akibat hentakan yang minimum seperti terjatuh. 

Untuk kesan jangka ­panjang pula, jika pesakit tidak mendapatkan rawatan segera, bengkak dan rasa sakit pada bahagian yang tercedera akan bertambah dan berkemungkinan ­kualiti hidup akan terjejas. 

“Hingga kini tiada ubat khusus untuk mencegah osteoporosis terutama dalam kalangan individu yang berisiko tinggi mengalaminya,” katanya. 

Selain itu, aktiviti seperti berenang, berjalan cepat, pilates, menaiki tangga, mengangkat bebanan dan berlari boleh membantu untuk menguatkan tulang dan menghindarkan osteoporosis. 

Di samping itu, wanita mengandung juga bakal berhadapan dengan masalah ini sekiranya tidak menjaga kesihatan diri sebaik mungkin sepanjang tempoh kehamilan. 

Ini disebabkan keperluan kalsium wanita mengandung meningkat daripada biasa iaitu 1,000 hingga 2,000 miligram kepada 15,000 miligram sehari. 

Penting untuk wanita mengandung mendapatkan bekalan kalsium mencukupi sepanjang tempoh kehamilan,” katanya.


Jadi bagaimana nak dapatkan bekalan bekalan kalsium yang mencukupi untuk keperluan badan?

Kena la makan suplemen atau vitamin.

Di Shaklee, terdapat dua suplemen untuk kesihatan tulang iaitu

  • ostematrix
  • advanced joint health tablet






Sekiranya anda juga mengalami kebas-kebas tangan, itu juga petanda kekurangan kalsium.

Jadi, mulakan pemakanan suplemen shaklee - ostematrix dan ajht untuk kesihatan anda.


 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!