Sunday, January 13, 2013

Sayangilah diri dan keluarga

13 Jan 2013
Melihat muka depan akhbar Mingguan Malaysia hari ini membuatkan diri terkilan. Ada gambar jiran yg hadir ke perhimpunan sejuta kat Stadium Merdeka. Bawak anak2 sekali.
Tak taulah apa yg diperjuangkan. Apa lagi yg kurang kat Malaysia nih. Semua cukup. Siap rakyat negara lain datang kerja kat sini jadi kaya raya lagi. Bukan negara kita macam kat Palestin.. bukan mcm kat Thailand.. entahlah..
Anak2 pewaris generasi akan datang menjadi saksi sebuah percakaran disebabkan perbezaan parti politik. Tak paham lah camana pemikiran setengah org. Agaknya nak jadikan Msia ni negara berperang mcm kat Mesir tu kot barulah puas hati kot.
Pikir-pikirkanlah pasal anak2. Perjuangan jihad tu perbetulkanlah. Jangan berpaksikan parti politik. Kita ada byk tanggungjawab kat dunia ni. Yg paling besar tanggungjawab kepada diri sendiri. Niatkan kpd Allah apa yg dilakukan. Biar ikhlas.
Ramai pegi stadium sebab dpt duit. Hmmm... yelah.. sokongan boleh beli kot. Ntahlah...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!