Saturday, May 2, 2015

Pameran Kraf - Mesra Mall 1-9 Mei 2015

Ari ni akak gi ke Mesra Mall kat Kertih.. durra ajak gi sana.. agak lama jugak la kami tak pergi..

hmm banyak jugak yang dah berubah.. antaranya Kedai Buku Popular dah beranjak kat sebelah pasaraya TMC.. dulu kedai Reject Shop kat situ. Lokasi kedai buku popular pulak dah digantikan ngan kedai perfume..

kemudian kedai kain kamdar dah takde.. sebab tengah ada renovation kat lot tu.. so mungkin ada kedai lain la.. antara yang akak nampak akan dibuka ialah umobile.

dan tadi memang tersangat la ramai orang kat mm tu.. kebetulan lak ada pameran kraf dan batik.. jadi memang dari pintu masuk tu ke sebelah sana kat ruang tengah tu memang ada booth-booth kecik la.. semuanya gantung kain batik.. kain sutera.. songket.. tembaga.. suasa.. produk kayu pun ada.. produk anyaman pun ada jugak.. memang bagus la..

ada satu booth ni jual beg kulit jenama Trg Leather.  akak tanya la kulit apa.. kata adik tu kulit kambing. oooo..

abe nik lak dok cari kayu ajaib yang boleh bawak gi mancing.. kononnya bila gi mancing ikan-ikan banyak la datang.. hehe.. ada ke? ada.. tapi kata penjual tu hari ni dia tak bawak pulak kayu tu.. la... abe nik tanya la pasal kayu tas. kata penjual tu, kalau bawak kayu tas gi mancing alamatnya memang sekor ikan pun tak dapat..napa? sebab binatang takut kat kayu tas ni.. sebab tu kat sarkas tu orang yang latih singa ke rimau ke mereka pegang kayu.. kayu tas tu..

akak pulak memang suka tengok kain batik.. akak sekarang ni tak suka dah pakai kain sutera.. tapi suka dengan kain kapas ni.. memang sejuk sangat pakai kain kapas ni.. memang tak berpeluh lah.. sebab tu akak suka pakai kain kapas ni.. jenis kain kapas ni ialah sparkle rayon.. tapi orang kita sebut spariyong.. kalau cakap spariyong kat penjual kain batik memang mereka tahu lah..

Kalau kain batik spariyong ni akak suka tempah kat Za Batik. boleh mintak za batik reka ikut design yang kita nak.. awesome la tu kan..

tadi ada satu booth ni yang jual kain jenis  spariyong ni memang sangat menarik perhatian akak.. sebab warna yang digunakan sangat cantik.. ada contrast yang nyata di antara warna bunga dengan latar belakang tanahnya..  memang cantik.. tapi usahawan  ni bukan dari Terengganu tapi dari Kelantan... dari kawasan Pantai Cahaya Bulan.

so akak snap dulu gambonye.. memang cantik..

tapi kan.. kalau kain yang bermotifkan batik ni kan.. janganlah dihantar kepada tukang jahit yang sembarangan.. nanti sudahnya.. bunga ke mana.. tanah ke mana.. akak pernah hantar kat sorang tailot ni.. sebelah lengan ada bunga.. sebelah lagi kosong je.. memang tak cantik la.. so kena cari tailor yang pandai padankan bunga-bunga batik ni.. biarlah mahal pun dik oii.. asalkan hasilnya awesome.. kalau upah murah tapi kita pulak nanti tak selesa nak pakai, tak berbaloi jugak kan..

janji bila kita pakai baju tu kita rasa selesa dan penuh yakin kan.. yakin yang kita cantik.. kakakaka.. itu yang penting kan.. kan.. hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!