Friday, May 1, 2015

alahai.. kesiannya.. semoga Allah mempermudahkan urusan mereka.

Adik akak ada sorang kawan. Kawannya anak sulung dari 3 beradik. Duduk kat kawasan kampung yang jauh dari bandar. keluarganya mengusahakan tanaman jagung. jadi kalau musim jagung memang kami akan beli dari dia lah.

keluarga kawan adik akak ni bolehlah dikatakan sederhana je. yelah. kita duduk kat kawasan kampung kan. tak leh lah nak bandingkan dengan rumah kat bandar kan.

masa adik akak kawin dulu akak sangat tersentuh hati sebab ibunya pun datang sama.. walaupun tak ada kenderaan tapi mereka datang juga..

dan kisahnya kawan adik akak ni kerja kat johor. dah kawin. dan baru-baru ni akak dimaklumkan yang dia balik kampung untuk bersalin. tapi sebab rumah jauh dari bandar dan hanya ada motor usang je, memang kami dengar pun naik kesian. tapi alhamdulillah ada bapa sedara beliau yang ada kenderaan yang hantarkan ke hospital.

akak itu ari dah rancang ngan adik beradik perempuan lain nak gi melawat kawan adik tu.. tapi belum sempat lagi. Semoga Allah mempermudahkan urusan kami menziarahi keluarga beliau.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!