Tuesday, October 9, 2018

Selamatkah produk kesihatan dan kecantikan yang anda gunakan?

Lambakan produk kesihatan dan kecantikan di pasaran menyebabkan pengguna mempunyai pilihan yang sangat banyak.. sampai pengguna pun dilema untuk membuat pilihan.

Tapi sebelum korang memutuskan untuk menggunakan satu-satu produk, teliti dan siasat dulu produk tu. Selamat ke tidak untuk digunakan?

Bagaimana korang nak tahu samada produk kesihatan dan kecantikan yang korang guna sekarang adalah SELAMAT?

Senang saja.

Berikut adalah cara untuk menyemak status produk kesihatan dan kecantikan:
  1. Layari laman web Agensi Regulatori Farmasi Negara di http://npra.moh.gov.my/
  2. Dibahagian kanan laman web, Pilih Kriteria pencarian, kemudian pilih jenis pencarian.
  3. Masukkan nama produk yang ingin disemak, dan tekan ‘check status’

Panduan penggunaan kometik turut diedarkan kepada pengguna:

Bahagian Perkhidmatan Farmasi (NPRA) berfungsi menyenaraikan produk-produk yang ditarik balik penjualan di pasaran kerana tidak selamat untuk digunakan.


Jadi, kita sebagai pengguna kenalah cakna. Produk yang dilarang tu ada sebabnya. Kerana membahayakan kesihatan. Kalau dah tahu bahaya kenapa kita masih nak guna kan?
Takkan sebab viral semua orang guna kita pun nak guna jugak kan?





Ini pula berkenaan dengan kosmetik TATI,
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM mengesan tiga produk iaitu GG Pinky Day Cream For Skin, Tati Therapy Cream 1 dan Tati Therapy Cream 2 mengandungi tiga jenis racun berjadual itu.
Katanya, GG Pinky Day Cream For Skin dan Tati Therapy Cream 1 dikesan mengandungi merkuri manakala Tati Therapy Cream 2 dikesan mengandungi hydroquinone serta tretinoin.

Tapi rasanya masih ramai yang menggunakan kosmetik ni kan.. walaupun dah tahu yang produk ni mengandungi merkuri, hydroquinone dan tretinion.
Produk kosmetik yang dicampur dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana racun itu menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf. “Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak kecil atau yang belum dilahirkan manakala kemudaratan pendedahan kepada merkuri juga boleh dialami orang sekeliling terutama bayi dan kanak-kanak apabila produk kosmetik mengandungi merkuri yang disapu pada kulit itu meruap dan dihidu,” katanya.
Tambah beliau, penggunaan produk mengandungi merkuri juga boleh menyebabkan ruam, rengsa dan perubahan lain pada kulit.
“Produk kosmetik yang dicampur dengan hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.
“Kesan penggunaan bahan ini boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit,” katanya.
Tambah beliau, bahan tretinoin yang biasanya dipromosi untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.



Sumber gambar di atas



Jadi korang, rajin-rajinlah baca maklumat kat https://www.npra.gov.my/.
Didik diri dan elakkan mengambil produk-produk yang tidak selamat. Jangan turut terpedaya dengan iklan-iklan momokan pengusaha produk kecantikan yang kebanyakannya hanya ingin mengaut keuntungan semata.
Kesihatan kita tanggungjawab kita!
Pilih SELAMAT!












No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!