Thursday, January 31, 2013

Andai itu takdirnya

Semalam datang berita yang si A ditahan dan sekarang berada di lokap di P.M. Sebabnya mencuri besi buruk.. tak pasti macamana dan apa yang dilakukan sehingga tertangkap tu...
Kali ni dah masuk beberapa kali dah si A berada di lokap... sebelum ni atas sebab dadah. Lepas tu nampak usahanya untuk keluar dari ketagihan.. kemudian berjinak dgn jual besi buruk ni.. mungkin besar cabaran untuk berubah.. yelah.. kalau diikutkan orang biasa yang merokok pun punyalah susah nak berenti rokok.. hebat cabarannya...
Sayang sungguh.. si A ni kalau betul2 berubah alangkah bagusnya.. seingat aku A ni kalau bab sejarah dan pengetahuan am memang tak de boleh bohong dia.. dia banyak tahu.. sebab dia suka baca. Tanyalah juga pasal hukum hakam agama memang boleh dihuraikan... tapi sayang.. lemah dengan dadah...
Semoga A diberi hidayah oleh Allah agar dibukakan sepenuhnya hati A untuk berubah ke arah kebaikan dan kemajuan diri. Amin.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!