Friday, May 8, 2015

Jenama kosmetik IZANG

hehe.. pernah dengar tak?

Mesti tak pernah dengar kan?

Kalau pernah dengar tu maknanya tu produk kecantikan keluaran akak la tu.. haha..

Tapi memang tak la kan.. tak minat pun nak jadi konon-kononnya 'pengasas' produk kecantikan nih.. yelah... kat pasaran sana berlambak-lambak produk kecantikan yang berbagai-bagai.. macam-macam nama.. setiap kali kalau baca majalah Mingguan Wanita tu mesti ada je la produk jenama baru...

hmm... sebenarnya semua orang boleh buat jenama sendiri.. apa taknya.. sekarang ni dah ada banyak syarikat yang tawarkan pakej keluarkan produk kecantikan jenama sendiri... bayar je duit.. taraaaa... dapat produk jenama sendiri... mudah sangat... kan..

sebab tu akak memang tak beli la produk-produk sebegini.. dulu-dulu-dulu akak pakai la produk de wajah. memang kulit cantik gebus mulus dulu.. lepas pada tu la industri kecantikan tempatan tumbuh dengan pesatnya.. lepas tu ada sirna sari.. ada citra ayu... macam-macam ada lepas tu..

ok berbalik kepada cerita jenama kecantikan sendiri ni.. akak cuma harap kita ni kaum wanita prihatin dengan apa yang kita gunakan..

yang penting gunakan yang halal dan yang tiada bahan kimia... yang selamat.

kalau yang ada banyak bahan kimia nanti yang rosaknya kulit kita jugak.. kan kan..

so. pilihlah yang halal dan selamat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!