Ini adalah salah satu mesej yang akak dapat dari group whatsapp akak untuk dikongsi dan direnungi bersama.
Jom baca. ↓
--------------------------------------------------------------
Permintaan saya ialah mohon baca dan kongsikan pembacaan itu bersama anak-anak .
Seorang lelaki muda datang untuk memohon jawatan pengurus di sebuah syarikat besar.
Beliau lulus temuduga awal, dan kini akan bertemu pengarah untuk temuduga terakhir.
Pengarah mendapati dari CV bahawa pencapaian akademik lelaki itu sangat baik.
Beliau bertanya, Adakah anda mendapatkan apa-apa biasiswa di sekolah ...?
Lelaki itu menjawab "TIDAK".
Siapa yang membayar yuran sekolah anda ...?
"Ibu bapa", dia menjawab.
"Di mana mereka bekerja ......?"
"Mereka bekerja sebagai tukang cuci pakaian."
Pengarah meminta lelaki itu menunjukkan tangannya.
Lelaki itu menunjukkan sepasang tangan yang halus dan sempurna.
"Adakah anda pernah membantu ibu bapa anda mencuci pakaian?"
"Tidak sekali-kali, ibu bapa saya sentiasa mahu saya untuk belajar dan membaca buku.
Tambahan pula, ibu bapa saya boleh mencuci pakaian dengan lebih cepat daripada saya.
Pengarah itu berkata, "Saya ada 1 permintaan.
Apabila anda pulang ke rumah hari ini, pergi dan bersihkan tangan ibu bapa anda, dan kemudian jumpa saya pagi esok.
Lelaki itu berasa kecewa.
Apabila dia pulang ke rumah, dia meminta orang tuanya untuk membiarkan dirinya membersihkan tangan mereka.
Ibu bapanya berasa pelik tetapi gembira dengan perasaan bercampur-campur,
Mereka menunjukkan tangan mereka kepada anak mereka.
Lelaki itu membersihkan tangan mereka perlahan-lahan.
Air mata lelaki itu jatuh menitik-nitik kesayuan.
Inilah kali pertama lelaki itu melihat tangan ibu bapa nya yang berkedut-kedut; dan terdapat begitu banyak lebam di tangan mereka.
Kelihatan lebam itu begitu menyakitkan apabila disentuh. Pedih.
Buat pertama kali dalam hidup lelaki itu dia menyedari dari tangan ibu bapa ini lah yang membasuh pakaian setiap hari bagi membolehkan yuran sekolahnya di bayar.
Lebam di tangan adalah harga yang di bayar oleh ibu bapa nya untuk digunakan bagi menampung kos pendidikan, aktiviti sekolah dan masa depannya.
Setelah membersihkan kedua-dua tangan ibu bapabya, lelaki itu secara senyap-senyap membasuh semua pakaian yang berbaki itu.
Pada malam hari, ibu bapa dan anak itu bercakap untuk satu tempoh yang lama.
Pagi keesokan harinya, lelaki itu pergi ke pejabat pengarah.
Pengarah perasan air mata berlopak di matanya seraya bertanya:
"Bolehkah anda beritahu saya apa yang telah anda lakukan dan pelajari semalam di rumah anda ....?"
Lelaki itu menjawab,
Saya membersihkan tangan ibu bapa saya, dan juga selesai membersihkan semua pakaian yang masih ada.
"Saya kini tahu apa itu erti sebuah penghargaan.
Tanpa ibu bapa saya, saya tidak akan menjadi siapa saya hari ini ...
Dengan membantu ibu bapa saya, baru sekarang saya menyedari betapa susah dan sukarnya mendapatkan sesuatu
Pengarah tersebut terus menambah,
"Ini adalah apa yang saya cari dalam diri seorang pengurus.
Saya mahu merekrut seseorang yang boleh menghargai bantuan orang lain, orang yang tahu penderitaan orang lain bagi mendapatkan sesuatu yang dilakukan; dan seseorang yang tidak akan meletakkan wang sebagai matlamat sahaja dalam kehidupan. "
"Anda diterima untuk bertugas"
Seorang kanak-kanak yang telah dilindungi dan lazimnya diberikan apa sahaja yang dia mahu, akan membangunkan "mentaliti hak" dan sentiasa meletakkan dirinya pertama.
Dia akan menjadi jahil & buta dengan apa yang diusahakan oleh ibu bapanya.
Sekiranya kita ini jenis ibu bapa prihatin, adakah kita benar-benar menunjukkan kasih sayang atau sedang memusnahkan masa depan anak-anak kita ...?
Anda boleh biarkan anak anda tinggal di sebuah rumah besar, makanan yang enak & lazat serta menonton di TV LCD.
Tetapi apabila anda memotong rumput, ajak mereka bersama untuk merasai aktiviti terbabit.
Selepas makan, biarkan mereka membasuh pinggan mangkuk mereka dan bersama-sama dengan saudara-saudara mereka.
Ini bukan kerana anda tidak mempunyai wang untuk mengupah seorang pembantu rumah, tetapi ia adalah kerana anda mahu menyayangi mereka dengan cara yang betul.
Anda mahu mereka memahami, tidak kira betapa kaya ibu bapa mereka, satu hari perlahan-lahan rambut mereka akan mula beruban, sama seperti yang dialami pasangan ibu bapa muda.
Perkara yang paling penting dalam hidup ini adalah; anak anda harus belajar untuk berusaha dan mengalami kesukaran serta berkeupayaan untuk bekerja dengan orang lain bagi mendapatkan perkara yang diingini.
Sila kongsikan artikel ini kepada seramai mungkin ... Ia mampu mengubah hidup / sikap seseorang itu.
No comments:
Post a Comment