Saturday, May 16, 2015

Dunia di akhir zaman... dan apa yang patut kita buat mulai sekarang..


Masa bengkel ituhari, akak sempat sembang dengan sorang kakak senior yang akan pencen akhir tahun nanti. Pencen pilihan.

Antara topik yang mengesankan akak ialah mengenai bencana gempabumi yang telah melanda.. dan bakal melanda. Akak ni, akak namakan sebagai kak T, maklumkan bahawa mengikut jangkaan pihak tertentu, akan berlaku fenomena seperti gerhana bulan/matahari di mana kejadian tersebut akan menyebabkan malapetaka yang sangat besar. yang disebut ialah gempabumi.

Apa yang diterangkan sangat menarik hati akak..  bermula dengan gempabumi yang berlaku di Nepal baru-baru ini.. sehinggalah kepada apa yang telah dipesan oleh para alim ulama.

Kata orang alim, akan datang satu zaman di mana makanan akan susah didapati.. hmm.. bukan sahaja makanan tapi banyak lagi perkara lain.

Jadi orang Islam dinasihatkan supaya mula latih diri supaya berpuasa dan istiqamah dengan berpuasa. hmm.

Terkadang kita alpa tentang dunia satu lagi yang bila-bila masa boleh berhenti. Kita lupa perkara tu. Yang kita yakin ialah kita akan hidup 100 tahun lagi....

hmm.

Sama-sama kita muhasabah diri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!