Sunday, October 14, 2018

Hipotiroid: Penyebab, Gejala dan Rawatan

Bila anda disahkan mengalami hipotiroid, memang akan datang bermacam-macam perasaan.. mungkin juga anda akan tertanya-tanya bagaimana mungkin anda boleh mengalami hipotiroid ni..kan.

Jom tengok apa itu hipotiroid.



Apa itu Hipotiroid?

Hipotiroid atau thyroiditis atau pembengkakan tiroid. Ianya adalah keadaan di mana kelenjar tiroid menjadi kurang aktif. Pengeluaran hormon tiroid akan berkurangan mengakibatkan fungsi badan menjadi perlahan.
15% atau lebih daripada warga emas mempunyai penyakit hipotiroidisme. Penyakit ini adalah 2 kali ganda lebih kerap di kalangan kaum wanita berbanding dengan kaum lelaki.

Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3). Hormon ini mengawal metabolisme (pengeluaran tenaga) manusia. Jika tiroid tidak berfungsi dengan sempurna, ia memberi kesan terhadap aspek kesihatan, terutama berat badan, kemurungan dan tahap tenaga.


Gejala Hipotiroid
Antara tanda-tanda orang yang menghidapi Tiroid jenis “Hipotiroidism” adalah
  • Kesukaran untuk menurunkan berat badan, Walau melakukan berbagai jenis senaman
  • Penambahan berat badan, Walaupun anda melakukan senaman dan berdiet
  • Kemurungan atau kegelisahan
  • Cepat berasa letih
  • Faktor Genetik
  • Masalah haid yang banyak dan kerap sakit ketika period
  • Masalah sembelit yang teruk
  • Masalah rambut menjadi kasar dan kering serta mudah putus
  • Manakala kulit menjadi kasar dan berkuping
  • Sakit otot dan sendi
  • Masalah capal dan tendonitis


Gejala hipotiroid diakui oleh pakar iaitu Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin.
Presiden Persatuan Endokrin dan Metabolik Malaysia (MEMS), Prof Dr Nor Azmi Kamaruddin, berkata ramai tidak menyedari mereka sebenarnya sakit dan mengalami masalah gangguan kelenjar tiroid tidak aktif, hipotirodisme.
Katanya, ini berikutan gejala sering dialami pesakit hipotiroidisme hampir sama dengan gejala penyakit lain seperti kegemukan, kemurungan, keresahan terlampau, menggeletar dan sakit sendi.
"Biasanya orang menganggap gejala tiroid sebagai kesan daripada tekanan, gaya hidup tidak sihat atau penuaan.
"Wanita misalnya, beranggapan masalah dihadapi disebabkan perubahan hormon dan emosi. Bagaimanapun, kajian menunjukkan wanita biasanya lebih mudah mendapat serangan hipotiroidsme dengan satu daripada lapan wanita berisiko menghidap masalah kelenjar tiroid tidak aktif itu," katanya.
Berdasarkan kajian Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), lebih 300 juta orang di seluruh dunia mempunyai masalah gangguan tiroid dan tidak mendapatkan rawatan berikutan menganggapnya sebagai masalah biasa. 


Dalam kes-kes tertentu, pembedahan terpaksa dilakukan bagi merawat kes yang kronik berkaitan hipotiroid ini.



Mereka yang mempunyai masalah hipotiroidisme perlu mengambil hormon tiroid untuk mengganti hormon yang tidak lagi dihasilkan oleh kelenjar tiroid. Rawatan yang biasa membabitkan pengambilan pil hormon tiroid sintetik dikenali levothyroxine (L-Thyroxine) sekali sehari pada dos yang ditetapkan oleh doktor.
“Rawatan ini berkesan untuk menghilangkan atau mengurangkan gejala hipotiroidisme dengan mengembalikan tahap hormon yang mencukupi, tetapi ia perlu diteruskan untuk sepanjang hayat. Namun, dos pengambilan diperlukan mungkin berubah dan pesakit perlu melakukan pemeriksaan paras TSH secara berkala.


Hipotiroid yang tidak dirawat boleh menyebabkan masalah-masalah berikut :
  1. Risiko penyakit jantung kerana kandungan kolesterol yang tidak baik (LDL) akan meningkat.
  2. Masalah mental seperti kemurungan dan pemikiran yang lembab.
  3. Masalah saraf seperti kebas-kebas dan sakit-sakit di bahagian saraf yang terlibat.
  4. Myxedema – merupakan keadaan yang serius dan boleh meragut nyawa di mana pesakit boleh datang dalam keadaan koma.
  5. Masalah kemandulan bagi wanita (infertiliti).
  6. Masalah perkembangan dan tumbesaran bayi dalam kandungan daripada segi fizikal dan mental.
Bagi merawat hipotiroid, beberapa panduan diberikan oleh Dr Axe.




Bagi pesakit hipotiroid seperti kak izang, jom jaga diri! Jaga Pemakanan! Jaga Kesihatan!

Kesihatan Kita Tanggungjawab Kita!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!