Friday, May 1, 2015

Filem Hindi Dakhan.. lagu dia memang sangat best..

Citer Dakhan ni memang dah banyak kali kuar kat tv.. dah jadi macam citer p ramlee dah.. ulang tayang banyak kali.. tapi walaupun banyak kali tayang masih ramai yang suka tengok.. sebab apa? sebab lagu-lagu dia memang layan habis la.. best je dengar lagu dia... walaupun sepatah haram tak faham.. haha..

dan antara peminat tegar filem ni ialah abe nik.. sebab lagu lah.. tapi memang tak tipu la.. memang syahdu je dengar 2 lagu dia tu.. 1 lagu masa nyanyi kat ladang bunga tu... 1 lagu lagi masa kat parti.. kat tangga tu.. eh..2 ke 3 lagu best.. ntah.. lupa lak.. anyway akak bukan lah peminat filem ni tapi memang akak akui bab lagu tu memang layan la..

citer dalam filem ni mengisahkan cinta sepasang kekasih yang tidak kesampaian kerana si lelaki tak sama darjat ngan perempuan tu. jadi perempuan tu kemudiannya kawin dengan orang lain yang sama darjat ngan dia.. tup-tup lepas 3 tahun lelaki cinta pertama perempuan tu datang balik menagih cinta.. sekarang lelaki tu dah kaya raya.. jadi perempuan tu tersepit.. sapa-sapa yang mengalami percintaan sebegini dan berada dalam situasi ni memang akak berani kata memang akan terkesan dengan filem ni.. mesti ada yang menangis sakan... sabar.. sabar... pandang ke hadapan.. teruskan kehidupan.. kan..

pelakonnya pulak ialah akshay kumar, shilpa shetty dan sunil shetty..

sekarang ni kat tv chanel 108 memang tengah ada citer ni.. abe nik tengah layan lagu la tu.. hehehe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!