Friday, May 22, 2015

Panduan beli dapur memasak.. jangan beli yang jenis ni...

Ni memang satu peristiwa yang menakutkan kami la..

citernya adik akak kat kampung bagitau pasal dapur memasak meletup.. fuh.. tapi memang Allah Maha Penyayang. Kebetulan adik akak baru je selesai memasak mihun goreng.. elok je adik akak tutup dapur masak tu dia pun naik la kat atas rumah. dan masa tu lah bunyi meletup yang sangat kuat.. kaca berkecai merata-rata.. sampai mak akak yang sedang berada dalam bilik mandi pun cepat-cepat keluar sebab sangat terkejut. memang semua orang terkejut yang amat la masa tu.

tak tahu la sebab apa..

mesti ada yang tanya jenama apa kan..

tapi apabila kami bercerita sesama kawan-kawan memang dapur memasak yang berkaca tu mudah meletup. dah ada banyak kes dah. maksudnya bukan la tahan sangat kan.

tambah-tambah lagi kalau kita masak selalu.. maksudnya heavy duty la.. jadi kalau  masak heavy duty janganlah pilih dapur memasak yang berkaca. pilih yang stainless steel semuanya. tapi pastikan juga tempat keluar api tu pilih yang bersalut tembaga.. copper. bukan besi biasa.. jadi tahan lama.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!