Sunday, September 2, 2018

Elakkan bayi dari jaundice! Ibu yang sedang mengandung, ambil Set Prenatal Shaklee segera!

Ibu-ibu mengandung, WAJIB BACA!



Perkongsian dari blog vitamin-cerdik
Pengambilan set bersalin yang sebarangan boleh menyebabkan bayi mendapat jaundis yang akhirnya memberikan kesan kepada otak jika berlarutan. Malah terdapat set bersalin yang boleh menyebabkan susu menjadi kering. Justeru adalah penting ibu mengetahui tips bagaimana memilih set bersalin yang tepat sesuai dengan keperluan dan bajet.
1. Dapatkan info bagi setiap produk

Amat penting untuk mengetahui maklumat berkenaan produk tersebut. Ini kerana produk kebanyakannya mengandungi gabungan beberapa herba/bahan yang adakalanya tidak diperlukan oleh ibu.
2. Periksa keselamatan kandungan

Adalah penting untuk ibu-ibu membuat sedikit homework berkenaan kandungan produk tersebut. Ini kerana dengan mengetahui kandungan produk ibu-ibu dapat mengelakkan daripada mengambil produk yang boleh memberikan mudarat kepada ibu dan bayi.
3. Pastikan kandungan tidak mengeringkan susu ibuIbu perlu pastikan kandungan produk adalah tidak terdiri daripada bahan-bahan yang boleh mengeringkan susu ibu. 4. Dapatkan nasihat doktorIbu boleh mendapatkan nasihat doktor berkenaan produk yang sesuai diambil selepas bersalin. Ini kerana doktor boleh memberikan pandangan berkenaan produk itu samada sesuai atau tidak berdasarkan kepada tahap kesihatan ibu dan bayi.
Berikut adalah antara pandangan pakar O&G berkenaan produk yang bersesuaian diambil oleh para ibu.


Doktor pakar dah bagitau betapa pentingnya ibu-ibu hamil mengambil vitamin sepanjang tempoh mengandung.

Shaklee menghasilkan SET PRENATAL atau SET KEHAMILAN bagi ibu-ibu hamil yang merangkumi keperluan suplemen ibu dan bayi dalam kandungan.



DAN sebenarnya, apa kelebihan bila ibu-ibu amalkan pemakanan set prenatal ni sepanjang kehamilan?

Selain dari manfaat kesihatan ibu dan anak, banyak testimoni-testimoni mengatakan ibu-ibu yang amalkan set prenatal ni melahirkan bayi yang bebas jaundice atau demam kuning. Boleh rujuk mommyshahab dan soleh.net.

Ibu-ibu yang pernah melalui keadaan bayi demam kuning pastinya tahu betapa hibanya melihat bayi yang baru dilahirkan terpaksa ditahan di dalam wad disebabkan jaundice ni. Sayu sekali melihat keadaan sepanjang rawatan di hospital.


Itu tak termasuk lagi melihat tangan dan kaki bayi dicucuk jarum.. dengan wayar sana-sini. Aduhai.. memang menangis hiba tau.

Dan untuk pengetahuan, anak akak mendapat rawatan jaundice ni selepas dilahirkan. Jadi selama 3 hari bayi berada di hospital. Dah kat hospital kan.. mana kita nak tahu apa cara rawatan diberi kepada bayi kan... bila bayi dah boleh keluar, kat tangan bayi ada kapas yang ditampal kat tempat cucuk tu.

Hari kami bawak balik baby, memang menangis je baby. Sehinggalah kapas yang dicucuk kat tangan baby tu tercabut dengan sendirinya. Masa tu Tuhan saja yang tahu betapa sedih rasa hati.

Patutlah baby menangis. Rupanya tempat dicucuk tu dah bengkak! Anda bayangkan betapa tangan sekecil itu.. bayi berumur 3 hari.. dicucuk sehingga nampak bekas jarum tu. Bukan 1 kesan jarum tu. Hampir 10!

kredit: depositphotos

Anda cuba bayangkan perasaan akak masa tu.

Akak ada ambik gambar tangan kecil yang bengkak tu.. tapi tak sampai hati nak tengok.. tak sampai hati nak share.. sedih sedih sangat sangat!

Mak akak nasihatkan akak buat aduan pasal hospital tu atas sebab kecuaian. Tapi akak pikirkan nanti bayi kena tahan lagi sekali.. akak tak nak. Jadi akak redha dan pasrah ketika itu. Kami bawak bayi ke klinik untuk rawatan.

Dan anda nak tau tak?

Sehingga ke hari ini, tangan anak akak ada lekuk. Kesan dicucuk jarum disebabkan jaundice tu!

Jadinya, akak nak nasihatkan ibu-ibu yang sedang hamil sekarang. Ambil langkah pencegahan. Mulakan pengambilan suplemen supaya bayi bebas jaundice dan tak perlu ditahan wad untuk rawatan jaundice. 

Ibu-ibu, berkorbanlah sepanjang kehamilan ni dengan amalkan set prenatal Shaklee.

Setiap kali melihat tangan anak, pasti rasa sedih datang. Seolah-olah baru semalam peristiwa tu berlaku. Betapa risiko rawatan jaundice tu sampai ke hari ini kesannya...

Jadi sekali lagi.. ibu-ibu ambil suplemen yang cukup supaya bayi sihat dan bebas jaundice!






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saya Bukanlah Doktor

Walaupun kita bukan doktor, tapi kita semua kena pentingkan kesihatan diri sendiri. Cari maklumat untuk bantu meningkatkan kesihatan diri.

Jadi kalau tahu ada sesuatu yang tak kena dengan kesihatan diri sendiri, jangan diam je. Berbuat sesuatu sebelum terlewat.

Sayangi Diri!